Ekonomi Masyarakat Prasejarah


Image result for zaman prasejarah memburu binatang
Ekonomi masyarakat prasejarah -Credit to owner-

Melalui arkeologi, kita dapat mengetahui aktiviti kebudayaan masyarakat prasejarah dari segi ekonomi. Pelbagai jenis aktiviti ekonomi telah dijalankan seperti berburu, memungut hasil laut, pertanian dan perdagangan.


Perburuan

Kegiatan aktiviti perburuan dapat dilihat melalui kebudayaan Neolitik apabila terbukti penemuan dari pelbagai jenis tulang seperti babi, rusa, beruang, monyet dan pelbagai jenis roden yang telah dijumpai di tapak-tapak pengebumian di gua-gua di Asia Tenggara. Aktivti perburuan ini juga dapat dibuktikan melalui penemuan tengkorak-tengkorak bersama tulang-tulang haiwan di tepian pasir dan kerikil di Ngandong. Penemuan ini menjelaskan bahawa terdapatnya aktiviti memburu binatang di kawasan itu. Penemuan alat pemburuan yang telah direkodkan adalah bertarikh  sekitar tempoh antara 18,000 dan 10,000 tahun yang lalu telah membuktikan wujudnya aktiviti berburu. Contoh penemuan arkeologi terhadap alat perburuan terdapat di Muang Thai, Thailand dan Gua Niah, Sarawak. Menurut G de G. Sieveking mengatakan bahawa masyarakat prasejarah seperti masyarakat Hoan binhian memburu pelbagao jenis binatang seperti kijang dan babi bagi mendapatkan sumber makanan. Hal ini telah terbukti dengan penemuan tulang-tulang pelbagai spesis mamalia seperti tulang babi dan rusa di Gua Cha di Kelantan.


Memungut Hasil Hutan

Melalui eksvakasi yang dilakukan masyarakat prasejarah turut menjalankan aktiviti memungut hasil hutan dan sebagainya untuk dijadikan bekalan makanan bagi meneruskan hidup. Antara hasil pungutan seperti buah-buahan, pucuk-pucuk kayu, rotan, buluh serta pelbagai ubat-ubatan herba. Hal ini kerana semuanya boleh didapati dengan mudah di dalam hutan. Sebagai contoh, masyarakat Negrito masih lagi meneruskan kegiatan mengumpul makanan, memburu dan memungut hasil hutan. Hal ini dapat dibuktikan melalu iarkeologi dengan ujian terhadap gigi mayat di Gua Chaa yang telah dilakukan oleh Bullbeck (1982). Ujian ini membuktikan bahawa si mati banyak memakan makanan manis seperti buah-buahan dan madu semasa hayatnya. Selain itu, bukti masyarakat prasejarah seperti masyarakat Hoanbinhian menjaalankan aktiviti memungut hasil hutan ialah penggalian Gorman di Guan Hantu di Barat Laut Muang Thai telah menjumpai sisa-sisa buah-buahan dan sayur-sayuran.


Mengumpul Hasil Laut dan Menangkap Ikan

Selain itu, masyaarakat prasejarah juga menjalankan aktiviti mengumpul hasil laut dan menangkap ikan di sungai. Kebanyakan masyarakat prasejarah seperti Neolitik, mendiami kawasan persisiran pantai dan lembah-lembah sungai. Hal ini telah memberikan bukti yang menunjukkan mereka mengeksploitasikan sumber alam untuk terus hidup contohnya penemuan bukit sampah kerang yang terdapat di Pulau Pinang dan Perak, masyarakat zaman prasejarah telah menggunakan hasil laut sebagai sumber makanan. Selain itu, mereka turut  menjalankan aktiviti menangkap ikan. Kebiasaannya mereka menangkap ikan di sungai-sungai, tasik-tasik, kolam-kolam serta dalam laut. Pelbagai alat batu dan senjata digunakan oleh Madeline Coloni yang telah melakukan eksvakasi Gua Lang Bon di Vietnam telah menemui tulang-tulang serta fosil dan pelbagai hidupan laut seperti ikan, kerang, siput sedut, ketam, kura-kura di kawasan  sungai berhampiran. Mereka turut menemui tulang-tulang ikan yang pelbagai spesis iaitu di Gua Kepah dan Seberang Prai.


Pertanian

Aktiviti pertanian juga turut dijalankan oleh masyarakat prasejarah di Asia Tenggara. Contohnya, masyarakat eolitik telah mula menanam sayuran dan bijiran seperti jagung, gandum dan barli. Di Knok Phanom, penanaman padi dipercayai bermula sejak 2,500 sm. Tapak Neolitik lain yang ditemui di sekitar Chao Phraya ialah Ban Tha Kae. Tanahnya yang subbur sesuai untuk penanaman padi dan kegiatan pertanian yang lain. Bukti pertnian masyarakat Neolitik dapat dilihat di Sungai Tembeling, Pahang, Jenderam Hilir, Ban Kao, Non Nok Tha dan Ban Chiang. Bagi masyarakat  Ban Kao mereka turut menghasilkan pisau pemanan dari batu yang mungkin dipakai bagi penanaman padi.

     Melalui arkeologi juga, kita dapat mengetahui bahawa  masyarakat prasejarah seperti masyarakat Neolitik turut menjalankan aktiviti perdagangan akibat daripada lebihan hasil pertanian. Perkembangan aktiviti perdaganganini pula telah mewujudkan sistem barter iaitu sistem pertukaran barangan seperti hasil pertanian, penternakan dan hasil laut. Kewujudan aktiviti perdagangan amat berkait rapat dengan petempatan mereka di pesisir pantai dan tebing-tebing sungai. Hal ini menyebabkan mereka mahir dalam teknologi pembuatan perahu dan kapal-kapal kecil. Tujuan utama mereka sebenarnya adalah untuk mengeksploitasi sumber-sumber sungai dan laut serta dijadikan sebagai alat perhubungan dan pengangkutan mereka ke suatu tempat dan sekaligus menjallinkan hubungan dengan masyarakat lain.

     Seterusnya, perkembangan aktiviti perdagangan ini telah menyebabkan munculnya beberapa pusat perdagangan di Semenanjung Malaysia seperti di Gua Kepah dan Jenderam Hilir. Selain itu, pembinaan perahu dan kapal-kapal kecilyang telah membawa kepada kewujudan pelayaran. Masyarakat Neolitik pada zaman itu menggunakan kaapal-kapal tersebut untuk berinteraksi dengan dunia luar  sehingga ada yang melakukan pelayaran hingga ke Madagascar. Jelaslah di sini menunujukkan bahawa arkeologi saling berkait rapat dengan kebudayaan prasejarah kerana melalui arkeologi kita dapat mengetahui kebudayaan dari segi ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat prasejarah.

Comments

Post a Comment

Popular Posts