Mata Wang Tanah Melayu


Menurut Husain Mahmud, (1967) ‘Wang’ ialah setiap benda yang boleh digunakan sebagai alat tukaran untuk mendapatkan sesuatu benda yang lain, atau pun yang diterima sebagai pembayaran hutang. Wang terbahagi kepada beberapa jenis iaitu, ‘Wang barangan’ iaitu wang yang berbentuk barang-barang seperti garam, daun teh, rokok, tembakau, alat senjata dan lain-lain bergantung kepada peringkat kemajuan, keperluan hidup manusia dan peredaran masa atau zaman. Kedua, ‘Wang Syiling’ atau ‘Koin’ yang diperbuat daripada logam-logam seperti emas, perak, nikal, zink, aluminium, gangsa dan sebagainya. Akhir sekali ialah ‘Wang Kertas’. Dalam bahagian ini, jenis dan ciri-ciri matawang di Tanah Melayu akan diperincikan di beberepa buah negeri di Tanah Melayu seperti Melaka, Johor Kelantan dan Kedah.

Sebelum kedatangan bangsa Eropah di Tanah Melayu, masyarakat Melayu sudah mempunyai sistem mata wang dan ukur nilai yang tersendiri. Semenjak kedatangan Islam di Kepulauan Melayu, apabila pemerintah-pemerintah di Kepulauan Melayu memeluk agama Islam antara tahun 13 hingga 16 Masihi, penduduk-penduduk di bawah pemerintahan Raja di negeri tersebut turut sama memeluk agama Islam bersama-sama pemimpin mereka. Kesan dari itu, pengaruh agama Islam sangat ketara diamalkan dalam semua aspek kehidupan dan pemerintahan di sesebuah negeri di Kepulauan Melayu dan jajahan takluknya.  Menurut sejarah, terdapat banyak wang berbentuk koin syiling yang diperbuat daripada logam seperti emas, perak dan timah yang telah dijumpai tertanam di dalam tanah, dasar sungai dan simpanan peribadi oleh orang tua terdahulu. Perkembangan mata wang di kebanyakan negara di Kepulauan Melayu berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti perdagangannya.

Di Melaka, Penggunaan syiling emas ini dapat dilihat melalui Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Menurut kajian yang dibuat oleh Liaw Yock Fang (2003), Undang-Undang Melayu lama adalah bahan kajian penting bagi mengambarkan sistem pemerintahan, pentadbiran dan susunan masyarakat Melayu lama. Undang-undang ini disusun di Melaka kemudiannya ditambah dan disesuaikan di pelbagai kerajaan di Nusantara antaranya kerajaan Kedah, Patani, Johor dan Aceh. Ia juga dipercayai pernah digunakan di Pahang, Riau, Pontianak dan Brunei. Terdapat lebih daripada 40 naskah dalam bentuk panjang, pendek dan fragmen telah ditemui. Undang-Undang Laut Melaka ini digunakan semenjak zaman Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Di dalam Fasal 21, turut dinyatakan denda yang dikenakan ke atas orang yang membunuh kerbau milik orang mahupun yang liar. Unit piawaian yang digunakan ialah setahil, setengah, sepaha, kupang dan bilangan kepingan emas yang perlu dibayar sebagai pampasan atas kerugian yang ditanggung mereka.

Duit syiling pertama dikeluarkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1456/9) yang pada mukanya tertera nama Sultan yang memerintah dan belakangnya dengan gelaran Islam baginda. Antara ciri menarik pada syiling ini ialah ia tidak dpengaruhi duit tunai Cina dan kebanyakannya tidak dibuat dengan cara tuangan atau acuan tetapi ditempa menggunakan Die dan tiada lubang di tengahnya. Memandangkan tulisan yang terdapat pada duit-duit timah itu menyerupai tulisan dari India Selatan, maka sesetengah ahli numismatik berpendapat bahawa pembuat die tersebut dibuat orang India dan bukan Melayu. Terdapat juga pembuat die tempatan yang mahir menempa syiling-syiling pada zaman tersebut dan mudah dibezakan sama ada syiling tersebut di ukir oleh orang tempatan atau orang luar berdasarkan kehalusan seni tangan pada syiling tersebut. Selain itu, duit syiling emas dinar dan pitis timah dari Pasai turut diperkenalkan ke Melaka oleh pedagang Arab dan India Muslim yang berdagang di sana. Selain itu, terdapat juga duit syiling tembaga Cina dibawa masuk khususnya pada kurun ke-10 dan 11 Masihi. Hasil lawatan diplomatik antara Maharaja China dengan Sultan Iskandar Shah pada 1419 yang memberi kebenaran untuk Sultan Melaka mengeluarkan duit syiling sendiri telah membawa kepada penempaan duit timah Melaka.

