Kesan Terhadap Ekonomi Selepas Perjanjian Pangkor


Pengenalan

Perjanjian Pangkor 1874 merupakan  rundingan dan persidangan yang telah diadakan oleh Andrew Clarke untuk menjemput semua pemimpin-pemimpin Cina, pembesar-pembesar dan Raja Perak hadir ke suatu persidangan di Pulau Pangkor. Tiga hari kemudian iaitu pada 20 Januari 1874, Kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding menjadi bukti kepada Perjanjian Pangkor yang ditandatangani di antara Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara,Temenggung,Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota,Laksamana dan Dato’ Sagor. Perjanjian ini mengandungi dua perjanjian iaitu Persetiaan China menyelesaikan peperangan Larut dan Persetiaan Pangkor menyelesaikan pergelutan mengenai penggantian. Campur tangan British di Tanah Melayu secara rasminya bermula di Perak apabila termeterainya Perjanjian Pangkor. Sir Andrew Clarke selaku gabenor baru telah bertindak melampaui tugas yang diarahkan dengan melaksanakan dasar campur tangan British di Perak. Perjanjian ini telah memberi kebenaran kepada Inggeris untuk mencampuri hal ehwal negeri Perak terutamanya dari segi ekonomi. Pentadbiran British selepas perjanjian pangkor dimeterai memberi perubahan dan kesan terhadap ekonomi tanah melayu.


Kutipan cukai


Dapat dilihat dalam fasa 8 dan 10 dalam surat perjanjian . Sebab utama Perjanjian Pangkor ditandangani tentunya berkaitan dengan kepentingan ekonomi British. British pastinya tidak akan berminat menguasai Perak jika negeri Perak tidak mempunyai sumber alam yang amat diperlukan dalam sektor ekonomi British khasnya bijih timah. Melalui fasal ke-10 perjanjian ini, pungutan dan kawalan semua pendapatan dan pentadbiran am negeri akan ditadbir di bawah nasihat Residen British. Isi perjanjian versi melayu:


“Kutipan Cukai tidak lagi boleh pembesar-pembesar Melayu  tempatan. Residen British akan bertanggungjawab untuk  mengutip dan mengawal semua kutipan cukai dan perbelanjaan wang cukai”


Fasa ini adalah berkaitan dengan pengaruh British melalui Residen sebagai badan pemerintah di atas kuasa Sultan. Cth: J.W.W Birch dilantik sbg residen pertama di Perak. Birch mengkehendaki semua cukai dikutip oleh pegawai kerajaan negeri atau pegawai Eropah. Beliau tidak membenarkan cukai dalam negeri dipungut oleh sultan dan orang-orang besar di Perak seperti yang dijalankan sebelumnya, dan akan menghukum sesiapa sahaja yang melanggar peraturan ini. Buktinya, pada pertengahan bulan Disember, Birch telah membakar rumah Raja Ngah, Tengku Panglima Besar yang juga sepupu bekas Sultan Ismail di Bidor, disebabkan Raja Ngah mengutip cukai pelombong di situ.


Birch turut membatalkan pajak hasil Kuala Sungai Perak yang telah dibuat oleh Sultan Abdullah dengan seorang saudagar Cina.  Ternyata sekali tindakan British ini bertujuan untuk mengambil alih hak memungut cukai daripada tangan sultan dan para pembesar Melayu melalui pegawai-pegawai British yang dilantik di atas nama sultan. Kesannya pembesar tidak lagi mempunyai kuasa untuk memungut cukai di kawasan mereka. Pengenalan itu telah mengetepikan tradisi para pembesar dalam urusan kutipan cukai dan menguasai hasil-hasil bumi di kawasan mereka.  Pembesar hanya diberikan pencen bulanan oleh kerajaan negeri  Hal ini telah bertentangan degan amalan orang melayu.



