Konflik Semasa Pemerintahan Uthman bin Affan

Setelah melewati masa-masa gemilang, pada masa separuh terakhir kekuasaanya, Khalifah Uthman menghadapi berbagai pemberontakan dan pembangkangan di dalam negeri yang dilakukan oleh orang-orang yang kecewa terhadap tabiat khalifah dan beberapa kebijaksanaan pemerintahannya. Akan tetapi kekacauan sudah dimulai sejak pertama tokoh ini terpilih menjadi khalifah.Uthman adalah orang yang baik dan soleh namun dalam banyak hal kurang menguntungkan. Kerana Uthman terlalu terikat dengan kepentingan-kepentingan orang Mekah, khususnya kaum Quraisy dari kalangan Bani Umayyah.

Tuduhan demi tuduhan dilemparkan terhadap khalifah uthman disebabkan kurang senang atas tindak laku dan corak pentadbirannya yang dikatakan berunsur bid’ah dari sudut ubudiah dan amalan nepotisme dan kronisme dari sudut melantik pegawai-pegawai pemerintahan. Adik angkatnya, Abdullah bin saad bin abi sarh dilantik oleh khalifah Uthman sebagai pentadbiran Mesir sesudah mengenepikan Amr bin al-As, yang kemudian menjadi penentang kuat kepada Khalifah Uthman. Penentangan itu lebih ketara apabila beliau diikuti sama oleh Muhammad bin Abi bakar dan Muhammad bin Hudzaifah, yang kecewa kerana tidak dilantik memegang jawatn pentadbir, disebabkan kekosongan itu diisi oleh ahli keluarga Khalifah Uthman yang terdekat.

Sekalipun tuduhan-tuduhan itu diberikan penjelasan dengan panjang lebar, namun tidak mendatangkan kesan khususnya dikalangan mereka yang mudah terguris hati akibat tindakan Uthman yang tidak disenangi, disamping penyusupan anasir-anasir tertentu yang turut memainkan peranan mengikut agenda tersendiri. Contohnya, Khalifah Uthman dikatakan bertindak tidak wajar apabila pemilik-pemilik kuda di kenakan zakat walhal tidak pernah dilakukan dengan sebelumnya pada masa Rasulullah SAW. Menjelaskannya, Khalifah Uthman berkata bahawa perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat islam sehingga berupaya memiliki binatang seumpama itu, wajar dikenakan zakat yang dikenakan ke atas binatang unta.

Penggantian seorang Gubenor Kufah, yang bernama Mughirah bin Syu’bah dipecat oleh Khalifah Utsman dan diganti oleh Sa’ad bin Abi Waqqas, atas dasar wasiat khalifah Umar bin Khatab.Kemudian beliau memecat pula sebahagian pejabat tinggi dan pembesar yang kurang baik, untuk mempermudah pengaturan, kekosongan para pegawai dan pembesar itu diisi dan diganti dengan keluarga beliau yang mempunyai kredibiliti dalam bidang tersebut. Tindakan ini mengundang protes dari orang-orang yang dipecat, maka datanglah gerombolan yang dipimpim oleh Abdulah bin Saba’ yang menuntut agar pegawai dan para pembesar yang diangkat oleh Khalifah Utsman ini dipecat pula. Abdullah bin Saba’, seorang yahudi asal yaman yang berpura-pura masuk islam. Orang ini telah berkeliling ke berbagai kota kemudian menetap di Mesir. Usulan-usulan Abdullah bin Saba’ ini ditolak oleh khalifah Uthman.

