Kerajaan Sukhotai


Pengenalan


Kerajaan Sukhothai merupakan kerajaan terawal yang muncul dalam sejarah Thailand. Kerajaan Sukhothai ini telah diasaskan pada tahun 1238 oleh Phra Ruang yang bergelar Sri Indradit . Kerajaan ini merupakan satu-satu kerajaan awal yang diasaskan oleh bangsa Thai kerana sebelum ini bumi Thailand telah ditadbir oleh kerajaan Khmer dari Kemboja. sejarah awal penubuhannya berkait rapat dengan masyarakat Thai. Orang-orang Thai sebenarnya telah menetap di Thailand lebih awal daripada itu tetapi tiada bukti kukuh yang merekodkan tarikh kedatangan mereka dan begitu misteri. Kerajaan Sukhothai hanya wujud selepas kemerosotan empayar Khmer. Pada awalnya, Sukhothai  adalah sebahagian daripada  wilayah empayar Khmer. Wilayah ini telah ditadbir oleh seorang Gabenor Khmer yang bernama Jayavarman V. Kerajaan  ini hanya dapat didirikan selepas orang-orang Thai menjatuhkan kerajaan Khmer. Orang Thai ini telah dipimpin oleh dua orang pemimpin Thai iaitu Phra Ruang dan Bang Klang Thao.



EKONOMI


Sara diri


mengamalkan ekonomi sara diri, berskala kecil dan lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian. Buktinya telah tercatat dalam Inskripsi I yang menyatakan bahawa terdapat ikan di sungai-sungai dan beras.  Catatan ringkas tentang adanya ikan di sungai ini telah menggambarkan sebilangan penduduk dalam kerajaan berkenaan bekerja sebagai nelayan. Selain itu, terdapat juga penanaman padi yang merupakan makanan asasi penduduk khususnya dan Asia Tenggara umumnya. Terdapat peristiwa penting dalam kitaran pertanian iaitu berakhirnya musim hujan, pasang surut aliran air serta aktiviti penuaian padi akan dijalankan apabila padi sudah mencapai peringkat dewasa.  Sempena dengan peristiwa tersebut, festival tahunan iaitu Festival Bulan Kedua belas diadakan setelah berakhirnya musim hujan di Sukhothai pada bulan Oktober dan November.  Keadaan ini jelas menggambarkan penanaman padi dianggap penting sebagai sumber ekonomi masyarakat di Sukhothai sehinggakan diadakan festival untuk meraikannya.  terdapat aktiviti pertanian dan berkebun seperti menanam buah mangga, asam, nangka, dan sirih-pinang serta kelapa dijalankan di sekitar kota bertembok iaitu Sukhothai sebagai sumber makanan dan untuk mengindahkan sekitar kota berkenaan.  Hal ini menunjukkan penduduk Sukhothai menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi ataupun untuk memenuhi keperluan asas. Di samping itu, Inskripsi I turut menyatakan terdapatnya bekalan air bersih sebagai minuman serta dialirkan ke kawasan penanaman padi. 



Perdagangan


Pada tahun 1292, Rama Ramkhaeng membuat prasasti batu yang menggambarkan kerajaannya sebagai tanah bebas di mana penghuninya berhak menikmati hak untuk menjalankan aktiviti ekonomi bebas. Sesiapa yang mahu untuk berdagang di Shukotai boleh berbuat demikian  tanpa perlu membayar cukai. Perdagangan antara negeri juga menjadi ekonomi penting Shukothai. Dari abad ketiga belas hingga  lewat abad kelima belas, porselin berkualiti tinggi menjadi perdagangan utama terutamanya Celadon dari Shukotai dan Si Satchanalai, bandar satelit  utama, meluas di seluruh Asia tenggara.Rama Ramkhaeng mengamalkan dasar berhubung rapat dengan China. Sebagai pemimpin yang menentang empayar Khmer, Rama Ramkhaeng tekah mendapat persetujuan penuh dari China. Sejarah Yuan menghuraikan terdapat beberapa utusan dari Shukotai dihantar ke Istana Maharaja China. Lagenda Siam mengatakan Rama Ramkhaeng sendiri pernah ke sana dan membawa balik beberapa orang pekerja China, yang telah mengusahakan pengeluaran barang-barang tembikar Shukotai dan di Sawankhaluk. Perusahaan ini kekal sehingga pertengahan abad ke lapan belas. Tapak-tapak tempat membakar tembikar dengan timbunan-timbunan ini menunjukkan betapa pentingnya perusahaan tembikar pada masa itu.