Di Johor pula, Johor telah rnewujudkan matawang emas dan diedarkan semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah I (1527/28-1564). Matawang ¡ni merupakan yang tertua pernah digunakan di negeri Johor. Menurut MOHD Kassim Haji Ali (1984), duit itu dibahagikan kepada dua jenis nilai, iaitu dinar dan kupang dan ianya diterima oleh sebahagian besar Asia Tenggara dengan kadar tukaran antarabangsa yang ditetapkan pada setengab (1/2) dan sperlapan (1/8) Dolar Sepanyol. Satu emas bersamaan dengan empat Kupang. Mulai pertengahan abad Ke-16, emas dianggap bernilai separuh dari dolar Spanyol atau bersamaan dengan empat tanga perak Portugis. Duit-duit emas ini berbentuk persegi lapan, ianya hanya digunapakai pada pemerintahan Sultan Abdul Jalil li (1571-1597) dan Sultan Abdullah Riayat Syah (1615-1623) sahaja. Menurut Abdullah Zakaria & Zainal Abidin (1994), duit emas ia adalah berbentuk bulat, permukaan depan tertera tulisan jawi atau Arab dengan nama Sultan yang memerintah, manakala bahagian belakang pula terdapat kata-kata pujian Khalifatul Mukminin. Semasa pemerintahan Sultan Abbdul Jalil (1623-1677) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam (1722-1760), terdapat juga syiling berbentuk segi lapan yang diperbuat daripada perak.

Di Kelantan pula, wang Dinar yang terawal diterbitkan adalah dari Negeri Kelantan & Pattani kerana pekerjaan melombong emas serta mencari emas urai di dalam sungai-sungai telah lama dijalankan dengan pesatnya di Negeri Kelantan. Kebanyakan emas yang dilombong, dijadikan jongkong emas dan dijual kepada pedagang terutamanya pedagang Arab. Bermula dengan sistem barter, kepesatan perdagangan telah menyebabkan perlunya penggunaan mata wang yang membawa kepada penempaan Dinar dan Dirham melalui hubungan antara pedagang Arab yang datang membawa Dinar  dan Dirham mereka sehingga menarik perhatian Raja negeri itu untuk menempa Dinarnya sendiri. Faktor bahawa negeri-negeri di pantai timur menerima Islam lebih awal, duit syiling emas digunakan sejak kurun ke-17 lagi. Duit syiling emas Kelantan-Patani hanya ditempa dalam satu jenis nilai sahaja iaitu dalam 0.7 gram emas. Duit mas ini digunakan sebagai unit perkiraan, penduduk tempatan memanggilnya sebagai mas dinar. Perkataan ‘Dinar’ berasal dari perkataan Rom iaitu ‘Denarius’ yang telah menempa mata wang emas dan peraknya sendiri semasa kerajaam Rom dan Byzantine. Denarius ini kemudiannya digunakan oleh kerajaan Islam dalam urusan perdagangan dan pentadbiran sebelum menempa mata wangnya sendiri yang dipanggil Dinar untuk syiling emas dan Dirham untuk syiling perak.

Terdapat tiga jenis syiling emas ditemui di Kelantan, jenis pertama terdapat perkataan Arab atau Jawi pada kedua-dua permukaan, contohnya koin mengandungi perkataan ‘Khalifat al mu’minin’ di bahagian hadapan dan ‘Malik al-adil’ di belakang. Jenis kedua, dikenali sebagai ‘Dinar Kijang’ kerana gambar di hadapannya berbentuk seekor kijang manakala di bahagian belakangnya bertulis perkataan ‘Malik al-adil’ atau ‘al-adil’ sahaja Jenis yang terakhir ialah ‘Dinar Matahari’ kerana gambar dibahagian hadapannya berbentuk matahari atau bunga manakala bahagian belakangnya tertulis ‘Malik al adil’. Terdapat pendapat yang berbeza mengenai asal usul duit Dinar emas kijang antaranya seorang pedagangArab telah menghadiahkan pemerintah perempuan di Kelantan iaitu Che Siti Wan Kembang seekor kijang dan oleh kerana sayangkan Kijangnya maka Baginda menitahkan agar gambarnya diukir pada duit Dinar emas. Versi lain pula mengaitkannya dengan pengaruh Saivite dalam agama Hindu kerana duit kijang menyerupai lembu jantan yang dianggap sebagai binatang yang suci oleh masyarakat India dan motif lembu jantan ini telah tertera pada duit-duit Hindu lama yang diedar di negeri-negeri utara Tanah Melayu.

