Agama Hindu
TEORI KEDATANGAN AGAMA HINDU KE ASIA
TENGGARA
Menurut pendekatan tradisi, terdapat
teori “trivamsa” iaitu teori yang menekankan peranan
tiga kasta yang tertinggi iaitu Brahmin, Ksatria dan Vaisya.
Teori Vaisya telah
dikemukakan oleh N.J.Krom dan disokong oleh G.Coedes. Teori ini merupakan teori
yang berdasarkan faktor ekonomi. Hal ini kerana emas merupakan sebab utama
kedatangan India ke Asia Tenggara. Buktinya, Kira-kira dua abad sebelum
masihi, India telah kehilangan bekalan emasnya di Siberia kerana berlakunya kekacauan
di bahagian tengah Asia yang telah menyekat jalan perdagangan emas. Keadaan ini
telah menyebabkan India mengimport seberapa banyak wang syiling emas daripada
empayar Rom. Namun, Maharaja Vespanian telah menghentikan pengeksportan syiling
perbuatan ini telah mengancam kestabilan ekonomi Empayar Rom. Di tengah-tengah
pencarian baru, timbul alasan untuk mengembara ke Asia tenggara yng disifatkan
sebagai “Suvarnabhumi” bumi emas atau “Suvarnadvipa” semenanjung emas.
Buktinya, terdapat kitab-kitab klasik India seperti Ramayana, Jataka, dan Wayu
Purana menyatakan Asia tenggara terkenal sebagai kawasan pengeluar emas.
Teori Ksatria pula
merupakan teori yang telah diketengahkan oleh C.C. Berg. Beliau mengatakan
bahawa agama Hindu telah disebarkan ke Asia Tenggara melalui kegiatan
pahlawan atau anak raja india, iaitu daripada golongan kasta Ksatria.
Mereka dikatakan keluar dari India untuk mencari tanah jajahan baru kerana
perebutan kuasa yang berlaku di dalam negeri mereka sendiri. Hal ini kerana
hanya putera sulung sahaja yang berhak ke atas takhta setelah kematian bapanya.
Putera-putera yang lain akan keluar mengembara mencari tanah jajahan sendiri.
Mereka belayar ke Asia Tenggara bersama-sama dengan pengikut mereka. Dalam
tempoh putera India mengembara, mereka telah mengahwini wanita-wanita tempatan
dan mendirikan kerajaan yang bercorak Hindu. Hal ini secara tidak langsung
menyebarkan agama Hindu ke Asia Tenggara. Bukti kedatangan agama Hindu jelas
kelihatan dengan peninggalan-peninggalan candi di Asia Tenggara.
Teori Brahmin pula
telah dikemukakan oleh J.C.Van Leuv. Beliau percaya bahawa agama Hindu ini
sebenarnya telah disebar dan dikembangkan oleh golongan Brahmin iaitu golongan
tertinggi dalam kasta di India. Agama Hindu ini merupakan satu agama yang
bersifat eksklusif. Seseorang itu tidak dapat memeluk agama Hindu melainkan dia
dilahirkan sebagai seorang Hindu. Namun melalui upaca Vratyastoma, orang-orang
asing dapat diterima masuk ke dalam agama Hindu. Upacara vratyastoma adalah
upacara penyucian diri dalam agama Hindu, sebelum seseorang masuk dalam agama
Hindu. Upacara Vratyastoma merupaka upacara yang selalunya dilakukan oleh
golongan Brahmin. Hal ini menyebabkan mereka dijemput oleh raja-raja tempatan
untuk melalukan upacara tersebut. Buktinya, Raja Khmer Indravarman 1 telah
mendapat bimbingan secara langsung daripada tokoh Vedanta, Sankaracaya.