Pengenalan cukai baru


Selain itu, Birch juga bertindak dengan meminta Sultan Abdullah menandatangani perisytiharan Residen memungut cukai di suatu tempat.  Birch mula memperkenalkan cukai tambahan kepada orang Melayu iaitu cukai kelamin tetapi diberi pengecualian kepada Sultan Abdullah, Sultan Ismail, kerabat diraja, pesuruhjaya dan penolong pesuruh jaya bagi Ratu Inggeris, pengawal pesuruhjaya, ahli pasukan polis, Orang Besar Empat, Lapan, Enam belas dan juga pelombong cina.  Hal ini jelas memperlihatkan penindasan British terhadap orang Melayu, malah setiap tongkang akan dikenakan cukai tahunan. Barang yang dibawa masuk dan di bawa keluar juga dikenakan cukai sebanyak 10% daripada barangan yang dimiliki. Pendaftaran  dan pernomboran perahu serta pendaftaran dan pengecapan sagor dikenakan bayaran sebanyak 10 sen. Segala pembayaran akan dilakukan kepada penghulu dan penghulu akan dibayar 1/10 daripada jumlah yang dikenakan ke atas pengingkar yang dilaporkan kepada mereka.


Pengenalan pelbagai cukai-cukai baru menyebabkan rakyat tidak puas hati dan menjadi satu bebanan kepada rakyat. Dibebani  dengan pelbagai cukai cth Birch telah memperkenalkan cukai pajak, candu, arak, judi, permit balak, perahu, senjata, padi, dan memotong atap malah telah ditambah lagi dengan cukai pertanian dan penternakan.  Sebelum perjanjian Pangkor dan pengenalan sistem residen, rakyat hanya perlu membayar 1/10 daripada hasil pendapatan yang diperolehi kepada pembesar, keadaan ini telah menjejaskan pendapatan rakyat. Perlu mendapatkan kebenaran British apabila mahu membuka tanah melalui pengenalan cukai pertanian, hal ini menambahkan kesulitan dan kemarahan rakyat.



Perlombongan


Hasil daripada penemuan kawasan perlombongan di Larut telah memberi kesan kepada kemasukan imigrasi kaum Cina ke Negeri Perak. Hal ini demikian kerana Long Jaafar ingin mereka mengerjakan kawasan perlombongannya. Dengan ini lebih ramai lagi kaum Cina yang memasuki negeri Perak. Seterusnya selepas British memonopoli dan menguasai perusahaan bijih timah dan menguasai pasaran timah telah mengakibatkan buruh asing dari kaum India di bawa masuk bagi mengerjakan lombong bijih timah. Pada abad ke-19, berlaku kejatuhan harga timah yang akhirnya menyebabkan masalah kekurangan imigran Cina dan menyebabkan buruh semakin kurang dari kalangan buruh Cina. Penganiayaan yang berlaku ke atas imigran Cina oleh pihak British ini juga menyebabkan imigran Cina semakin hari semakin berkurangan.


Perjanjian ini turut memberi hak kepada Residen British untuk menguasai lombong-lombong dan mengambil alih jentera bagi memulihkan kacau bilau di Perak. British kononnya menjadi orang tengah di antara 20 pemimpin Cina yang berkepentingan di Larut dengan menguasai ‘lombong yang diduduki’ dan cara-cara urusniaga.  Pemimpin-pemimpin Cina ini turut menyetujui aturan mengenai bekalan air ke lombong tertakhluk kepada perintah yang dikeluarkan oleh Residen yang berpejabat di Perak dan Larut. Dengan persetujuan ini, bermakna orang Cina ini tidak mahu Menteri Larut memerintah mereka lagi.Penguasaan ke atas lombong-lombong dan jentera ini pula pastinya memberikan faedah ekonomi yang besar kepada British.



