Vietnam dan Permulaan Perluasan Kuasa Perancis di Indo China, 1820-1870.


Penulisan ini adalah tentang perluasan kuasa Perancis yang berlaku di Indo-China yang melibatkan negara Vietnam dan juga Kemboja. Kemasukan Perancis di Vietnam adalah dengan menggunakan agama sebagai sebab kukuh dalam menakhluk Vietnam sebagai negara jajahannya. Pewaris takhta Vietnam, anak kepada Maharaja Gialong, Minh-Mang merupakan seorang yang bencikan barat dan berpegang teguh kepada fahaman Konfucious serta meminati kebudayaan China. Minh-Mang telah menghidupkan polisi Nguyen pada abad ke-18 bagi membinasakan agama Kristian. Pesanan bapanya tidak dihiraukan. Namun, persepsi Minh-Mang mula berubah terhadap Barat apabila meletusnya peperangan yang berlaku antara British dan China. Beliau sedar akan merbahayanya akan sikap berkecuali yang diamalkan. Namun, beliau telah meninggal dunia dan digantikan oleh penggantinya iaitu Thieu-Tri (1841-1847).


Penggantinya telah menghidupkan kembali polisi pembunuhan yang lebih dasyat. Pada  Februari 1843, satu peristiwa melibatkan lima orang pengembang agama yang sedang menanti hari kematian di penjara Hui, diselamatkan oleh seorang Laksamana yang bernama Cecile, iaitu pemerintah Angkatan Laut Perancis kawasan laut China yang menuntut dan berjaya menyelamatkan lima pengembang agama tersebut. Campur tangan sekali lagi dilakukan oleh Laksamana Cecile pada tahun 1845 dengan alasasn supaya Vietnam melepaskan Mgr. Lefevre Uskop Apostolic di bahagian barat negeri Kocin-China. Pada tahun 1847, Perancis cuba memaksa Thieu-Tri untuk turun daripada takhta dengan alasan jaminan keselamatan rakyat Perancis. Pengganti Thieu-Tri iaitu Tu Duc (1848-1883) merupakan seorang yang warak dan mempelajari Konfucious. Pada mulanya beliau was-was untuk menjalankan polisi kejam, namun atas desakan orang lain, akhirnya beliau telah memutuskan untuk melakukannya. Kesannya lebih dasyat, beribu-ribu orang mati akibat kekejaman yang telah dilakukan. Contohnya, dua orang paderi Perancis mati dibunuh, pengembang agama Katolik diseksa dan dibunuh atas mencampuri kesatuan pemberontakan di wilayah Kwangsi, dan pembunuhan Mgr. Diaz uskop Sepanyol di Tongking oleh Tu Duc.


Perancis di bawah Empayar Tiga sedang mencari dalih untuk mengambil jajahan di Annam. Disebabkan kekejaman yang dilakukan oleh puak Vietnam, M. de Montigny, seorang konsol Perancis telah dihantar ke Hue bagi mempersembahkan tiga tuntutan kepada Tu Duc, namun semuanya ditolak dengan kasar. Penolakan Vietnam menyebabkan bermulanya penaklukan Perancis dengan serangan pelabuhan di Taurene oleh Laksamana Rigault de Genoilly. Selepas penukaran Laksamana yang baru iaitu Page, tuntutan telah ditambah dan beberapa kubu telah diserang. Pada tahun 1861, Laksamana Bonard telah menakhluk segala kawasan Hilir Kocin-China, Pulau Kundur dan pulau-pulau kecil di pintu masuk ke Delta Mekong. Perundingan dijalankan dengan perjanjian yang menyebelahi pihak Perancis.


