Peranan Khulafa Ar-Rasyidin


Abu Bakar al-Siddiq

Pengenalan


Khalifah merupakan satu jawatan memerintah negara Islam menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah wafat. Perkataan khalifah berasal daripada perkataan ‘khulafa’ yang bermaksud pengganti. Tugas dan tanggungjawab khalifah sama seperti seorang rasul, cuma khalifah tidak diperlengkapkan dengan mukjizat dan wahyu.  Dalam sejarah Islam, terdapat empat orang khalifah yang menerajui Khulafa al Rasyidin dan cara pemilihan mereka adalah berbeza. Kaedah pelantikan terawal yang digunakan ialah perundingan beramai-ramai atau lebih dikenali sebagai musyawarah. Nabi Muhammad s.a.w. tidak meninggalkan sebarang wasiat mahupun pesanan tentang calon pengganti sebelum baginda wafat. Baginda memberi kebebasan kepada umat Islam memilih calon khalifah sendiri bagi meneruskan pemerintahan negara Islam.  Oleh itu, umat Islam telah mengadakan rundingan dan persetujuan tanpa menetapkan calon terlebih dahulu.


Berpandukan pelantikan Saidina Abu Bakar al Siddiq yang pernah mengimamkan sembahyang sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. sedang uzur, para sahabat seolah-olah dapat meneka calon khalifah yang pertama. Nama sebenar Abu Bakar al-Siddiq ialah Abdullah bin Uthman. Beliau berasal dari Bani Tamim. Beliau dilahirkan di Kota Mekah pada tahun 572 dan meninggal dunia pada tahun 634/13H. Kaum Muhajirin dan Ansar telah mewakili umat Islam berhimpun di Dewan Bani Saadah untuk berbincang dan melantik khalifah. Bagi mengelak perselisihan antara Muhajirin dan Ansar, Saidina Abu bakar al Siddiq mencalonkan Saidina Umar al Khattab mewakili Muhajirin dan Abu Ubaidah mewakili Ansar sebagai khalifah. Namun, kedua-duanya menarik diri malah mereka mencalonkan Saidina Abu Bakar al Siddiq sebagai khalifah. Akhirnya, Saidina Abu Bakar al Siddiq telah dibaiah dalam syura sebagai khalifah pertama.



Menyelesaikan masalah golongan al-Riddah


Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w dan Khalifah Abu Bakar memerintah muncul golongan murtad, enggan membayar zakat dan nabi palsu.Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan orang Islam yang tinggal di luar kawasan Mekah dan Madinah belum dapat memahami dan menghayati Islam yang sebenar. Setelah Nabi wafat ramai dalam kalangan mereka yang murtad, enggan membayar zakat dan mengakui nabi-nabi palsu. Khalifah Abu bakar menyedari kewujudan golongan ini boleh menjadi anasir yang dapat menghancurkan kerajaan Islam. Sebagai langkah untuk mengatasi ancaman tersebut, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah menghantar para utusan kepada ketua kumpulan-kumpulan tersebut untuk mengajak mereka kembali kepada Islam. Namun hanya sebilnahan kecil sahaja yang menerima seruan tersebut seperti Bani Abd Qais di daerah Bahrain.


Memandangkan  golongan  tersebut enggan  kembali  kepada Islam,Khalifah Abu Bakar al-Siddiq  terpaksa mengambil  tindakan ketenteraan bagi menghadapi kedegilan golongan tersebut. Sebanyak 11 buah pasukan tentera telah ditubuhkan dan diketuai oleh panglima Islam yang terkenal,  iaitu Khalid bin al-Walid.Pasukan  tentera Islam ini telah dihantar  oleh Khalifah  Abu Bakar al-Siddiq  ke luar kawasan Hijazbagi memerangi  golongan penentang  Islam tersebut. Akhimya, gerakan tentera tersebut memperoleh kemenangan  apabila berjaya menundukkan dan mengembalikan  golong an al - Riddah ke pangkuan lslam.