Mereka juga diberikan dilantik sebagai penasihat raja,pembesar atau menteri di
istana,baik dalam urusan agama mahupun politik. Teori Brahmin ini telah
ditekankan oleh J.C.Van Leuv sebagai teori yang utama. Hal ini kerana golongan
Brahmin merupakan golongan yang terlebih dahulu memperolehi pengetahuan tentang
teks-teks Sanskrit di ashram, India.
LATAR BELAKANG AGAMA HINDHU
Dari segi sejarahnya, tamadun asli India bermula di lembah Indus di
Mohenjo-Daro dan di Harappa yang dikenali sebagai kebudayaan Dravidia.
Kemudiannya, kedatangan bangsa Arya yang bersama-sama membawa agama Brahman dan
bahasa Sanskrit sekitar abad ke-2 S.M, bukan sahaja berlaku perkembangan
kebudayaan Arya, bahkan telah dapat memdominasi kebudayaan tempatan di Asia
Tenggara. Proses ini sering disebut sebagai Brahmanisasi atau Sanskritisasi.
Sejak kedatangan bangsa Arya yang bermula pada Zaman Veda ataupun tradisi shruti,
terdapat karya-karya sastera Veda yang mengandungi empat koleksi iaitu Rigveda,
Yajurveda, Samaveda dan Atharvaveda.
Rigveda berasal dari kata “rig” yang
bererti memuji. Kitab ini berisi 1000 puji-pujian kepada para dewa dalam bentuk
kidung, dan setiap kidung (sukta) terbagi dalam beberapa bait. Bahagian akhir
Rigveda membicarakan tentang rawatan orang mati, pembakaran dan
penguburannya. Samaveda pula mempunyai kandungan yang lebih
berbentuk nyanyian untuk sesuatu upacara. Kumpulan yang menyanyikan
lagu-lagu dalam Samveda dikenali sebagai Udgatara. Yajurveda pula
mempunyai kandungan yang berbentuk doa yang disebut sebagai Andaryu. Yajurveda
terbahagi kepada dua bahagian iaitu Yajurveda putih yang
mengandungi pembacaan doa berbentuk puisi tanpa keterangan manakala Yajurveda
hitam pula pembacaan doa berbentuk puisi dengan
keterangan. Atharveda pula mengandungi doa-doa yang
digunakan oleh sami-sami Hindu untuk mengubati penyakit. Keempat-empat Veda ini
pula mengandungi empat bahagian iaitu Samhita, Brahmana, Aranyaka dan
Upanishad. Pada zaman Veda ini belum wujud agama Hindu yang
khas yang dianuti oleh golongan rakyat umumnya, oleh kerana persoalan-persoalan
agama yang bercorak falsafah dan abstrak masih dimonopoli oleh kaum Brahmin.
Apa yang wujud lebih tepat dinamakan agama Brahmin sahaja. Oleh kerana sifatnya
elitisme, telah menimbulkan tentangan terhadapnya. Di Timur India pada abad
ke-6 S.M, telah muncul tentangan dari fahaman materialisme atheisem(Charvaka),
agama lain dan Buddha. Sedangkan di sebelah Barat India timbul cabaran dari
agama Bhagavata melalui kitabnya yang terkenal iaitu Bhagavad Gita.
Dari segi ajaran atau doktrinnya,
terdapat empat prinsip dasar iaitu karma, samsara, moksa dan advaita.
Hukum karma menekankan balasan kerana mengikut keinginan hawa nafsu. Samsara
bermaksud pengulangan kelahiran dalam bentuk haiwan dan sebagainya, sekiranya
masih melakukan kejahatan. Bagi mereka yang membuat kebaikan, mereka akan
mengalami moksa atau bebas dari samsara. Akhirnya meraka akan mengalami
advaita, iaitu bercantum semula dengan dewa Brahma. Daripada
prinsip-prinsip umum ini terbentuk ajaran Hindu secara khusus.
Khusus tentang aspek ritualnya,
agama Hindu sebenarnya bercorak politheisme dan henotheisme.