Di Kemboja pula, masalah dalaman dan kelemahan negeri tersebut digunakan sebaik mungkin oleh Perancis sebagai satu peluang untuk memperluaskan tanah jajahannya. Apabila Lagriandiere menjadi Laksamana Gabenor, beliau telah mengambil alih jajahan baharu dan satu lagi kemajuan penting Perancis berlaku di Indo-China. Kemboja duduk dalam keadaan genting kerana jirannya yang berkuasa iaitu Siam dan Vietnam. Raja Norodom memelihara keuddukannya dengan membayar ufti kepada mereka. Keadaan semakin teruk apabila adik raja Kemboja iaitu Si Votha memberontak dan memaksa Raja Norodom berlindung ke Battambang. Norodom telah ke Bangkok bagi mencari sokongan tentera dan permohonannya disokong Mgr. Miche, Vicar Apostol Kemboja yang telah menulis kepada Konsol Perancis di Bangkok supaya merunding perkara tersebut dengan Siam. Kerajaan Siam telah menghantar Norodom kembali pulang. Kecenderungan dilihat apabila Laksamana Charner menghantar seorang pegawainya untuk memberitahu Norodom yang Perancis mengambil keputusan untuk menakhluk Kocin-China dan mahu menolong Kemboja membela kemerdekaannya. Tindak balas Norodom adalah negerinya masih terselamat kerana Siam melindunginya daripada Vietnam.


Pada 1863, Bonard mengambil langkah muktamad untuk melaksanakan pengaruh terhadap Perancis dengan menghatar Doudart de Lagree sebagai Residen. Laksamana Lagrandiere menawarkan perlindungan dengan memujuknya supaya menandatangani suatu perjanjian yang meletakkan negerinya di bawah perlindungan Perancis. Rundingan tentang kemusykilan kedudukan Kemboja ditamatkan dengan perjanjian. Perancis berpendapat bahawa Kemboja milik Siam sejak tahun 1795 itu tidak sah. Norodom membantah tetapi gagal. Walaupun terdapat terdapat kekacauan yang berlaku di Kocin-China dan Kemboja, Perancis telah bersedia untuk menubuhkan empayar baharu di Indo-China. Gerakan besar selepasnya ialah membetulkan pemerintahan kawasan di bawah kuasa mereka kerana hendak menjelajahi Sungai Mekong. Penakhlukan delta merupakan cabaran bagi Perancis kerana British telah menduduki delta Irrawadi. Rombongan penyiasat telah dihantar ke Sungai Mekog pada tahun 1866. Rombongan penyelidikan terdiri daripada 10 orang Perancis dan beberapa orang jurubahasa. Mereka telah tersekat kerana berjehendakkan surat izi dan wang. Bagi memenuhkan masa, mereka telah menyiasat robohan kota Angkor. Selepas meninggalkan Angkor, rombongan bergerak menuju ke Luang Prabang dan Kampung Ban Naphaoyang berdekatan. Namun, Raja Tiantha Koumane telah menasihatkan supaya mereka jangan terus ke Yunnan kerana terdapat pemberontakan. Tetapi amaran itu tidak diambil kira, mereka tetap menuju ke sana. Apabila sampai, mereka tidak dibenarkan mara oleh penguasa China. Francis Garnier terpaksa melupakan cita-citanya. Walaubagaimanapun, cita-cita baru dipupuk. Garnier dan rakan-rakan menerima penerangan tentang perjalanan ikut sungai yang boleh menyambungkan wilayah itu dengan Sungai Merah di Tongking.


ISU MENARIK


Isu menarik yang telah dinyatakan di dalam artikel ini adalah agama dijadikan elemen yang digunakan oleh pihak Perancis dalam memperluaskan kuasanya di Vietnam. Seperti yang dinyatakan dalam artikel ini, Perancis sememangnya mencari dalih untuk meluaskan jajahannya ke Vietnam. Penolakan keras pemerintah Vietnam terhadap agama Kristian telah membuka peluang kepada Perancis dalam masuk campur di negara Vietnam.


Di dalam artikel, semasa tampuk pemerintahan dipegang oleh Tu Duc (1848-1883), beliau telah mengamalkan dasar pemerintahan yang lebih kejam berbanding pemerintah yang sebelumnya. Beribu-ribu orang mati akibat kekejaman yang dilakukan oleh Vietnam terhadap penduduk yang beragama Kristian. Sepanjang 1848 sehingga 1860, kira-kira 25 pengembang agama dari Eropah, 300 pengembang agama dari Vietnam, dan 30,000 Vietnam yang beragama Katolik telah dibunuh di Vietnam.  Menurut buku Vietnam: A Political History, pada 25 November 1857, Perancis memulakan perjalanan menuju ke Timur Jauh dengan arahan untuk menawan Tourene.  Di dalam penulisan artikel, Laksamana Rigault de Genouily dikatakan telah sampai di Tourane pada 31 Ogos 1858 dan pelabuhan-pelabuhan di Tourane telah dimusnahkan dan satu angkatan kecil penaklukan telah naik ke darat. Selepas Saigon ditakluki pada Februari 1859, Laksamana Page telah menggantikan Laksamana Rigault de Genouily. Namun, beliau terpaksa pergi ke China dan meninggalkan angkatan Perancis-Sepanyol seramai 1000 orang di Saigon. Seribu tentera telah berjaya mempertahankan serangan balas orang-orang Vietnam adalah disebabkan ketinggian mutu-mutu senjata.  Sama seperti yang dinyatakan dalam artikel, Perancis berkemampuan memaksa Tu Duc menandatangani persetiaan pada tahun 1862 dan Vietnam telah memberikan beberapa konsesi kepada Perancis.  Melalui elemen agama, Perancis berjaya dapat memasuki dan menakluki Vietnam.