POLITIK


Memerintah seperti bapa


Raja Ramkhamhaeng adalah seorang yang mudah didampingi rakyatnya. Mengikut konsep pemerintahannya berdasarkan inskripsi batu bertahun 1292, beliau menggambarkan dirinya sbagai seorang raja yang memerintah rakyatnya seperti seorang bapa memerintah atau memimpin anaknya.  Baginda merupakan pemerintah yang ketiga kerajaan Sukhotai sekitar tahun 1278 M.  Segala permasalahan rakyat telah menjadi tumpuan utamanya dalam mengukuhkan politik yang diamalkan. Baginda memerintah atas takhtanya dan rakyatnya boleh mendapatkan pengadilan dengan membunyikan loceng hanya berada di luar kawasan istana. Contohnya, baginda mempunyai satu loceng yang digantung di hadapan pintu istana. Loceng ini bertujuan sebagai kemudahan kepada rakyat yang mempunyai masalah atau ingin mengadukan kepada baginda dengan cara membunyikan loceng tersebut. Setelah diadukan masalah, baginda akan menyelidik masalah tersebut serta membuat keputusan secara adil untuk kepentingan si pengadu. Berdasarkan kepada polisi yang dijalankan baginda dalam pemerintahannya, cara ini adalah satu langkah dalam memperkukuhkan kuasanya melalui sokongan rakyat serta menunjukkan keprihatinan baginda sebagai seorang pemerintah kepada rakyatnya.



Ketenteraan


Beliau telah membuktikan kehandalan dari segi ketenteraan sejak daripada usia 19 tahun. Pada usia ini, beliau telah membantu bapanya menentang kumpulan daripada Sot atau pada hari ini dikenali sebagai jajahan Tak yang telah menyerang Sukhotai semasa pemerintahan bapanya, Indradit. Ramkhamhaeng telah menamatkan persekutuan dengan Mangrai, pemerintah Lanna dan juga Pha Muang, pemerintah Phyao iaitu pihak yang sama-sama berkuasa dan kerajaan yang berjiran. Melalui perhubungannya dengan penganut agama Buddha, beliau telah mewujudkan hubungan perdamaian dengan Nakhon Si Thammarat, pelabuhan bandar yang berkembang maju di kawasan selatan. Melalui kepentingan terhadap perhubungan ini, membolehkan Sukhotai berpeluang menggunakan laluan perdagangan laut. Manakala kerajaan Mon, yang baru sahaja memperoleh kemerdekaan daripada Pagan, yang merupakan satu bahagian kerajaan di bawah Sukhotai telah berlaku hubungan perkahwinan antara Raja Mon dengan anak perempuan Ramkhamhaeng. 



SOSIAL


Pada zaman pemerintahan baginda juga, huruf telah dicipta buat kali pertama, dan ai dicipta oleh Raja Ramkhamhaeng. Beliau telah menggalakkan penggunaan sistem penulisan Thai yang berasaskan Thai moden.  Abjad tersebut telah digunakan selama 700 tahun tanpa hampir sebarang perubahan dilakukan ke atas huruf yang diperkenalkan. Baginda telah meminjam elemen tertentu daripada bahasa Burma dan Kampuchea. Abjad tersebut mengandungi 76 isyarat, 44 konsonan, dan 32 vokal. Pada zaman pemerintahannya, Sukhotai telah meningkatkan kuasa politiknya dan bangkit untuk menjadi pusat politik dan budaya kepada T’ai di Lembah Chao Phraya. Kejayaan ini dikaitkan dengan keupayaan, karisma dan sikap berdiplomasi Ramkhamhaeng.  Perkembangan bahasa juga  bermula dalam pemerintahan Rama Kamhaeng ketika masyarakat di Sukhothai terdiri daripada orang Mon dan Khmer.Rama Kamheng mendapat ilham untuk menulis bahasa Thai pada tahun 1283. Tujuannya adalah membentuk satu bahasa rasmi  bagi membolehkan  rakyatnya bertutur dalam bahasa Mon Khmer. Rama Kamheng menulis secara logik, konsisten dan mudah untuk dibaca.  Ejaan yang digunakan dalam bentuk standard sistem sebutan yang diguanakan menunjukkan nada yang berbeza. Ini dapat membentuk satu sebutan yang indah dalam setiap baris.



Penutup


Selepas kebebasan Shukotai dari kerajaan Khmer, terdapat banyak perubahan yang telah dilakukan oleh pemerintah-pemerintah Shukotai terutamanya semasa pemerintahan Rama Ramkhaeng. Hasilnya, Kerajaan Shukotai telah Muncul sebagai salah sebuah kerajaan yang gemilang dan masyhur ketika zaman pemerintahan Rama Ramkhaeng. antara perubahan yang telah dapat dilihat ialah usaha Rama Ramkhaeng dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. 


Comments

Popular Posts