Mengenai corak politheisme yang bermaksud, orang-orang Hindu menyembah apa
sahaja, baik yang berada di bumi, langit mahupun di angkasa dan
sebagainya.Sebagai contohnya, sembahan yang berupa binatang, tumbuh-tumbuhan
atau benda-benda alam yang lain, semuanya dianggap sebagai Tuhan atau Dewa.
Demikian begitu banyak dewa-dewa yang menjadi sembahan orang-orang Hindu,
sehingga seorang rishi, mendakwa jumlahnya sehingga 330, 000 dewa.
Berkenaan dengan nama-nama dewa tersebut, ada yang berasal dari tradisi
tempatan sendiri dan juga ada yang berasal dari pengaruh luar seperti dari
Parsi. Antaranya ialah dewa Indra, Mitra, Varuna, Agni dan Soma.
Dalam corak politheisme ini terdapat
doktrin trimurti, iaitu kepercayaan kepada tiga dewa yang utama
iaitu Brahma (Pencipta), Vishnu (Pemelihara), dan Siva
(Pemusnah). Setiap dewa ini mempunyai pasangan masing-masing misalnya
dewi Uma bagi dewa Siva, dewi Lakshmi bagi dewa Vishnu dan dewi Sarasvati bagi
dewa Brahma. Selain itu, terdapat dewa Ganesha yang berkepala gajah, dewa
Hanuman yang berwajah seperti monyet Kartikeya atau Skanda dan lain-lain
lagi. Ringkasnya, ajaran ritual ini disebut juga sebagai Puranik
yang berasaskan pemujaan dewa trimurti dan dewa-dewa yang lain. Mitos agama
yang popular tentang Siva dan Vishnu telah dikumpulkan dalam 18 sajak yang
panjang dalam bahasa Sanskrit dan dikenali sebagai Puranas (cerita lama). Sajak
ini menceritakan lagenda tentang pembentukan dunia dan Tuhan-Tuhan, para
keramat dan pahlawan zaman silam beserta jurai keturunan raja-raja dan
peraturan-peraturan mengenai peribadatan, dan juga bentuk-bentuk penyembahan.
Manakala Vishnu pula merupakan subjek utama dalam Puranas. Bhagavan adalah
gelarannya yang digemari yang membawa maksud Yang Terpuja dan para penyembahnya
pula disebut sebagai Bhagavatas. Selain itu, Vishnu atau Bhagavan menawarkan
keselamatan rohani kepada semua tanpa mengira kasta samada Brahma, Vaisya,
Ksatria atau Sundra. Keselamatan rohani ini dikenali juga sebagai dharma iaitu
dilakukan melalui avatars (doktrin kewujudan kembali) yang boleh membawa
seseorang itu kepada karma. Hal ini dapat dilihat seperti avatar Vishnua yang
popular diceritakan dalam Mahabrattha atau sajak Bhagavad Gita iaitu berlaku ke
atas Krishna yang menjadi pemandu kepada pedati Arjuna.
Sebenarnya, walaupun dewa-dewa Hindu
cukup banyak sekali, namum terdapat kecenderungan untuk memilih dewa-dewa
tertentu sebagai sembahan yang utama. Kecenderungan inilah yang dikenali
sebagai ajaran henotheisme atau istha devata, iaitu menyembah sebarang dewa
atau tuhan yang dipilih atau disukai. Misalnya, di antara dewa-dewa trimurti, ada yang lebih suka menyembah
dewa Siva atau Vishnu daripada yang lain-lain. Kemudiannya selari dengan sifat
popular dalam ajaran Hindu ini, maka dewa-dewa itu disembah dalam bentuk yang
konkrit berupa patung iaitu sebagai simbol dewa-dewa yang sebenar. Di sini
timbul pula konsep avatar atau penitisan dewa-dewa Siva dan lain-lain dalam
bentuk manusia dan sebagainya, demi untuk memenuhi tujuan tertentu.
Comments
Post a Comment