Panglima  Islam, iaitu Khalid  bin al-Walid telah berjaya membunuh ketua Bani Tamim, iaitu Malik bin Nuwairah. Pengikut Malik bin Nuwairah dari Bani Tamim dan Yarbu' dapat dikembalikan kepada Islam  dan membayar  zakat seperti biasa. Musaylimah  al-Kadhdhab juga berjaya dibunuh oleh beliau. Ini menyebabkan ramai  pengikut  nabi palsu tersebut, iaitu daripada  Bani Hanifah kembali kepada Islam. Begitu  juga dengan  kumpulan yang lain. Pasukan  tentera Islam yang dibentuk oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq akhirnya telah memperoleh  kejayaan.Kejayaan  ini menunjukkan  Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah berjaya menghapuskan semua  anasir yang membahayakan kedudukan Islam. Pasukan tentera yang dibentuk  oleh beliau ini juga kemudiannya  menjadi tulang belakang dalam  menjaga keselamatan  negara dan umat Islam daripada ancaman  musuh.



Melaksanakan dasar dan ekspedisi ketenteraan


Sebelum Nabi Muhammad SAW wafat, baginda telah membentuk pasukan tentera yang diketuai oleh Usamah bin Zaid ke sempada Syam untuk menyerang Ghassan yang ketika itu berada di bawah jajahan Byzantine.Tidakan tersebut dilakukan kerana beberapa orang utusan Nabi Muhammad SAW telah dibunuh. Selepas kewafatan Nabi Muhamad s.aw Khalifah Abu Bakar berhasrat menyambung semula usaha baginda. Walau bagaimanapun cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh sesetengah para sahabat. 

Mereka mencadangan supaya ekspedisi ke sempadan Syam ditangguhkan kerana ancaman al-Riddah lebih berbahaya dan memerlukan penyelesaian segera. Namun Khalifah abu Bakar tetap tegas dengan keputusan beliau. Selepas berperang selama 40 hari, pasukan Usamah bin Zaid memperolehi kemenangan. Kemenangan ini menyedarkan kaum yang berhasrat menyerang Madinah, tentera Islam adalah kuat dan tidak mudah untuk dikalahkan.  Setelah pasukan Usamah kembali ke Kota Madinah, pasukan beliau ditugaskan menjaga keselamatan Kota Madinah. Tindakan ini dapat menghindarkan Kota Madinah daripada ancaman kaum Zubyan dan lain-lain. Khalifah Abu Bakar juga telah menghantar misi ketenteraan yang diketuai oleh Khald al-Walid ke Iraq bagi memerangi Parsi serta ke Syam bagi memerangi Byzantine yang sering mengancam kerajaan Islam.



Menentang Tentera Rom Dan Parsi


Dalam usaha mengembangkan Islam, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah menghantar Khalid bin Said untuk menyebarkan dakwah di daerah Timamah, namun mendapat tentangan daripada Maharaja Rom iaitu Heraclius sehingga tercetusnya peperangan. Khalifah Abu Bakar telah mengutus pasukan tentera sebanyak 24 ribu orang sebagai bantuan yang diketuai oleh Abu Ubaidah Al-Jarrah.  Beliau telah menyusun tentera Islam kepada empat pasukan besar iaitu Abu Ubaidah Al-Jarrah untuk pergi menyerang pembesar Parsi yang bernama Hurmuz dan manakala Amru ibnul-Ass ditugaskan ke Palestin, Yazid bin Abu Sufyan ke Damsyik dan Syurahbil bin Hasanah ke Lembah Jordan. Namun begitu, tentera Islam mula mendapat kemenangan setelah dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid setelah berjaya mengalahkan tentera Rom yang sebanyak 100 ribu orang pimpinan Theodore, saudara Heraclius Ajnadain pada 13 Hijrah. Seterusnya, Khalid bin Al-Walid menyerbu kota Damsyik dan berjaya memasukinya bersama-sama Abu Ubaidah, Amru dan Yazid.