Perluasan Perancis terhadap Indo-China adalah disebabkan faktor ekonomi. Hal ini kerana selepas tahun 1870, berlaku persaingan yang sengit antara kuasa-kuasa asing iaitu British, Perancis, Amerika Syarikat dan sebagainya untuk merebut tanah jajahan baru di Asia Tenggara. Persaingan didorong oleh kepentingan golongan kapitalis, maruah politik dan kekayaan yang seterusnya menyebabkan Perancis juga mengkehendaki untuk meluaskan tanah jajahannya ke kawasan Indo-China. Hal ini boleh dikaitkan apabila Charles de Freycinet (1828-1892) yang menjawat jawatan sebagai Menteri Luar Perancis pada tahun 1876, beliau juga menyokong kuat usaha perluasan jajahan ekonomi bagi kepentingan pihak Perancis.


Dalam penghujahan artikel, Perancis telah bersedia untuk menubuhkan empayar yang baharu di Indo-China. Gerakan besar selepasnya ialah mereka hendak menjelajahi Sungai Mekong. Penaklukan delta oleh pihak Perancis merupakan suatu cabaran yang besar kerana orang British telah menduduki delta Irrawadi dalam perlumbaan perdagangan China-Barat. Namun disebabkan beberapa kekangan yang melanda, cita-cita baru dipupuk, yang akan menjadi pengaruh besar polisi Republik ketiga. Cita-cita untuk mendapatkan jalan ‘belakang’ perdagangan ke China tidak dilupakan begitu sahaja.


          Perhatian Perancis beralih ke Hanoi, sebuah delta di Sungai Merah. Perancis di Saigon mempunyai keyakinan bahawa negeri China akan dapat dihubungi dengan menggunakan Sungai Merah atau Red River.  Francois Gamier telah mengisytiharkan Sungai Merah dibuka untuk perdagangan kepada pihak Barat. Tindakan ini seperti mana digambarkan oleh Morse sebagai tindakan dan usaha "good pretext and opportunity" yang dimanfaatkan oleh Gabenor Jeneral Kocin-China. Laksamana Jules Dupre (18134881) untuk campur tangan di Vietnam.  Garnier dan rakan-rakan menerima penerangan di Yunnan tentang sungai yang boleh menyambungkan wilayah itu dengan Sungai Merah di Tongking. Garnier telah mendapat tahu semasa di Yunnan bahawa perdagangan yang besar di China Selatan yang melibatkan pertukaran sutera, teh, dan kain yang melepasi melalui Tongking.  Hal ini telah menjadi kukuh apabila Perancis telah menghantar seramai 188 orang tentera Perancis yang diketuai oleh komander Marie Jospeh Francis Garnier (1839-1873) ke Tongking. Mereka percaya bahawa Sungai Merah akan muncul sebagai laluan yang terpenting dalam kawasan barat China. Menurut Stephen H. Roberts, British juga mencari jalan air sebagai jalan perdagangan dalam satu sistem besar yang boleh menghubungkan China, Burma dan India.  Hal ini menunjukkan bahawa berlaku persaingan ekonomi antara kuasa-kuasa asing.


Pengarang               : D.G.E. Hall, Profesor Emeritus bagi Sejarah Asia Tenggara di Universiti London

Tajuk Artikel           : Vietnam dan permulaan perluasan kuasa perancis di Indo China, 1820-1870.




Comments

  1. Terima kasih yee. Saya dapat siapkan kerja saya ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Saya harap blog ini dapat membantu awak. Sila datang jenguk lagi ye. Hehe.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts