7.1 Pengasasan Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

-Credit to owner-


*Kesultanan Melaka diteruskan secara langsung di Pahang dan Perak
*Pengasasan Kesultanan Terengganu dan Selangor merupakan kesinambungan daripada Kesultanan Johor Riau


KESULTANAN PAHANG

PENGASASAN
1. Abad 15, Pahang merupakan wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka.
2. Seri Bija Diraja dilantik jadi wakil untuk tadbir Pahang.
3. Masa Melaka diperintah Sultan Mansur Shah, baginda telah hantar puteranya, Raja Muhammad untuk ditabalkan sebagai Sultan Pahang.
4. Raja Muhammad berangkat ke Pahang bersama golongan bangsawan Melaka.
5. Mereka dilantik jadi Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Hulubalang Besar.
6. Raja Muhammad asaskan Pahang 1470 dengan gelaran Sultan Muhammad Shah
7. Pusat pemerintahan terletak di Pekan, dekat dengan kuala Sungai Pahang
8. Wilayah pemerintahan meliputi dari Sedili Besar hingga Terengganu

Nota tambahan
*Sultan Mahsyur- Sultan Abdul Jamil Shah kerana mengekalkan hubungan yang baik dengan Melaka. Buktinya, berjaya patahkan serangan Siam dengan bantuan dari Melaka.
*Pahang yang baru- diperintah oleh Keluarga Bendahara Johor yang diasaskan oleh Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad kerana Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah tiada waris.

Comments

Popular Posts