Kerajaan Ayuthia


Pengenalan

Kerajaan Ayuthia merupakan sebuah kerajaan yang diasaskan oleh Ramadhipoti (Rama Tibodi) atau dikenali sebagai U-Thong. Menurut  D.G.E Hall kerajaan Ayuthia diasaskan oleh seorang anak raja yang bercita-cita tinggi untuk membuka sebuah negeri yang berada diselatan kerana pada masa tersebut putera raja tersebut berada di sebelah utara iaitu di Chieng Mai. Kerajaan Ayuthia bertahan selama 400 tahun sebelum mengalami kejatuhan, ini menunjukkan bahawa kerajaan Ayuthia pada masa tersebut merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan utuh. kerajaan Ayuthia digambarkan sebagai sebuah kerajaan yang kuat kerana kawasan penaklukannya meliputi kawasan tengah hilir Sungai Menam, dan sebahagian kawasan Semenanjung Tanah Melayu yang berkemungkinan meliputi kawasan Utara dan penaklukan yang dilakukan oleh Ayuthia adalah sekitar tahun1351 iaitu 50 tahun sebelum kewujudan Melaka.



POLITIK


Perluasan wilayah


Kerajaan Ayuthai semasa pemerintahan Ramathibodi telah menjadi sebuah kerajaan yang amat aktif melakukan penaklukan di kawasan sekitarnya. Pada zaman pemerintahan Boromoraja pula, Ayuthia menjadi sebuah kerajaan ayang unggul kerana Boromoraja telah melakukan pelbagai perubahan termasuklah menumpukan semula terhadap dasar perluasan kuasa untuk menguasai kawasan hulu lembah Sungai Menam. Boromoraja telah menjalankan beberapa perubahan dengan menyekat kebangkitan Sukhotai dan juga telah memasukkan Sukhotai sebagai kawasan naungannya. Walaupun begitu dasar penaklukan kerajaan Ayuthia yang melampaui jauh ke sebelah utara telah menimbulkan kemarahan sebuah lagi kerajaan yang amat terkenal pada masa tersebut iaitu Chieng Mai.



Sistem pentadbiran pusat


Pada zaman pemerintahan Trailok inilah yang telah banyak membawa perubahan kepada kerajaan Ayuthia. Trailok telah melaksanakan sistem pentadbiran pusat iaitu dengan meletakkan semua kawasan pemerintahanya kepada satu pentadbiran yang berpusat di Ayuthia. Keadaan ini memudahkan Trailok untuk mentadbir bagi semua wilayah di dalam kekuasaanya. Walaupun begitu wilayah-wilayah itu masih menjalankan pentadbiran sendiri namun perlu melalui pentadbiran pusat. Selain itu Trailok juga telah menyusun semula pentadbiran kerajaan pusat . Trailok  menubuhkan beberapa jabatan bagi membantunya dalam pentadbiran. Selain itu trailok telah merombak semula sistem tanah yang diberikan kepada rakyat. Kerajaan Ayuthia mengalami pelbagai perubahan yang amat ketara dibawah pemerintahan Trailok.



EKONOMI


Konsep sistem ekonomi berteraskan alam iaitu hasil pemburuan dan memungut makanan di mana-mana sahaja. Sistem ekonomi asli ini amat berkait rapat dengan sistem kepercayaan Buddha yang mana hasil-hasil akan dikurniakan oleh tuhan. Selain itu sistem ekonomi juga berkait rapat dengan sistem agama Buddha iaitu falsafah Theravada yang menyatakan kehidupan manusia itu tidak kekal dan penuh dengan kesengsaraan dan matlamat setiap kehidupan adalah untuk dikecualikan dari kesengsaraan dan terus memasuki nipphan (nirwana) untuk mengumpulkan Bun (pahala) sebanyak yang mungkin. Keadaan ini dapat dilihat apabila rakyat terpaksa mengeluarkan perbelanjaan bagi menampung wat yang memerlukan sumbangan bagi menampung kehidupan sami-sami . Situasi ini pastinya bukan rasional kepada rakyat di Ayuthia kerana kebanyakkan penduduk di Ayuthia hanyalah menjalankan aktiviti pertanian. Sistem ekonomi masyarakat Siam di Ayuthia tidak dapat dipisahkan daripada agama kerana mereka beranggapan pekerjaan yang dilakukan itu perlu disembah kepada sami  bagi mendapat keberkatan dari sami agar pekerjaan yang dilakukan itu tidak mendapat bencana.


Selain itu dapat dilihat juga perniagaan patung-patung buddha atau lambang suci hindu-buddha yang dibawa dari negara Cina bagi tujuan penyembahan, ini pastinya menggalakkan lagi perdagangan dan memantapkan lagi sistem ekonomi ayuthia. Bukan patung sahaja yang diperdagankan tetapi juga kayu gaharu dan cendana bagi upacara sembahyang oleh mereka.



SOSIAL


Trailok atau juga dikenali sebagai Bromo Trailokanat (1448-1488) iaitu putera kepada Boromoraja II yang mangkat itu diangkat menjadi pemerintah. Ketika pemerintahan Trailok, pengaruh agama sangat dominan dalam masyarakat Ayuthia yang mana masyarakatnya menganut agama Buddha. Para sejarawan telah menyebut bahawa raja Trailok telah mencukurkan kepalanya dan menjadi sami di sebuah tokong.  Akibat daripada pengaruh agama yang sangat dominan dalam masyarakat ini, wujudnya pengkelasan ataupun status sosial dalam masyarakat ini menurut sistem piramid.


Menurut sistem ini, masyarakat di Ayuthia disusun kepada beberapa lapis iaitu raja merupakan orang yang berada di lapisan teratas  dan merupakan ketua atau seorang yang mengepalai kerajaannya. Di bawah raja, adalah golongan Nai atau juga dikenali sebagai bangsawan atau pembesar. Seterusnya golongan Phrai Soma atau juga dikenali sebagai rakyat biasa, Phrai Luang atau juga dikenali sebagai rakyat biasa yang dikuasai oleh raja kerana tidak berdaftar, dan lapisan paling bawah adalah diduki oleh golongan hamba. Pengkelasan masyarakat ini adalah sangat penting kepada golongan teratas terutamanya kepada raja. Hal ini kerana sekiranya seorang raja mampu menguasai ramai Phrai Luang, maka seseorang raja itu akan menjadi sangat berkuasa dan dapat mempertahankan kerajaannya. Sistem hierarki atau piramid ini ditentukan oleh konsep yang terdapat dalam agama Buddha iaitu konsep bun (pahala) dan bab (dosa). Ianya berdasarkan kitab agama Buddha iaitu rakyat percaya bahawa kedudukan dan kehidupan seseorang itu setelah mati adalah ditentukan oleh perlakuannya semasa hidup. Kepercayaan yang kuat terhadap agama telah membuatkan masyarakat Ayuthia terikat dengan sistem piramid dan selagi golongan raja menguasai golongan Phrai Luang, maka seseorang raja itu akan menjadi seorang pemerintah yang kuat dan dapat membina pemerintahan yang utuh.



PENUTUP


Masyarakat siam di ayuthia lebih kepada pengaruh agama buddha theravada yang dibawa dari vietnam, walaupun sebelum ini pengaruh buddha mahayana lebih meluas. Agama buddha theravada telah membawa pelbagai kesan terhadap kemunculan kerajaan ayuthia sehinggalah kejatuhannya pada tahun 1767 yang membawa kepada peninggalan penubuhan negara siam moden.Pengaruh buddha amat jelas sekali dalam bidang politik, sosial dan ekonomi masyarakat tempatan di ayuthia. Pengaruh yang dibawa ini telah membawa kerajaan ayuthia menjadi sebuah kerajaan yang kukuh sebelum mengalami kejatuhan pada abad ke-18.





Comments

Popular Posts