Sejarah Perlis-Pemberian Siam kepada Inggeris


Credit to owner - Sawah Padi Seriab, Perlis

Sejarah mengatakan bahawa negeri Perlis mendapat nama daripada sungai yang terdapat di Perlis iaitu Sungai Perlis. Kewujudan Sungai Perlis membuktikan bahawa adanya kehidupan yang bergantung terhadap sumber makanan di sungai dan tinggal di sekitar kawasan tersebut. Perlis telah menjalankan aktiviti penanaman padi sawah secara besar-besaran sejak abad ke-11 lagi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Sungai Perlis memainkan peranan yang penting dalam potensi ekonomi di negeri Perlis. Penanaman padi sawah di Perlis merupakan satu aktiviti yang menguntungkan dan akan menghasilkan keuntungan kerana Perlis mempunyai tanah yang luas sebagai bendang dicampur dengan Sungai Perlis sebagai sumber pengairan. Penanaman padi sawah merupakan punca pendapatan dan aktiviti utama penduduk pada masa itu. Pada abad ke-20, tanah merupakan tempat penduduk bergantung hidup dan juga masih lagi menyumbangkan pendapatan kepada kerajaan yang berkisar pada eksport padi sawah dan beras.

Perlis merupakan negeri di bawah naungan Siam yang dikenali sebagai Palit dan merupakan sebahagian daripada negeri Kedah. Perlis menjadi negeri yang berdaulat dengan perlantikan Syeid Hussein sebagai Raja Perlis. Pengiktirafan ini telah membawa Raja Perlis ke istana Bangkok pada 1840 bagi menerima perlantikan Rama III. Hal ini kerana Perlis mengalami masalah kewangan yang teruk akibat penghantaran bunga emas dan perak. Keuntungan daripada beras dan padi sawah tidak cukup dalam menampung ekonomi di negeri Perlis. Perlis merupakan negeri yang mempunyai masalah kewangan sehingga Raja Perlis iaitu Raja Syed Alwi terpaksa meminjam duit daripada pihak Siam. Perkara ini terjadi ekoran Perlis yang selalu menghantar bunga emas kepada Siam sebagai lambang bahawa Perlis merupakan negeri yang berasingan daripada Kedah. Buktinya, tidak kurang daripada 20 bunga emas dan perak telah dihantar ke atas negeri Siam sepanjang tahun1841 sehingga 1909. 

Siam telah menawarkan hutang dengan tangan yang terbuka kepada Perlis bagi berhutang dengannya. Namun, negeri Perlis terpaksa menerima penasihat daripada British bagi mengawal dan mengurangkan masalah ekonomi dan politik dengan menjadi penasihat kepada Sultan. Hal ini kerana Siam telah menandatangani satu perjanjian yang dipanggil Perjanjian Bangkok 1909. Perjanjian ini berlaku kerana Siam tidak senang hati dengan pemberian hak-hak istimewa kepada Inggeris sejak tahun 1855. Siam kini ingin membatalkan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah seperti Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Sulit (1897). Sudah tentu Inggeris tidak akan memansuhkan hak-hak tersebut dengan rela tanpa sebarang ganti rugi. Oleh itu, Siam mengambil keputusan untuk menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara yang sebenarnya tidak menguntungkan kepada Inggeris. Sebagai balasan, Inggeris akan memansuhkan segala hak wilayah asing di Siam. Perlis terpaksa meminjam daripada Siam sebanyak dua kali.

Raja Syed Alwi berharap kepada perlindungan dan pernaungan Siam, namun yang ada hanyalah kehadiran segelintir pegawai British yang cuba menamatkan autonominya.  Perlis seperti dapat merasakan bahawa negeri tersebut cuba ditarik semula ke dalam Kedah apabila Meadow Frost Iaitu Konsul British bagi negeri Perlis.   Pada tarikh 10 Mac 1909, kedudukan negeri Perlis diterima secara berasingan daripada Kedah diterima dan disahkan secara bertulis oleh penaung kerajaan tersebut iaitu British dan Siam. Namun, Frost tetap diletakkan di Perlis sebagai Penasihat Kewangan dan W.G.Maxwell sebagai penasihat di Kedah. Frost dan Maxwell masih mempunyai niat dalam menyatukan kembali Perlis ke dalam Kedah walaupun Perlis sudah diiktiraf sebagai negeri yang berasingan daripada negeri Kedah. Hal ini bertepatan dengan matlamat dan niat British dalam mengawal dan mentadbir dengan lebih mudah bagi mentadbir negeri Perlis dan Kedah sebagai satu negeri sahaja.

Selepas kemasukan British ke dalam negeri Perlis, penasihat kewangan telah menumpukan perhatian kepada tiga sektor yang utama iaitu, Tanah, Kastam dan Monopoli Candu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Bagi memperbaiki masalah kewangan di Perlis, penasihat kewangan iaitu A.H.Duke telah menggubal Enakmen Hasil Tanah yang menetapkan agar gran-gran yang baru mula dicatat di dalam sebuah buku daftar serta sewa akan dikutip oleh Penghulu mukim masing-masing. Sektor tanah merupakan sektor yang dianggap akan memberikan keuntungan kepada kerajaan namun terdapat banyak masalah yang perlu dihadapi oleh Perlis.  Contoh masalah yang dihadapi ialah masalah pembayaran sewa yang tertunggak, tanah yang tidak berpenghuni iaitu terbiar dan akhir sekali ialah penduduk enggan membayar sewa tanah yang dikenakan.  Sewa yang dikenankan tidak mampu dibayar oleh penduduk. Hal ini menyebabkan penduduk terbeban dengan sewa yang telah dikenakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kedatangan British ke negeri Perlis menyebabkan penduduk merasa terrtindas dan terbeban dengan dasar pemerintahan mereka.



Comments

Popular Posts