Mengenai Parsi pula, terdapat banyak pertempuran di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Al-Muthana  bin Harithah dengan pemberontak-pemberontak di kawasan Oman dan Bahrain. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah mengutuskan Khalid bin Al-Walid yang baru sahaja selesai menghancurkan gerakan Musailamah Al-Kazzab di Yamamah. Kedatangan Khalid Al-Walid telah berjaya menakutkan negeri Iraq dan Hirah sehingga mereka menerima tawaran perjanjian damai dengan tentera Islam.  Selepas itu, beliau telah menakhluki Al-Anbar dan Ainut Tamar. Khalid bin Al-Walid telah mengutus utusan kepada Hurmuz yang merupakan wakil Parsi di Ubullah dekat Teluk Parsi dan dikemukakan dengan tiga pilihan; iatu memeluk Islam, membayar jizyah atau pun peperangan.  Maka berlakulah peperangan yang diberi nama sebagai Zatil Salasil dengan kemenangan di pihak Islam dan pelabuhan Ubullah dapat ditawan. Selepas itu, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq telah memerintahkan Khalid Al-Walid menuju ke Syria untuk menggantikan Abu Ubaidah sebagai pemimpin tentera bagi menghadapi tentera Rom.



Memulakan usaha pengumpulan ayat-ayat al-Quran

Pengumpulan al-Quran pada mulanya telah dicadangkan oleh Umar bin al-Khattab kepada Sayidina Abu Bakar apabila ramai penghafaz al-Quran terkorban  dalam peperangan  bagi memerangi golongan al-Riddah. Abu Bakar menerima cadangan tersebut setelah yakin dengan hujah-hujah Umar.  Idea ini dibuat apabila melihat 70 orang Huffaz telah gugur syahid dalam Perang Yamamah. Oleh itu timbul kesedaran dan keperluan untuk menghimpun ayat-ayat al-Quran ini. Atas cadangan Umar al-Khattab kemudian dipersetujui oleh Sayidina Abu Bakar, maka Zaid bin Thabit telah ditugaskan untuk melaksanakan usaha-usaha pembukuannya. Selain itu, tujuan al-Quran dibukukan ekoran banyat ayat al-Quran yang ditulis pada kulit-kulit pokok kurma , batu-batu dan kayu sudah banyak yang rosak sehingga perlu diselamatkan. Pembukuan al-Quran juga dilakukan dengan tujuan dapat dijadikan pedoman bagi umat Islam sepanjang masa.



Kesimpulan

Secara kesimpulannya, Khalifah Abu Bakar turut memperlihatkan keupayaan beliau dalam menjalankan pemerintahan dengan menyelesaikan masalah dalaman serta memelihara agama Islam serta menyebarkan agama Islam.




Umar Al-Khattab


Pengenalan


Khalifah merupakan satu jawatan memerintah negara Islam menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah wafat. Perkataan khalifah berasal daripada perkataan ‘khulafa’ yang bermaksud pengganti. Tugas dan tanggungjawab khalifah sama seperti seorang rasul, cuma khalifah tidak diperlengkapkan dengan mukjizat dan wahyu.  Dalam sejarah Islam, terdapat empat orang khalifah yang menerajui Khulafa al Rasyidin dan cara pemilihan mereka adalah berbeza. pelantikan Umar al-Khattab ialah dengan mengusul atau mencadangkan seorang calon. Khalifah sebelumnya mengusulkan nama calon dan akan dibawa ke musyawarah dalam Majlis Syura dan dibaiah umat Islam. Cara ini digunakan dalam proses pelantikan khalifah kedua iaitu Khalifah Umar al Khattab.  nama sebenar Umar Al-Khattab bin Naufal keturunan Quraisy Berasal dari bani Adi. Tarikh lahir pada tahun 583M. terkenal dengan sifat berani, tegas, dan berterus terang.Bagi mengelakkan berulang kembali Gerakan Al Riddah, Khalifah Abu Bakar al Siddiq yang sedang gering telah mencalonkan Saidina Umar al Khattab sebagai penggantinya. Pencalonan ini telah dipersetujui umat Islam dan setelah bermusyawarah bersama para sahabat dan ahli lembaga Majlis Syura, Saidina Umar al Khattab telah dibaiah oleh umat Islam tanpa bantahan. Cara ini bukan berasaskan keturunan atau warisan.