Kebiasaannya, duit syiling emas negeri Kelantan dan Patani dibuat menggunakan cara paluan tangan. Ketulan emas yang telah dileperkan menjadi kepingan kemudiannya dipotong kecil-kecil menjadi bentuk yang dikehendaki. Selepas itu, pada kepingan kecil itu dipalu acuan ‘die’ dengan menggunakan tangan. Nilai bagi Dinar Matahari dan Dinar Kijang lazimnya dibandingkan dengan Dolar Sepanyol atau dolar perak mengikat kadar tukaran yang berbeza.

4 Kupang = 1 Mas
7 Kupang = 1 Yen Perdagangan Jepun
8 Kupang @ 2 Mas = 1 Dolar Sepanyol.


Selain syiling emas, terdapat juga pitis timah di negeri Kelantan ditempa dengan kaedah tuangan (casting) dalam bentuk Pohon Pitis. Duit-duit syiling timah yang ditempa itu mulanya mempunyai cabang-cabangnya, kemudian dipotong daripada cabang-cabangnya sebelum diedarkan dan lebihan dari pohonnya dilebur semula untuk menempa pohon pitis yang baru. Kesemua syiling Kelantan telah diberhentikan penempaannya dalam tahun 1909 apabila duit Negeri-negeri Selat diperkenalkan.

Di Kedah, sebagai tempat yang selalu didatangi oleh pedagang-pedagang luar sejak lama maka rakyat Kedah telah pun lama juga mengenali penggunaan matawang untuk berjual beli, menggantikan sistem tukar barang. Menurut Ibrahim Bakar Langkawi (1952),  Sultan Kedah yang ke 10, iaitu Sultan Mahmud Shah 11 (1506-1546) yang bersemayam di Kota siputih, telah menitahkan pembuatan matawang untuk Kegunaan dalam negeri Kedah. Matawang yang diterbitkan dinamakan Tera atau Terayang yang merupakan matawang jenis pecahan terkecil. Matawang Tera ini digunakan sebagai pecahan bagi matawang jenis lain yang juga diedarkan, seperti Pitis, Kupang, Jempal dan Rial. Pada tahun 1982, telah ditemui sekumpulan matawang dalam tiga buah botol tembikar, di Mukim Padang Matsirat, Pulau Langkawi. Matawang yang dijumpai terdiri daripada jenis yang sama tapi berbeza varieti. Pada muka hadapannya bertulis Al-Sultan Al-Kedah yang diakui oleh ahli-ahli sejarah. Hanya terdapat seorang sultan yang bernama Sultan Muhammad Shah, iaitu yang memerintah antara tahun 1201-1236.

Kebanyakan mata wang yang pernah ditemui setakat ini adalah jenis kupang. Sistem matawang Mas yang digunakan dalam negeri Kedah diberikan sedikit penambahan, iaitu penambahan unit Tera. Hal ini menjadikan Skala matawang di Kedah sebagai berikut:


150 Tera = 1 Kupang
4 Kupang = 1 Mas
4 Mas =  1 Paha
4 Paha = 1 Tahil
3 Tahil = 1 bahara emas


Selain daripada matawang emas, di kedah juga digunakan matawang Perak. Matawang Sultan Muhammad telah dibuat daripada logam perak. Hal ini bererti perak telah digunakan di Kedah untuk membuat matawang sejak awal bukan baru diperkenalkan untuk membuat matawwang sejak awal, bukan baru diperkenalkan dengan matawang Perak Sepanyol yang diperkenalkan kemudian di Kedah.




Comments

  1. Replies
    1. I'm Sorry if you can't find what you need

      Delete
    2. the guy who said that sucks not you , you're a legend :)

      Delete
    3. Can i know what is the kebandingan between mata wang zaman melayu melaka and sekarang?

