Konflik Semasa Pemerintahan Ali bin Abu Talib



Pengenalan


Khalifah merupakan satu jawatan memerintah negara Islam menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah wafat. Perkataan khalifah berasal daripada perkataan ‘khulafa’ yang bermaksud pengganti. Tugas dan tanggungjawab khalifah sama seperti seorang rasul, cuma khalifah tidak diperlengkapkan dengan mukjizat dan wahyu.  Dalam sejarah Islam, terdapat empat orang khalifah yang menerajui Khulafa al Rasyidin dan cara pemilihan mereka adalah berbeza. Kaedah perlantikan Ali yang digunakan ialah pengusulan oleh sekumpulan masyarakat. Setelah kewafatan Khalifah Uthman bin Affan pada 656M, berlaku pergolakan dalam kalangan umat Islam untuk menentukan bakal khalifah seterusnya. Madinah ketika ini dikuasai pemberontak. Penduduk Mesir mencadangkan Saidina Ali bin Abu Talib sebagai pengganti khalifah sedangkan penduduk Basrah mencadangkan Talhah bin Ubaidillah manakala penduduk Kufah mencadangkan Zubair al Awwam. Musyawarah terpaksa diadakan dan keputusannya Saidina Ali bin Abi Talib dibaiah sebagai khalifah. Walaupun pada awalnya beliau menolak pelantikan itu, namun atas desakan para sahabat, akhirnya beliau menerima cadangan itu.



Pemerintahan Ali bin Abi Talib


Tugas pertama yang dilakukan oleh khlifah Ali adalah menghidupkan cita-cita Abu Bakar dan Umar, yakni menarik kembali semua tanah dan hibah yang telah di bagikan oleh Utsman kepada kaum kerabatnya ke dalam kepemilikan Negara. Ali juga segera menurunkan semua gubernur yang tidak di senangi oleh rakyat. Utsman bin Hanif diangkat menjadi penguasa Basrah menggantikan  Ibnu Amir, dan Qais bin Sa’ad dikirim ke Mesir untuk menggantikan gubernur Mesir yang dijabat oleh Abdullah. Gubernur Suriah dan Muawiyah juga di menta untuk meletakkan jabatannya, tetapi ia menolak perintah Ali bahkan tidak mengakui kekhalifahannya.


Penentangan terhadap Khalifah secara terang-terangan dilakukan oleh Aisyah, Thalhah, dan Zubair. Meskipun masing-masing mempunyai alasan peribadi sehubungan dengan penentangan terhadap Ali. Mereka sepakat menuntut khalifah segera menghukum para pembunuh Uthman. Tuntutan yang sama juga diajukan oleh Muawiyah, bahkan ia memanfaatkan peristiwa berdarah untuk menjatuhkan legasi kekuasaan Ali, dengan membangkitkan kemarahan rakyat dan menuduh Ali sebagai dalang terbunuhnya Uthman, jika Ali tidak dapat menemukan dan menghukum pembunuh yang sesungguhnya.


Akan tetapi tuntutan mereka tidak mungkin dikabulkan Ali. Pertama, kerana tugas pertama yang mendesak dalam situasi kritis yang penuh intimidasi seperti saat itu ialah memulihkan ketertiban dan mengonsolidasikan kependudukkan kekhalifahan. Kedua, menghukum para pembunuh bukanlah perkara yang mudah, khalifah Utsman tidak dibunuh hanya satu orang, melainkan banyak orang dari mesir, irak, dan arab secara langsung terlibat dalam perbuatan tersebut.



Perang Jamal (36 H/656 M)


Muawiyah bin Abi Sufyan, gubernur Syam, tidak membaiat Ali sebagai khalifah. Dia menuntut darah Uthman pada Ali. Oleh karenanya orang syam taat pada kekhalifahan Ali dan Muawiyah menyatakan memisahkan diri dari kekhalifahannya. Berangkatlah Ali dengan pasukannya dari kufa, dia telah memindahkan pemerintahan dari madinah ke kufah.

