THE ANGLO-MALAYAN DEFENCE AGREEMENT (AMDA)




-Credit to owner-

Malaysia yang baru mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 masih cenderung mengikut model Barat khususnya Britain dalam dasar luarnya berhubung keselamatan, ekonomi dan politik. Hal ini kerana Malaysia yang ketika itu berada di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman melihat bahawa faktor sejarah adalah penting sebagai asas kepada penggubalan dasar luar Malaysia. Malaysia pernah menghadapi ancaman komunis sekitar tahun 1946 sehingga 1960 sehingga Tanah Melayu ketika itu diisytiharkan sebagai darurat oleh kerajaan British. Oleh itu, selepas mendapat kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melihat komunis sebagai ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia yang baru merdeka. 

Sebagai langkah persediaan, Tunku telah menandatangani Perjanjian Pertahanan dengan Britain pada tahun 1957 yang dikenali sebagai AMDA atau “Anglo Malaysian Defence Agreement”. Perjanjian ini merupakan perjanjian pertahanan dan bantuan ketenteraan. Melalui perjanjian ini Britain berjanji untuk memberi bantuan kepada Malaya jika negara tersebut berada di dalam keadaan terancam.  Melalui perjanjian baru yang dicadangkan tersebut, Britain, Australia dan New Zealand, merupakan negara yang menyertai Malaya dalam perjanjian AMDA.

Persidangan Anglo-Tanah Melayu 1956 telah membuat rancangan untuk memisahkan aspek keselamatan dalam negeri daripada pertahanan luar, kedua-duanya adalah tugas kerajaan British di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Penyusunan semula mewujudkan dua fasa dalam pemindahan kuasa ke atas perkara-perkara berkaitan pertahanan era sebelum merdeka dan era selepas merdeka. Dalam fasa pertama, semua perkara berkenaan pertahanan dan keselamatan dalam negeri menjadi tanggungjawab menteri Perikatan, sementara pertahanan luar dan keselamatan luar negara kekal menjadi tanggungjawab kerajaan British. Sewaktu darurat, kepimpinan Tanah Melayu menggantikan pengarah operasi British. Langkah ini diambil untuk menyarankan agar orang ramai mengenalpasti diri mereka sendiri untuk lebih dekat dengan peperangan menentang komunis, agar mereka mengetahui bahawa mereka terlibat dengan peperangan mereka sendiri dan bukan orang lain.

Dalam fasa kedua pula, penyusunan semula pertahanan bermula dengan pemberian kedaulatan daripada persekutuan untuk kerajaan Tanah Melayu. Secara berperlembagaan, perkara ini melibatkan penyerahan kuasa atas hal ehwal luar dan pertahanan luar, yang masih dikawal oleh kerajaan British. Bagaimanapun, di bawah syarat-syarat perjanjian pertahanan Defence and Mutual Assistance Treaty, persekutuan memberikan kerajaan British hak untuk kekal di Tanah Melayu. Sebagai balasan, kerajaan British berjanji bagi menghulurkan bantuan kepada Kerajaan Persekutuan dalam aspek pertahanan luar Tanah Melayu.

Setelah pihak British bersetuju memberi kemerdekaan, perjanjian pertahanan Anglo-Tanah Melayu atau Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA) telah ditandatangani pada 12 Oktober, 1957. Britain telah digesa untuk berganding bahu dengan bekas tanah jajahannya sebagai rakan kongsi dalam perikatan pertahanan. Dengan cara ini, walaupun pemerintahan Britain berakhir, satu bentuk hubungan keselamatan yang dipersetujui bersama berterusan. Kerjasama pertahanan ini penting untuk Tanah Melayu dan Britain, terutamanya dalam usaha mereka untuk mengawal pengaruh komunisme. Oleh itu, pihak Britain menekankan kerjasama keselamatan inilah yang menjadi kepentingan utama berbanding ekonomi, yang menjadi dasar penglibatan British selepas kemerdekaan. Kemerdekaan adalah juga diberi dalam situasi kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu berkurangan kesan daripada darurat dan perubahan corak perdagangan di Tanah Melayu.

Namun, masih terdapat juga masalah dalam pertubuhan ini. Masalah utama dalam kerjasama ini adalah peranan global yang dimainkan oleh British termasuk Komanwel dan lain-lain fungsi di peringkat global. Di bawah perjanjian AMDA, sekiranya Persekutuan Tanah Melayu atau wilayah-wilayah bekas jajahan British di Timur Jauh diancam dengan satu serangan atau apa-apa ugutan oleh negara lain, Britain boleh mengambil tindakan untuk menyerang balas selepas berunding dengan Kerajaan Persekutuan. Masalah kedua yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin Tanah Melayu ialah perjanjian pertahanan tersebut tidak mengandungi peruntukan untuk tempoh masa tertentu atau peruntukan untuk menyemak semula tempoh perjanjian dan oleh kerana itu ia boleh dilaksanakan secara berterusan.

Bagi tujuan politik dalaman, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu merasa cemas yang mereka sepatutnya kelihatan tidak berperanan dalam perjanjian pertahanan yang dirundingkan sebelum merdeka untuk membentuk satu pergantungan ketenteraan yang tetap ke atas British, walaupun Tunku dan rakan-rakan sekerjanya menganggap pergantungan tersebut sebagai satu jaminan yang perlu bagi kewujudan berterusan Tanah Melayu sebagai satu negara bangsa yang merdeka di dunia. Tanah Melayu masih memerlukan perlindungan British untuk menjaga keselamatan luaran dan dalaman negara, terutamanya dalam tempoh terdekat selepas kemerdekaan. Pemimpin-pemimpin Tanah Melayu turut bimbang tentang keselamatan semasa dan selepas hari kemerdekaan. Selain kemungkinan sabotaj oleh gerila komunis, mereka juga menyakinkan pihak komunis bahawa kemerdekaan telah dicapai hasil daripada pemindahan kuasa yang sah dan Tanah Melayu bertanggungjawab dalam kawalan terhadap keselamatan dalam negara.

Sebagai tambahan, telah menjadi kepentingan kedua-dua belah pihak, iaitu Tunku dan Britain bahawa bantuan selepas merdeka sepatutnya tidak perlu dan jika persetujuan telah dibuat sebelum merdeka, ia akan mengelakkan perasaan malu jika perkara sebaliknya berlaku. Pihak British menyatakan bahawa pengalaman mereka di negara-negara lain telah menunjukkan bahawa langkah berjaga-jaga akan mengurangkan risiko masalah keselamatan. Bagaimanapun, British akan terus membantu dalam aspek pengangkutan, tetapi hanya untuk mempertahankan negara sebagai sebahagian daripada penugasan semula British dan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjanjian AMDA ini juga mendapat reaksi dari negara Indonesia. Para nasionalis Indonesia melihat kemerdekaan Tanah Melayu sebagai satu penghinaan dan pengejekan, atau kemerdekaan yang bukan tulen kerana diberi dengan keadaan yang sungguh aman. Selain itu, tentera British masih ada di Tanah Melayu. Hubungan Tanah Melayu dengan bekas penjajahnya (British) adalah baik dan dmpenkukuhkan lagi dengan Perjanjian Pentahanan Anglo-Malaya AMDA.Tanah Melayu tidak mempunyai angkatan tentera yang kuat, malahan tidak mempunyai sebuah jet pejuang pun. Sebaliknya, Tanah Melayu bergantung pada Britain untuk menghadapi ancaman luar rnelalui penjanjian pertahanan AMDA yang ditandatangani pada bulan Oktober 1957.



Comments

Popular Posts