      Delete
  2. Apa beza jenis wang dengan ciri ciri wang? Anyone?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis menunjukkan wang itu sendiri. Contoh mata wang Kelantan ataupun Kedah. Untuk ciri-ciri dia lebih kepada wang itu diperbuat daripada apa, bentuknya, ukirannya.

      Delete
  3. Apakah nama mata Wang yang digunakan dalam perdagangan Johor riau
    Emas:
    Perak:
    Timah:

    ReplyDelete
    Replies

    1. Emas: Mas
      Perak: Kupang
      Timah: Katun

      Delete
    2. Pengunaan mata wang telah lama digunakan sejak zaman Melaka hingga kini.Penggunaan mata wang hari ini bertitik tolak dengan Zaman Melayu Melaka.Buktikan

      1.jelaskan jenis mata wang
      2.ciri2 mata wang kesultanan melayu melaka
      3.bandingkan mata wang dahulu dan sekarang

      Delete
  4. Apakah jenis jenis mata wang yang digunakan dalam sistem perdagangan di Alam Melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perdagangan di Alam Melayu pada waktu itu bertumpu di Melaka. Melaka ketika itu telah memperkenalkan sistem mata wang yang dinamakan “Calaius” diperbuat dalam bentuk kepingan logam atau syiling yang diperbuat dari timah dan emas.

      ruj:https://www.themelakakini.com/

      Delete
  5. Apa kelemahan mata wang tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengenalan mata wang tanah Melayu diperkenalkan pada waktu itu adalah bagi menyelesaikan masalah sistem perdagangan tukar barang yang kadang kala tidak tepat. Penggunaan timah, emas dan perak mula digunakan sebagai mata wang standard.

      Namun, selepas perkembangan dan pembangunan ekonomi Tanah Melayu menjadi semakin pesat selepas penemuan bijih timah di Perak pada tahun 1848 dan tahun 1880. Penggunaan timah yang banyak bagi memenuhi industri timah seperti pembuatan tin dan sebagainya menyebabkan syiling juga mengalami kekurangan apabila ekonomi Tanah Melayu semakin berkembang

      Delete
  6. Ciri ciri mata wang kesultanan melayu melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk ciri-ciri mata wang kesultanan melayu melaka ada pada perenggan 2,3 dan 4. Contoh ciri, bentuk wang, diperbuat dari apa, unit piawaian yang digunakan, tulisan, ukiran, mendapat pengaruh dari mana.

      Delete
  7. Apakah kelemahan mata wang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya, contoh kelemahan mata wang adalah penggunaan timah yang banyak bagi menghasilkan mata wang. Dalam pada masa yang sama, hasil bijih timah diperlukan untuk perdagangan dan pengeluaran industri.

      Delete
  8. apakah kelemahan mata wang Johor riau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya kurang pasti, pada pendapat saya penggunaan mata wang di Johor merupakan satu kelebihan. Pada kesultanan johor riau, mata wang johor riau telah digunakan sejak Sultan Alauddin Riayat Shah I lagi, semasa awal kerajaan Kesultanan Johor Riau, masih ada perdagangan yang menggunakan sistem tukar barang atau barter. Penggunaan mata wang dapat menyelaraskan unit piawaian dan harga barangan.

      Delete
  9. apakah perbamdingan penggunaan mata wang di alam melayu dengan sekarang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada zaman kesultanan Melaaka dan Johor Riau, mereka menggunakan ‘Wang Syiling’atau ‘Koin’ yang diperbuat daripada logam-logam seperti emas, perak, nikal, zink, aluminium, gangsa dan sebagainya. Kemudian mereka menggunakan mata wang. n ‘Mata wang’ perlu ‘Wang Sah’ iaitu ia ‘sah diperakukan’dan dijamin oleh kerajaan yang memerintah di sesebuah negara sebanyak mana harga yang tercatit diatasnya. Biasanya, wang ini dikeluarkan oleh kerajaan yang memerintah.

      Pada masa kini, kita menggunakan wang kertas. Wang komoditi seperti emas dan perak merupakan antara bentuk terawal wang. Di bawah sistem wang komoditi, objek seperti duit syiling emas mempunyai nilai intrinsik iaitu nilainya yang tetap kekal walaupun inflasi, berbanding nilai wang kertas yang bergantung kepada nilai yang dicop semata-mata. Wang komoditi biasanya digunakan untuk memudahkan urus niaga dalam ekonomi barter, jadi ia lebih berfungsi sebagai perantara pertukaran, dan kemudian mula berfungsi sebagai simpanan nilai.