Pada saat itu juga Aisyah bersama Zubair dan Thalhah serta kaum mulimin dari mekah juga menuju bashrah untuk menetap di sana. Merka berhasil menguasai bashrah dan menangkap para pembunuh Uthman. Mereka mengirimkan surat kebeberapa wilayah untuk melakukan hal yang sama. Ali pun mengubah laluan perjalanannya dari Syam ke bashrah. Ali mengirimkan beberapa utusan ke pada Aisyah dan menerangkan kesan negatif dari apa yang mereka lakukan. Mereka puas dengan apa yang dikatakan Ali dan mereka kembali ke asas pasukan untuk kesepakatan damai.


Kedua belah pihak hampir saja melakukan kesepakatan damai. Namun Abdullah bin Saba’ dan pengikutnya yang menyimpang mereka ketakutan dan mereka melihat pertempuran harus terjadi. Kembali mereka berhasil mengobarkan api perang di antara kedua pasukan Islam. Terjadilah peperangan ini, pertempuran ini terjadi di depan unta yang membawa tandu Aisyah. Sehingga perang ini di sebut Perang Jamal (perang unta) yang terjadi pada tahun 36 H. dalam pertempuran ini pasukan Bashrah kalah.  Thalhah dan Zubair terbunuh ketika hendak melarikan diri, sedangkan Aisyah dikembalikan ke Madinah. Dalam peperangan ini banyak kaum muslimin yang terbunuh. Maka sejak itu Bashrah masuk secara penuh dalam pemeritahan Ali.


Perang unta ini menjadi sangat penting dalam catatan sejarah Islam, kerana peristiwa itu melibatkan sesuatu yang baru dalam Islam, iaitu untuk pertama kalinya seorang khalifah turun ke medan perang untuk memimpin langsung angkatan perang, dan justeru bertikai melawan saudara sesama muslim.



Perang Shifin (wilayah sebelah timur syam) 37 H/657 M


Perang ini terjadi antara Ali dan Muawiyah. Delegasi yang diutus antara Ali dan Muawiyah semuanya tidak menghasilkan apa-apa. sehingga akhirnya keduanya menempatkan pasukannya di kota tua Shiffin, dekat sunagi eufrat, pada tahun 37 H. khalifah Ali mengerahkan 50.000 pasukan untuk menghadapi Muawiyah. Sebenarnya pasukan Muawiyah sudah terdesak kalah, dengan 7.000 pasukan terbunuh. Hampir saja Ali memenangkan peperangan ini.Pada saat situasi tersebut pasukan syam dan Muawiyah mengangkat mushaf-mushaf dan meminta agar bertahkim dengan kitab Allah. Siasatan ini di lakukan oleh ‘Amr bin Ash, panglima pasukan Muawiyah, untuk menghentikan perang. Siasatan ini ternyata berhasil dan peperangan segera berhenti. Dari kedua belah pihak bertemu dan berunding, namun keduanya tidak sampai pada kata sepakat. Maka, ditulislah lembaran keputusan. Setelah itu kedua pasukan kembali ke negeri masing-masing.



Tahkim Shiffin


Konflik antara Ali bin Abi Thalib dengan Muawiyah bin Abi Sufyan di akhiri dengan tahkim.  Dari pihak khalifah diwakili oleh Abu Musa Al-Asy’ari, sedangkan dari pihak Muawiyah Diwakili oleh ‘Amr bin Ash yang terkenal cerdik. Dalam tahkim tersebut khalifah dan Muawiyah harus meletakkan jabatan, pemilihan baru harus dilaksanakan. Abu Musa pertama kali menurunkan Ali sebagai khalifah, kerana Ali telah diturunkan oleh Abu Musa. Peperangan Siffin yang di akhiri melalui tahkim, yakni perselisihan yang diselesaikan oleh dua orang penengah sebagai pengadil. Namun tidak menyelesaikan masalah, kecuali menegaskan bahawa gabenor itu mempunyai kedudukan yang sama atau setingkat dengan khalifah, dan menyebabkan lahir golongan Khawarij, orang-orang yang keluar dari barisan Ali, yang kira-kira berjumlah 12.000 orang.