Kemasukan buruh asing dan pelabur


Perak kaya dengan hasil bumi bijih timah, menyebabkan kekayaannya itu kuasa British tertarik. Setelah menguasai Perak, British ingin menggunakan sepenuhnya bahan-bahan mentah itu bagi mencari keuntungan bagi British. Kemajuan dalam perusahaan bijih timah di Perak setelah British bertapak amat mengagumkan dan perak muncul sebagai negeri pengeksport bijih timah.  British telah menggalakkan pelabur-pelabur melabur di Perak.Wujudnya berbagai institusi utk memenuhi keperluan di atas.Contohnya pembangunan sistem  Ekonimi  kolonial seperti  Sime Darby. Pada tahun 1882 sebuah syarikat Perancis telah membuka lombong bijih timah di jajahan kinta, Perak. Hal ini juga telah menggalakkan kemasukan ramai buruh asing terutamanya Cina dan India.



Jalan perhubungan terbina


Seterusnya, Perjanjian Pangkor memberikan perubahan kepada pembangunan di negeri Perak. Kemudahan infrastruktur merupakan antara objektif yang dicapai oleh pihak British selepas termeterainya Perjanjian Pangkor. Kemudahan-kemudahan infrastruktur ini biasanya dibangunkan di kawasan-kawasan perlombongan dan persekitarannya. Antara infrastruktur yang disediakan oleh pihak British untuk kesenangan bersama ialah pembinaan jalan raya, landasan kereta api, hospital dan juga kemudahan asas yang lain seperti lampu dan bekalan air paip. Jalan raya merupakan sistem perhubungan terawal yang dibina oleh pihak British. Jalan raya yang dibina ini sebenarnya menghubungkan kawasan-kawasan yang menuju ke kawasan-kawasan perlombongan dan juga perladangan.   Selain itu, pada tahun 1885, landasan kereta api yang pertama telah dibuka di Larut antara Port Weld (Kuala Sepetang) dan juga Taiping. Manakala Ipoh dan Teluk Anson (Teluk Intan) pula dihubungkan dengan kereta api pada tahun 1910. Ini jelas menunjukkan pembangunan yang dibuat oleh pemerintah British sebenarnya adalah untuk memudahkan eksport bijih timah ke Britain, untuk menguatkan kedudukan Britain di mata dunia.



Tanaman getah


Pada tahun 1900 hingga tahun 1941 telah muncul tanaman baru yang diperkenalkan oleh British seperti tanaman getah dan kelapa sawit. Permintaan yang tinggi terhadap getah bermula selepas berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah. Bagi memenuhi permintaan ini, tanaman getah diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu. Pada awalnya, getah ditanam di halaman rumah Residen British Hugh Low di Kuala Kangsar, Perak sebagai tanaman hiasan. Usaha ke arah perkembangan perusahaan getah telah dijalankan oleh Henry N. Ridley apabila beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura pada tahun 1888. Antara usaha penting yang telah dibuat oleh Ridley termasuklah meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran serta mengagihkan benih getah secara percuma. Henry Ridley seterusnya berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai iaitu sistem menoreh secara ibidem atau seperti bentuk tulang ikan hering, yang tidak merosakkan pokok. Perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut, tayar basikal, dan peralatan elektrik telah meningkatkan permintaan getah dan menyebabkan harga getah melambung tinggi. Akhirnya perusahaan getah menjadi perusahaan yang penting di Tanah Melayu. Menjelang tahun 1909, getah telah ditanam hampir keseluruhan Tanah Melayu berjumlah kira-kira 190 000 hektar.



Kesimpulan


Melalui perjanjian ini menyebabkan bermulanya campur tangan secara menyeluruh pihak Inggeris di Tanah Melayu dan telah mengubah, terutamanya ekonomi di Tanah Melayu sehingga ke hari ini. Selain itu tidak dinafikan bahawa perjanjian ini telah membawa kemajuan kepada negeri Perak dan negeri-negeri melayu yang lain secara amnya. Tambahan pula Perjanjian Pangkor ini telah membantu British menamatkan keadaan huru-hara dalam negeri dan sekaligus mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu. Keamanan turut diwujudkan dengan adanya Perjanjian Pangkor.

Comments

Popular Posts