      Wang fiat adalah wang zaman moden yang direka oleh pihak berkuasa pusat (kerajaan) dan tidak mempunyai atau tidak mementingkan nilai intrinsik. Pengiktirafan meluas terhadap wang fiat berlaku kerana kerajaan pusat bertindak sebagai penjamin nilai wang yang sah sebagai tender di sisi undang-undang sebagai bayaran untuk cukai dan lain-lain. Perkembangan wang fiat berlaku apabila kerajaan mengeluarkan nota janji yang telah kemudiannya bertukar menjadi mata wang fiat (contoh, Dolar Amerika) dan mata wang fiat telah bertukar menjadi bentuk mata wang komoditi (contoh, franc Switzerland).

      Delete
  10. apakah kelemahan mata wang kesultanan johor riau?

    ReplyDelete
  11. tumpang tanye,apa beza penggunaan mata wang di alam melayu dngn sekarang?

    ReplyDelete
  12. apa beza mata wang dulu
    dengan sekarang







    ReplyDelete
  13. Nyatakan perbandingan penggunaan mata wang di alam melayu dengan sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan ini telah saya jawab di ruangan komen di atas, awak boleh baca komen di atas :)

      Delete
  14. kerana saya mahu buat dalam folio sejarah

    ReplyDelete
  15. Apakah kesan pengenaln mata wang dan siatem perbankan di tanah melayu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengenalan mata wang dan sistem perbankan di tanah melayu:

      1. penyeragaman mata wang
      2. pengurangan penggunaan wang syiling atau koin
      3. sistem barter tidak digunakan lagi
      4. memudahkan urusan perniagaan dan jual beli
      5. Penggunaan mata wang yang lebih sistematik

      Delete
  16. Sejauh manakah sistem perbankan memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara??

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Mengggalakkan kestabilan kewangan dan mewujudkan satu sistem kewangan yang stabil
      2. Mempengaruhi kegiatan memberi pinjaman kepada institutsi-institusi kewangan agar kegiatan tersebut menguntungkan negara
      3. Mengawal penawaran dan edaran wang dalam ekonomi negara

      Delete
  17. Disebabkan banyak soalan berkenaan tentang kelemahan wang, di sini saya listkan mengenai apa yang saya tahu mengenai kelemahan mata wang:

    1. Mudah rosak seperti berkarat
    2. Lambat untuk proses mengira
    3. Sukar untuk proses menyimpan
    4. Bahan logam yang digunakan semakin merosot
    5. Tidak sesuai untuk perniagaan yang melibatkan jumlah yang besar
    6. Tidak ada penyeragaman mata wang
    7. Setiap nilai mata wang berbeza
    8. Sukar untuk dibawa

    *harap dapat membantu

    ReplyDelete
  18. Mengapakah mata wang digunakan dalam urusan perdagangan di Alam Melayu?need help

    ReplyDelete
  19. untuk soalan mengapa mata wang digunakan dan kepentingan mata wang boleh guna isi yang sama. di sini saya listkan beberapa jawapan yang munasabah:

    1. Memudahkan urusan perdagangan
    2. Memudahkan urusan jual beli
    3. Mata wang sebagai medium nilai barang
    4. Menjadi alternatif lain selain barter
    5. Menggantikan sistem barter yang banyak kelemahan
    6. Bahan logam yang digunakan untuk membuat wang mudah dijumpai
    7. Penggunaan mata wang yang lebih sistematik

    *harap dapat membantu

    ReplyDelete
  20. Apakah kepentingan mata Wang sekarang yer?

    ReplyDelete
  21. im searching for kesan pengenalan mata wang di tanah melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually, kesan pengenalan mata wang di tanah melayu boleh dikaitkan dengan kepentingan mata wang. Sebagai contoh, memudahkan urusan perdagangan

      Delete
  22. apakah perbezaan mata wang johor riau dngn mata wang sekarang berdasarkan ciri ciri mata wang

    ReplyDelete
  23. rase kesian dengan admin sebab orang yang comment ni nak jawapan untuk folio sejarah dan rasa cam admin yang jadi murid btw thank you untuk maklumat dengan mata wang melayu

    ReplyDelete
  24. admin nak tnaye
    adakah kepentingan mata wang sekarang sama dengan mata wang dahulu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedua-dua zaman mempunyai kepentingan yang tersendiri. bagi zaman dahulu, penggunaan mata wang terutamanya dari aspek perdagangan berjaya memudahkan pengurusan pelabuhan dan memuncakkan aktiviti perdagangan.

      bagi masa kini, kepentingan mata wang itu masih sama iaitu bagi memudahkan urusan perdagangan tetapi dengan aspek yang lebih luas dan lebih tertumpu kepada kestabilan wang itu sendiri.