 Pada masa kekhalifan Uthman bin Affan-lah aliran Syiah lahir dan Abdullah Bin Saba’ disebut sebagai pencetus aliran Syi’ah tersebut. Kerana merasa sakit hati, Abdullah bin Saba’ kemudian membuat propoganda yang hebat dalam bentuk semboyan anti Bani Umayah, termasuk Uthman bin Affan. Seterusnya penduduk setempat banyak yang termakan hasutan Abdullah bin Saba’. Sebagai akibatnya, datanglah sejumlah besar (ribuan) penduduk daerah ke Madinah yang menuntut kepada Khalifah, tuntutan dari banyak daerah ini tidak dikabulkan oleh khalifah, kecuali tuntutan dari Mesir, yaitu agar Utsman memecat Gubernur Mesir, Abdullah bin Abi Sarah, dan menggantinya dengan Muhammad bin Abi Bakar.

Situasi politik semakin mencekam bahkan berbagai usaha yang bertujuan baik dan mempunyai alasan yang kuat untuk kemaslahatan umat disalahertikan dan melahirkan perlawanan dari masyarakat. Pemushafan Al-Qur’an misalnya, yang dimaksudkan untuk menyelesaikan kesimpangsiuran bacaan Al-Qur’an sehingga perselisihan mengenai Al-Qur’an dapat dihindari. Khalifah Uthman dilemparkan tuduhan berat apabila didakwa membakar beberapa naskhah salinan al-Qur’an. Hakikatnya nashah-nashah yang dibakar itu adalah salinan-salinan yang tersebar di luar madinah, yang didapati tulisannya menimbulkah kekeliruan sebutan bacaan yang berbeza di antara satu nashah dengan satu nashah yang lain. Demi memelihara kemurnian dan kesucian Al-Quran, Khalifah Uthman mengambil langkah menentukan bahawa hanya satu nashah sahaja iaitu nashah yang tersimpan dirumah Hafsah dikekal pelihara, sebagai rujukan utama kaum Muslimin saluruhnya.

Terhadap berbagai kecaman tersebut, Uthman telah berupaya untuk membela diri dan melakukan tindakan politisi sebatas kemampuannya. Tentang pemborosan uang misalnya, Uthman menepis keras tuduhan keji ini. Memang benar dia membantu saudara-saudaranya dari bani Umayyah, tetapi itu diambil dari kekayaan peribadinya bukan dari kas Negara bahkan Uthman tidak mengambil gajinya yang menjadi haknya. Pada saat menjadi khalifah Uthman jatuh miskin. Kerana hartanya digunakan untuk membantu kaum keluarganya, juga kerana seluruh waktunya digunakan untuk mengurusi permasalahan kaum muslimin, sehingga tidak ada waktu lagi untuk mengumpulkan harta seperti sebelum menjadi khalifah.


Pada akhir tahun 34 Hijrah, pemerintahan Islam dilanda fitnah. Sasaran fitnah tersebut adalah Saidina Uthman ra. hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya. Fitnah yang keji datang dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh orang-orang yang datang hendak umrah pada bulan Rejab. Fitnah keji pun terus menjalar dengan kejamnya, sebahagian besar umat termakan fitnah tersebut hingga terjadinya pembunuhan atasUthman, setelah sebelumnya terkepung selama satu bulan di rumahnya. Peristiwa inilah yang disebut dengan “Al-Fitnah al-Kubra” pengepungan atas beliau sampai empat puluh hari. Situasi dari hari kehari semakin memburuk. Rumah beliau dijaga ketat oleh sahabat-sahabat beliau, Ali bin Thalib, Zubair bin Awwam, Muhammad bin Thalhah, Hasan dan Husein bin Ali bin Abu Thalib. 

Kerana kelembutan dan kasih sayangnya, beliau menanggapi pengepung-pengepung itu dengan sabar dan tutur kata yang santun. Hingga suatu hari, tanpa diketahui oleh pengawal-pengawal rumah beliau, masuklah gerombolan dan membunuh Uthman bin Affan yang sedang membaca Al-Qur’an. Beliau wafat pada bulan haji tahun 35 H. dalam usia 82 tahun setelah memegang jawatan sebagai Khalifah selama 12 tahun. Beliau dimakamkan di kuburan Baqi di Madinah.

Comments

Popular Posts