Perpecahan Umat (Syi’ah, Khawarij, dan Pendukung Muawiyah)


Setelah Ali menerima tahkim dari pihak Muawiyah, namun tahkim ini tidak menyelesaikan masalah, bahkan menyebakan umat islam terpecah menjadi 3 golongan iaitu: Syi’ah (pengikut Ali), Khawarij (orang-orang yang keluar dari barisan Ali), dan Muawiyah. Orang Khawarij dulunya adalah pasukan yang berada pada pihak Ali. Mereka malah melakukan pemberontakan kepada Ali dengan alasan bahawa ia menerima tahkim.


Sebagai penentangan kekuasaan yang ada, khawarij mengeluarkan beberapa kenyataan yang menuduh orang-orang yang terlibat tahkim sebagai orang-orang kafir. Khawarij berpendapat bahawa Uthman bin Affan telah menyeleweng dari agama islam. Demikian pula dengan Ali bin Abi Thalib juga telah menyeleweng dari agama islam kerana melakukan tahkim. Utsman bin Affan Ali bin Abi Thalib dalam pandangan khawarij, iaitu murtad dan telah kafir. Individu yang lain yang di anggap kafir oleh khawari adalah Muawiyah, Amr bin Ash, Abu Musa Al-Asy’ari, dan semua orang yang menerima tahkim. Khawarij tampak tidak berada dalam jalur politik, tetapi berada dalam jalur atau wilayah teologi atau kalam yang merupakan fondasi bagi keberagamaan umat Islam. Khawarij di anggap keluar dari jalur politik karena menilai kafir terhadap orang-orang yang ikut dan menerima tahkim. Menurut Harun Nasution, bukan wilayah politik tetapi wilayah kalam atau teologi.


Ali memiliki pendukung yang sangat fanatik dan setia kepadanya. Dengan adanya penentangan terhadap pemerintahan Ali, kesetiaan mereka malah semakin bertambah, apalagi setelah Ali bin Abi Thalib wafat. Mereka yang fanatik terhadap Ali bin Abi Thalib dikenal dalam sejarah sebagai kelompok Syi’ah. Kelompok khawarij yang bermarkas di Nahrawan benar-benar menyusahkan khalifah Ali, sehingga memberi kesempatan kepada pihak Muawiyah untuk memperkuat dan memperluaskan kekuasaannya sampai mampu merebut mesir. Akibatnya tentera semakin lemah, sementara Muawiyah semakin kuat dan bertambah besar. Keberhasilan Muawiyah mengambil provinsi mesir, bererti merampas sumber-sumber kemakmuran dan suplai ekonomi dari pihak Ali. Kerana kekuatan Ali telah banyak menurun, terpaksalah Ali menyetujui perjanjian damai dengan muawiyah, khalifah mengakui pengesahan pemilikan Muawiyah ke atas Syiria dan Mesir.



Terbunuhnya Ali


Penyelesaian kompromi Ali dengan Muawiyah tidak disukai oleh kaum perusuh. Kaum khawarij merancang untuk membunuh Ali. Muawiyah dan Amar memilih seorang khalifah yang sehaluan dengan mereka, yang bebas dipilih dari seluruh umat Islam. Kerana itu Adurrahman pengikut setia kaum khawarij, memberikan pukulan yang hebat kepada Ali sewaktu dia akan Azan di masjid. Khalifah wafat pada tanggal 17 ramadhan 40 H. Dalam kisah yang lain, bahawa kematian khalifah Ali diakibatkan oleh pukulan pedang beracun yang di lakukan oleh Abdurahman bin Muljam, sebagaimana dijelaskan Philip k. hatty bahwa: Pada 24 januari 661, ketika Ali sedang dalam perjalanan menuju masjid Kufah, ia terkena hantaman pedang beracum di dahinya. Pedang yang mengenai otaknya tersebut diayunkan oleh pengikut khawarij, Abd Ar-Rahman bin Muljam, yang ingin membalas dendam atas kematian keluarga seorang wanita, temannya, yang terbunuh di Nahrawan. Tempat terkecil di kufah  menjadi makam Ali.



Kesimpulannya


Ali bertanggungjawab menjadi khalifah semasa kekacauan penduduk dan masyarakat. Berusaha menyelesaikan masalah dan konflik yang berlaku terutamanya salaf faham yang berlaku antara pihak beliau dan sahabat.


Comments

Popular Posts