      Delete
  25. hi admin, saya nak minta izin untuk gunakan info ni sebagai tambahan info dalam assignment saya. There's a few points yg saya dah highlight kan, jangan risau saya ambik sikit je and bukan copy direct :)

    ReplyDelete
  26. apakah kepentingan mata wang sekarang??

    ReplyDelete
  27. Apakah kepentingan mata wang sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Secara umum, wang digunakan sebagai perantaraan untuk memenuhi kehendak atau keperluan manusia seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Seterusnya, wang bukan sahaja digunakan sebagai medium pertukaran malah berperanan sebagai unit ukuran nilai. Wang diperlukan untuk menentukan harga atau mengukur nilai pertukaran yang sepatutnya sesuatu untuk ditukarkan dengan barangan dan
      perkhidmatan. Fungsi wang yang ketiga ialah wang sebagai penyimpan nilai. Fungsi ini
      menggambarkan bahawa pertukaran untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan boleh dilakukan untuk masa akan datang.

      Delete
  28. jelaskan jenis-jenis mata wang yang digunakan dalam sistem perdagangan di alam melayu.

    ReplyDelete
  29. apakah jenis jenis mata wang kesultanan melayu melaka, boleh admin jelaskan kepada saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. please answer tau admin, i'll be waiting

      Delete
    2. Pada peringkat awal Kesultanan Melayu Melaka, para pedagang menggunakan kulit siput gerus, debu emas, ketulan perak dan bongkah timah tulen dan bukannya duit syiling dalam transaksi urus niaga. Hal ini kerana urusniaga ketika itu adalah dalam bentuk kecil.
      Duit syiling emas dinar dan pitis timah dari Pasai turut diperkenalkan ke Melaka oleh pedagang Arab dan India Muslim yang berdagang di sana. Selain itu, terdapat juga duit syiling tembaga Cina dibawa masuk khususnya pada kurun ke-10 dan 11 Masihi. Hasil lawatan diplomatik antara Maharaja China dengan Sultan Iskandar Shah pada 1419 yang memberi kebenaran untuk Sultan Melaka mengeluarkan duit syiling sendiri telah membawa kepada penempaan duit timah Melaka.
      Duit syiling pertama dikeluarkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1456/9) yang pada mukanya tertera nama Sultan yang memerintah dan belakangnya dengan gelaran Islam baginda.

      Delete
  30. apakah mata wang utk negeri perak, pahang, terengganu dan selangor dan apa kepentingan mereka(adakah ia sama dengan yang melaka dan johor itu)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Johor
      Wang Emas-Unit: Kupang Mas
      Wang Timah-Unit:Katun

      Kedah
      Wang Emas- Unit: Kupang dan Dinar
      Wang Perak-Unit :Darham.
      Wang timah berbentuk ayam sabung juga digunakan.

      Terengganu
      Wang Emas-Unit: Kupang
      Wang Timah -Unit Pitis dan Jokoh


      Kelantan
      Wang Emas-Unit Kijang, Dinar Matahari, Mas Kupang dan Pohon Pitis.

      Negeri Sembilan , Pahang, Selangor dan Perak
      Wang Timah-Unit: Jongkong Tampang.

      Delete
  31. di mana jenis jenis mata wang dalam penerangan ni?

    ReplyDelete
  32. Saya harap awak boleh jaeap soalan saya , mengapa kerajaan di alam Melayu sudah menggunakan mata wang dalam urusan perdagangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. penggunaan mata wang mula digunakan bagi memudahkan pengurusan perdagangan dan jual beli. hal ini kerana, penggunaan sistem barter atau tukaran barang dilihat kurang relevan dan tidak sistematik seperti penggunaan wang. selain itu, kerajaan Alam Melayu mula mengunakan mata wang dengan kemasukan pengaruh daripada cina, arab dan sebagainya. Contohnya, kita boleh tahu yang mereka menggunakan teknik tempa dari negara Cina dan menggunakan tulisan jawi atau arab daripada pengaruh arab

      Delete
  33. Admin boleh tolong buatkan kesimpulan dan apa yang Kita pelajari ,pengalaman, atau pengajaran daripada mata wang melaka ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkembangan perdagangan telah menyebabkan berlakunya penaambahbaikan dari segi perdagangan. secara zahirnya. lahirnya penggunaan mata yang secara totalnya telah memudahkan urusan perdagangan dan jual beli

      Delete
  34. thank you a lot, you are lovely i hope you have a great days! sending love for you. 💗

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. thank you so much for your kind words. I hope you have a lovely day too!

      Delete
  35. you guys should do by yourself not by admin, i know you guys had no idea what to write on ur folio but please read all the answer that had told by admin not just asking randomly. just read it the admin replied the answer. anyways stay safe everyone

    ReplyDelete
  36. Boleh jelaskan tak pasal tulisan jawi yang digunakan dalam mata wang ?

    ReplyDelete
  37. Boleh jelaskan tak pasal tulisan jawi yang digunakan dalam mata wang ?

    ReplyDelete
  38. Boleh jelaskan tak pasal tulisan jawi yang digunakan dalam mata wang ?

    ReplyDelete
  39. Boleh jelaskan tak pasal tulisan jawi yang digunakan dalam mata wang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama sekali, penggunaan tulisan jawi dalam mata wang boleh dikaitkan dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu. seperti penulisan di atas di negeri Kelantan.

      Terdapat tiga jenis syiling emas ditemui di Kelantan, jenis pertama terdapat perkataan Arab atau Jawi pada kedua-dua permukaan, contohnya koin mengandungi perkataan ‘Khalifat al mu’minin’ di bahagian hadapan dan ‘Malik al-adil’ di belakang. Jenis kedua, dikenali sebagai ‘Dinar Kijang’ kerana gambar di hadapannya berbentuk seekor kijang manakala di bahagian belakangnya bertulis perkataan ‘Malik al-adil’ atau ‘al-adil’ sahaja Jenis yang terakhir ialah ‘Dinar Matahari’ kerana gambar dibahagian hadapannya berbentuk matahari atau bunga manakala bahagian belakangnya tertulis ‘Malik al adil’. Terdapat pendapat yang berbeza mengenai asal usul duit Dinar emas kijang antaranya seorang pedagangArab telah menghadiahkan pemerintah perempuan di Kelantan iaitu Che Siti Wan Kembang seekor kijang dan oleh kerana sayangkan Kijangnya maka Baginda menitahkan agar gambarnya diukir pada duit Dinar emas.

      Delete
  40. apakah kelemahan mata wang tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. telah saya jelaskan di ruangan komen di atas. terima kasih

      Delete
  41. i love this!! Semua maklumat lengkap and teratur! Thank you for made this blogspot!!

    ReplyDelete
  42. Replies
    1. 1. Memudahkan urusan perdagangan
      2. Memudahkan urusan jual beli
      3. Mata wang sebagai medium nilai barang
      4. Menjadi alternatif lain selain barter
      5. Menggantikan sistem barter yang banyak kelemahan
      6. Bahan logam yang digunakan untuk membuat wang mudah dijumpai
      7. Penggunaan mata wang yang lebih sistematik

      Delete
  43. Replies
    1. Jenis menunjukkan wang itu sendiri. Contoh mata wang Kelantan ataupun Kedah. Untuk ciri-ciri dia lebih kepada wang itu diperbuat daripada apa, bentuknya, ukirannya

      Delete
  44. nyatakan pengaruh Islam terhadap penggunaan mata wang di Tanah Melayu.(2m) nak jawap macam mana ye soalan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengaruh Islam terhadap penggunaan mata wang di Tanah Melayu adalah terdapatnya perkataan Arab atau Jawi pada permukaan koin, contohnya koin di Kelantan mengandungi perkataan ‘Khalifat al mu’minin’.

      Delete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. hii notice me pls

    bandingkan mata wang kesultanan melayu melaka dengan mata wang hari ini plsss esok cikgu nk tgk 😊

    ReplyDelete
  47. I'm doing a sejarah project , and I really need help in " jenis mata wang dan ciri ciri mata wang yang relay digunakan di alam melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. I really hope this post will help you, untuk jenis dan ciri-ciri telah saya terangkan pada post dan ruangan komen :)

      Delete
  48. You really helped me a lot admin. Thanks a lot for this. My whole Sejarah Kerja Kursus isi came from you admin. Thanks a lot again - IronOP

    ReplyDelete
  49. Replies
    1. Menurut Husain Mahmud, (1967) ‘Wang’ ialah setiap benda yang boleh digunakan sebagai alat tukaran untuk mendapatkan sesuatu benda yang lain, atau pun yang diterima sebagai pembayaran hutang.