Pembentukan Majlis Syura


Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada negara dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah Beberapa prinsip syura yang diutamakan oleh Khalifar Umar Al-Khattab. Antaranya ialah:

 i.    Kewajipan pemerintah bermesyuarah  dengan rakyat dan rakyat wajib memberi kerjasama yang diperlukan.

 ii.    Syura adalah bersendikan keikhlasan, semata-mata untuk menegakkan kebenaran dan keadilan Islam.

 iii.    Semua golongan adalah wajib melaksanakan atau mentaati keputusan musyawarah yang telah dibuat, termasuklah golongan yang telah dikalahkan suaranya.



Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam


Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah. Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.


Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah

Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam  negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan  dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.  Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.



Mempergiat dan mengembangkan pendidikan


Sumbangan Khalifah Umar dalam bidang pendidikan memang tidak boleh dipandang ringan dan dipandang  begitu sahaja. Beliau telah mendirikan pusat- pusat pengajian Islam di kota- kota Basrah, Kufah, Fustat dan sebagainya. Guru- guru agama telah dihantar ke pusat- pusat ini sedangkan imam- imam pula dihantar ke masjid- masjid. Asas pendidikan Islam yang disebarkan oleh mubaligh  dan para ulama’ pada zaman Umar pastinya berasaskan dan berteraskan Al- Quran dan Hadis. Begitu juga masalah rukun- rukun Islam, Iman, Ihsan dan seumpamanya yang mendasari kehidupan umat Islam.  Inilah di antara isu- isu yang dibicarakan oleh para ulama’ ketika mengembangkan Islam sama ada di zaman Umar atau zaman sekarang. Dalam usaha mengembangkan peluasan penyebaran agama dan pendidikan Islam, para ulama’ dan mubaligh di hantar ke segenap pelusuk wilayah kekuasaan Islam. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al- Khattab, beliau telah menghantar Abdullah bin Mas’ud ke Kufah dan Abu Musa Al- Asy’ari ke Basrah di negeri Iraq.



Ekonomi


Dalam bidang ekonomi, Khalifah Umar telah membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir. Rakyat juga digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar. Khalifah Umar juga telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj, maka baitumal telah didirikan oleh Khalifah Umar. Beliau menubuhkan Baitulmal (Institusi Perbendaharaan Negara) bagi tujuan mengumpul dan menguruskan harta dan khazanah kerajaan.Sebarang bentuk hasil negara samada melalui cukai seperti Kharaj (cukai tanah), Jizyah (cukai perlindungan), Ghanimah (harta rampasan perang), Usyur (cukai perniagaan) atau harta peninggalan orang mati yang tiada waris akan dimasukkan ke dalam Baitul Mal.



Kesimpulan


Khalifah Umar al-khattab yang merupakan khalifah yang kedua dalam kerajaan khulafa ar-Rasyidin telah memberi banyak sumbangan kepada umat islam dan seterusnya memberi teladan yang baik untuk dijadikan ikutan umat islam. Kegigihan dan perjuangan Khalifah Umar bin al Khattab di dalam menegakkan ajaran agama Islam telah memberi kesan yang mendalam pada kerajaan Islam pada masa itu. Kepimpinan beliau adalah berpandukan akidah yang benar dan sanggup berkorban bagi mempertahankan agama. Merealisasikan al-Quran terutama dalam akhlak dan penghidupan sehingga menjadi qudwah hasanah, iaitu contoh yang baik.




Uthman bin Affan


Pengenalan


Khalifah merupakan satu jawatan memerintah negara Islam menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah wafat. Perkataan khalifah berasal daripada perkataan ‘khulafa’ yang bermaksud pengganti. Tugas dan tanggungjawab khalifah sama seperti seorang rasul, cuma khalifah tidak diperlengkapkan dengan mukjizat dan wahyu.  Dalam sejarah Islam, terdapat empat orang khalifah yang menerajui Khulafa al Rasyidin dan cara pemilihan mereka adalah berbeza. Kaedah perlantikan Uthman b. Affan ialah mengusulkan beberapa orang calon. Khalifah Umar al Khattab yang sedang tenat akibat tikaman seorang keturunan hamba Parsi telah menyebut nama Saidina Uthman bin affan, Saidina Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zubair al Awwam dan saad bin Abu Waqas. Musyawarah diadakan  dan Abdul Rahman bin Auf dipilih mempengerusikan musyawarah memilih pengganti khalifah. Undian telah dibuat dan akhirnya Saidina Uthman bin Affan mendapat kelebihan undi setelah empat orang calon menarik diri. Khalifah Uthman bin Affan memerintah sebagai khalifah ketiga dalam Khulafa al Rasyidin.



Perluasan wilayah


pembukaan dan penawanan wilayah-wilayah baru yang terletak di Antalia dan Asia kecil sebelah barat. Wilayah yang lain berjaya di tawan oleh Cyprus, Afghanistan, Samarkand, Tasykent, Khurasan, dan Tabrastan di sebelah Timur dan Timur Laut, sementara Libya, algeria, Tunisia dan maghribi yang terletak di sebelah bahagian Utara Afrika turut ditawan oleh kaum muslimin. Dunia islam sewaktu pemerintahan Uthman, terbentang luas gagasannya, mencukupi bahagian Benua Asia dan Afrika, di antaranya wilayah-wilayah Uzbekistan, Persi, Iraq, Armenia, Azerbaijan, Turki, Syria Palestin, Jordan, Mesir, Yaman termasuk kawsan-kawasan di teluk dan semenanjung Arab.

Seluruh kawasan dan wilayah itu terhimpun dan bernaung dalam satu gagasan dan panji-panji yang berdaulat, sekaligus mengangkat islam dan ummah sebagai sebuah empayar dan kuasa baru yang lebih besar, dibandingkan dengan empayar-empayar Byzentyne dan Parsi. Dalam waktu yang sama, Islam turut bertapak di habsyah, dan sebahagian kawasan di sebelah Timur dan Afrika Tengah. Disamping itu, dengan kemasukan wilatah-wilayah itu ke dalam gagasan dan wadah Islam selain senanjung Arab, Yaman, dan pesisir yang tersedia wujud, maka Islam muncul sebagai sebuah Empayer yang lebih hebat dari gabungan Empayer Parsi dan Byzentine yang berusia lebih 1000 tahun sebelum masehi sebagaimana disebut sebelum ini.



Pembukuan Al-Quran


Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas. Apabila ramainya orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya perbezaan antara sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari Islam. Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka mempelajari Al-Quran. Banyak terdapatnya perbezaan bacaan yang membawa kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan ini banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam dalam menyatakan siapakah yang betul pembacaannya.


Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah Al-Quran yang baru yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana Al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian Al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.



Memelihara kesucian al-Quran


Al-Quran al-Karim adalah tertulis dalam bahasa arab, yang merupakan bahasa asing bagi jutaan manusia yang memeluk islam ketika itu. Apabila mereka membaca mushaf al-Quran maka bacaan mereka menimbulkan kekeliruan dari sudut bacaan (qira’ah) ekoran dari tulisan dan salinan yang berbeza. Bagi mengelakkan al-Quran tercemar dari sudut tulisan dan bacaan maka Khalifah Uthman mengambil langkah memusnahkan salinan-salinan yang terdapat di Syria, Basrah, kufah, Mesir dan lain-lainnya, dan menetapkan cuma mushaf yang terdapat di Madinah sahaja yang diakui kesahihannya, dan sekaligus menjadi satu-satunya mushaf tumpuan dan rujukan bagi kaum Muslimin seluruhnya yang dikenali sebagai mushaf uthmani.



Pencukaian dan perbendaharaan


Pendapatan hasil cukai untuk perbendaharaan meningkat dam hasil itu dipergunakan sebaiknya demi kepentingan dan kebajikan rakyat. Imbuhan ditambah untuk pelbagai peringkat dan golongan rakyat, dan pada bulan-bulan Ramadhan, orang-orang miskin dan mereka yang tidak berupaya disediakan makanan untuk berbuka puasa. Peruntukan perbelanjaan bangunan diambil dari wang perbendaharaan untuk membina jalan, jambatan, masjid, projek perumahan dan kelengkapan tentera. Beliau merupakan Khalifah pertama yang mengambil keputusan bagi pembiayaan tetap untuk para Muadzin.




Comments

Popular Posts