      Delete
  50. Jenis jenis mata wang zaman dulu di alam melayu??

    ReplyDelete
  51. jenis mata wang zaman dulu di alam melayu??harap bls sbb nak kene buat folio

    ReplyDelete
    Replies
    1. Johor
      Wang Emas-Unit: Kupang Mas
      Wang Timah-Unit:Katun

      Kedah
      Wang Emas- Unit: Kupang dan Dinar
      Wang Perak-Unit :Darham.
      Wang timah berbentuk ayam sabung juga digunakan.

      Terengganu
      Wang Emas-Unit: Kupang
      Wang Timah -Unit Pitis dan Jokoh

      Kelantan
      Wang Emas-Unit Kijang, Dinar Matahari, Mas Kupang dan Pohon Pitis.

      Negeri Sembilan , Pahang, Selangor dan Perak
      Wang Timah-Unit: Jongkong Tampang.

      Delete
  52. This really helpful.Dont know what to say,only can say it very helpful,Teacher gave me a kajian kursus,I am now in the progress.THANK YOU SO MUCH

    ReplyDelete
  53. By the way,the mata wang you post at top there is dari negeri apa?

    ReplyDelete
  54. hi , sumber ni daripada mana ye .
    hope reply asap thankyou

    ReplyDelete
  55. Hi ,may I know apakah kepentingan mata wang sekarang please?I saw the comment above but still confuse on some point.Can list the kepentingan mata wang seakrang again?Thank you.

    ReplyDelete
  56. Apakah rumusan yang sesuai bagi kajian kes mata wang kesultanan melayu melaka?

    ReplyDelete
  57. Mengapakah mata wang digunakan dalam urusan perdagangan di alam melayu

    ReplyDelete
  58. Perbangdingan penggunaan mata wang di Alam Melayu dengan sekarang.

    ReplyDelete
  59. apakah perbandingan penggunaan mata wang sekarang:)

    ReplyDelete
  60. Hi pls notice mee

    Perenggan mana yang ciri ciri mata wang kesultanan melayu melaka

    ReplyDelete
  61. Jelaskan pengenalan sistem matawang di Tanah Melayu sebelum dan selepas kedatangan Barat?

    ReplyDelete
  62. thanks admin ! you really helped me a lot <3 :)

    ReplyDelete
  63. Mengapakah mata wang digunakan dalam urusan perdagangan di Alam Melayu?

    ReplyDelete
  64. Nyatakan kesan perkembangan perdagangan di kerajaan Alam Melayu kepada masyarakat

    ReplyDelete
  65. can i know more about penggunaan mata wang dalam kesultanan johor riau dalam aktiviti perdagangan? cuz my sej karangan need more point about it. TQSM

    ReplyDelete
  66. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  67. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  68. b)Apakah bentuk mata wang yang digunakan di Malaysia pada masa kini berserta ciri-ciri yang berkaitan.

    ReplyDelete
  69. Wajarkah mata wang ditukarkan ciri-cirinya sekurang-kurangnya 5 tahun sekali.

    ReplyDelete
  70. Admin saya nak tanya

    Merangkumi perkara-perkara berikut

    Pengetahuan:
    Nilai Murni:
    Nilai patriotisme:
    Harapan:

    ReplyDelete
  71. Jelaskan jenis jenis mata wang kesultanan melayu melaka

    ReplyDelete
  72. apakah kepentingan penggunaan Mata Wang?

    ReplyDelete
  73. Lucky Club Casino Site - Get 100% Up To €/$100 Welcome Bonus
    Lucky luckyclub.live Club Casino is a Curacao-licensed online gambling platform with an extensive selection of casino games. They are licensed by the UK Gambling Commission and are

    ReplyDelete
  74. mengapakah kerajaan di alam melayu sudah menggunakan mata wang dalam urusan perdagangan?

    ReplyDelete
  75. Penggunaan mata wang memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.Bincangkan. i.Kepentingan Mata Wang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts