Kegagalan PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)
Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu parti yang boleh dikatakan gagal dengan termeterainya Perjanjian Haadyai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand. Perjanjian ini telah diadakan di Hotel Le Garden, Haadyai, selatan Thailand disaksikan 400 perwakilan, pemerhati dan wartawan dari Malaysia, Thailand dan seluruh dunia telah hadir. Proses ke arah perjanjian perdamaian merupakan satu proses yang begitu sukar dan memerlukan pertimbangan yang serius memandangkan tuntutan daripada PKM amat tidak relevan. Usaha awal telah dilakukan dalam proses ke arah mencapai persetujuan bagi merungkaikan segala masalah yang melibatkan ketiga-tiga pihak terus diadakan. Phuket, Thailand terus menjadi pusat tumpuan bagi mencari suatu formula yang boleh memberi kepuasan kepada semua pihak. Setelah menjalani lima fasa 'tripartie, peace talks' telah diadakan. Sesi pertama berlangsung pada 2 Februari hingga : Februari 1989; sesi kedua pula diadakan pada 15 Mac hingga 17 Mac, 1989, sesi ketiga. pada 11 Mei hingga 13 Mei 1989 dan sesi keempat pula, pada 2 Oktober hingga 3 Oktober 1989 dan sesi kelima pada 12 November hingga 4 Disember 1989.
Pada akhir
pertemuan kelima tersebut, ketiga-tiga pihak bersetuju untuk menubuhkan satu
'Joint Secretariat' bagi membuat rumusan terakhir dan merangka perjanjian yang
bakal ditandatangani oleh ketiga-tiga belah pihak. Akhimya,
berlangsunglah peristiwa paling bersejarah pada 2 Disember 1989 di
Haadyai, selatan Thailand yang menyaksikan tamatnya pcrjuangan bersenjata PKM.
Empat perkara utama yang terkandung
dalam perjanjian tersebut ialah:
1. Kedua-dua pihak. PKM dan Kerajaan
Malaysia bersetuju menamatkan segala aktiviti bersenjata.
2 PKM akan membubarkan unit-unit
bersenjata mereka sambil memusnahkan segala senjata api bahan-bahan letupan dan
jerangkap samar.
3. Perkara yang menyentuh hak
pemastautinan anggota-anggota PKM dan unit-unit penggempur komunis; Kerajaan
Malaysia sedia memberi kebenaran kepada mereka pulang dan terus tinggal di
negara ini dengan syarat mereka mematuhi undang-undang negara. Bagi anggota
yang bukan warganegara Malaysia. Mereka juga dibenarkan tinggal dan perlu patuh
kepada undang-undang negara ini.
4. Pihak pemerintah negara ini akan
membantu anggota-anggota PKM dan para ahli unit-unit bersenjata komunis untuk
memulakan penghidupan baru.
Dengan
termeterainya Perjanjian Haadyai ini. Maka lenyaplah harapan PKM dan perjuangan
untuk merampas kuasa serta menubuhkan sebuah negara Republik Komunis.
Hakikatnya PKM serta perjuangan bersenjata kedua mereka sebenarnya sudah sampai
ke penghujung jalan. Perpindahan strategik ke sempadan Thai-Malaysia pada tahun
1953 sudah jelas menunjukkan bahawa PKM telahpun tewas. Jadi. kebangkitan buat
kali kedua ini lebih menyulitkan mereka walaupun pada tahun-tahun awalnya
keadaan agak mencemaskan. Namun begitu perjuangan yang menyimpang jauh dari
landasan yang telilh ditentukan oleh Mao itu agak sukar dilaksanakan dalam
masyarakat majmuk seperti Malaysia.
SEBAB-SEBAB KEGAGALAN PKM SEBAGAI
SEBUAH PARTI
Kegagalan
PKM sebagai sebuah parti adalah disebabkan beberapa faktor yang telah
menyumbang kepada kejatuhan PKM. Antara faktor terbesar dan penting yang
menyumbang kepada kejatuhan PKM ialah disebabkan kurangnya sambutan daripada
orang Melayu. Para pengkaji seperti Mohd. Reduan Haji Asli menyatakan antara
sebabnya komunisme tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu di Tanah
Melayu adalah kerana mereka kurang tertarik dengan ideologi komunis dan hal ini
menyebabkan wujudnya pertentangan antara ideologi komunis dengan ajaran
Islam. Pada tahun 1968, daripada 494 orang rakyat Malaysia yang menyertai
pergerakan komunis, hanya 77 orang sahaja orang Melayu dan dua orang
India. Daripada angka tersebut dapat dilihat bahawa sedikit daripada
anggota komunis terdiri daripada orang Melayu dari Semenanjung Malaysia.
Keadaan ini menunjukkan sangat sedikit penglibatan orang Melayu dalam
pergerakan komunis walaupun pelbagai cara digunakan oleh pihak komunis untuk
memikat hati orang Melayu terhadap perjuangan mereka.
Contoh cara
yang digunakan oleh PKM untuk menarik minat orang Melayu bagi menyertai PKM
adalah pada 1 Februari 1949 misalnya, PKM telah mengumumkan pertukaran nama
Malayan People's Anti-British Army (MPABA) kepada Malayan Races Liberation Army
(MRLA) untuk menunjukkan bahawa gerakan mereka adalah gerakan yang melibatkan
semua kaum. Penggunaan lambang bintang tiga semenjak zaman Jepun pula
menunjukkan bahawa golongan yang harus mengambil bahagian adalah kaum Cina,
Melayu dan India. Namun, taktik PKM sedemikian gagal mengaburi mata orang
Melayu kerana mereka menyedari pergerakan PKM didominasi oleh orang Cina.
Selain itu, kekerasan yang dilakukan oleh PKM dan MPAJA terhadap orang Melayu
dalam tempoh hampir tiga minggu selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua
dan sebelum British kembali ke Tanah Melayu telah melahirkan perasaan marah dan
benci dalam kalangan orang Melayu terhadap komunis dan PKM. Tambahan pula,
orang Melayu melihat PKM merupakan sebuah pertubuhan orang Cina, maka
kebanyakan mereka tidak tertarik untuk menyokong parti tersebut. Namun, tidak
dapat dinafikan terdapat juga orang Melayu yang terlibat dalam pergerakan
komunis atau menyokong perjuangan komunis di Tanah Melayu. Keadaan ini boleh
dibuktikan dengan kemunculan nama-nama pemimpin komunis Melayu dalam Rejimen Ke-10
PKM di Kerdau, Pahang seperti Musa Ahmad.
Oleh itu,
daripada perbincangan di atas jelas bahawa sambutan orang Melayu terhadap usaha
komunis itu adalah tidak memuaskan. Kegagalan ini dapat dilihat sejak kehadiran
ejen komunis dari Indonesia pada 1920-an sehingga pengunduran komunis ke
selatan Thailand apabila tamatnya darurat pada tahun 1960. Perkara ini diakui
oleh Tan Malaka, wakil Comintern di Asia Tenggara pada pertengahan tahun
1920-an lagi. Beliau telah menyuarakan perasaan kekecewaan tentang usaha
mengembangkan pengaruh komunis dalam kalangan orang Melayu di Tanah Melayu.
Begitu juga, dapat dibuktikan dalam gerakan komunis di Tanah Melayu ketika
darurat, lebih 80 peratus daripada anggota dan penyokong PKM datang daripada
kaum Cina. Hal ini kerana orang Melayu juga menganggap komunisme
merupakan satu fenomena dan perjuangan semangat nasionalisme kaum Cina.
Sementara itu, orang Melayu juga sukar untuk menerima PKM kerana dikatakan
komunis tidak percayakan tuhan iaitu bertentangan dengan masyarakat Melayu yang
berpegang kepada agama Islam. Selain itu, kegiatan bercorak kekerasan dan
kekejaman yang dilakukan oleh PKM termasuklah penculikan, pengugutan,
penyerangan, pembunuhan dan sabotaj telah melahirkan perasaan marah dalam
kalangan orang Melayu terhadap komunis dan PKM. Pada 14 September 1948,
empat orang pengganas komunis menembak 12 orang Melayu ketika membersih Estet
Chan Kang Swee di Segamat Johor. Serangan tersebutmengakibatkan seorang Melayu
mati, dan dua orang mengalami kecederaan. Pada 29 September 1948, seorang
pengembala lembu yang berbangsa India diculik, dan kemudiannya ditemui mati di
Tapah, Perak. Hal ini menyebabkan orang Melayu tidak tertarik dengan
perjuangan komunis.
Selain itu,
sebab lain yang meyumbang kepada tumbangnya harapan PKM dalam menjadikan Tanah
Melayu sebagai Republik adalah disebabkan masalah dalaman yang berlaku dalam
parti itu sendiri. Kelemahan pemimpin dan kepimpinan PKM yang berpecah-belah
dalam kalangan pemimpin Pusat PKM turut mempengaruhi kegagalan perjuangan PKM
di Tanah Melayu. Keadaan ini telah memburukkan lagi imej dan moral pemimpin PKM
pada kaca mata anggota bawahan dan penyokongnya. Kelemahan PKM itu kemudian
diakui sendiri oleh seorang anggota komunis yang telah menyerah diri kepada
pihak kerajaan pada tahun 1950. Anggota komunis itu mendakwa berlakunya
penyelewengan dan penyalahgunaan wang serta harta benda dalam kalangan pucuk
pimpinan PKM.
Tambahan
pula, berlaku perselisihan faham sehingga membawa kepada pelbagai masalah dalam
parti. Sebagai contohnya, seorang bekas ahli PKM, Siew Lau yang mengutuk
kepimpinan dan beberapa kelemahan parti telah diarahkan dibunuh atas arahan PKM
pada 15 Mei 1951. Beliau mengkritik rancangan PKM untuk memiliknegarakan tanah
apabila PKM berjaya menguasai Tanah Melayu nanti. Siew Lau juga tidak setuju
dengan tindakan kekerasan yang dijalankan oleh PKM seperti membakar bas,
menembak keretapi dan merosakkan pokok-pokok getah kerana tindakan itu hanya
mendatangkan penderitaan kepada penduduk. Hal ini secara tidak langsung
menyebabkan ahli-ahlinya hilang kepercayaan kepada mereka dan partinya. Perkara
ini jelas meunjukkan bahawa kejayaan atau kejatuhan sesebuah organisasi
bergantung kepada pemimpin dan juga kepimpinannya. Dalam hal ini,pemimpin PKM
tidak mempunyai barisan pemimpin yang berpengaruh, berwibawa dan juga
berkaliber yang bukan sahaja dapat membentuk pertubuhan yang utuh, malah bijak
dalam mengatur strategik.
Di samping itu,
seruan kerajaan terhadap rakyat juga menyumbang kepada kejatuhan PKM di Tanah
Melayu. Sebagai contoh, Dato' Onn menyeru pertubuhan yang ada di Tanah Melayu
berkerjasama dengan kerajaan memulihkan keamanan. Seruan ini dibuat dalam
ucapan perasmian Persidangan Wakil-Wakil Kesatuan Perdagangan di Kuala Lumpur
pada 26 Februari 1949. beliau mengingatkan orang ramai adalah mustahak
menegapkan ekonomi Tanah Melayu dan membaiki keadaan buruh. Usaha ini tergugat
kerana kacau bilau dan bunuh membunuh dilakukan oleh komunis. Oleh itu Dato'
Onn menyeru dihapuskan secepat mungkin komunis dari Tanah Melayu. Semakin cepat
komunis dihapuskan, semakin lekas pula Tanah Melayu menjadi maju dan keadaan
penduduknya dapat dibaiki. Dato' Onn juga menyeru setiap orang membantu
kerajaan dengan apa cara sekali pun untuk menghapuskan kegiatan komunis bagi
memulihkan semula keamanan dalam negeri seperti sediakala.
Orang Melayu
juga selalu diingatkan tentang pengganas komunis yang telah menyebabkan
huru-hara merupkan talibarut kepada Rusia dan perjuangan mereka juga adalah
untuk kepentingan suku sakat mereka dan ketua-ketua mereka di Rusia . Oleh
itu kerajaan menyeru orang Melayu supaya tidak tertipu dengan propaganda dan
fahaman yang cuba dibawa oleh PKM di Tanah Melayu. Malcom MacDonald,
Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu menyatakan yang penduduk Tanah
Melayu menolak komunis kerana:
Mereka tidak menerima fahaman
komunis yang menolak tuhan, menafikan hak rakyat dan melakukan kekejaman.
Seterusnya beliau mengingatkan penduduk Tanah Melayu, orang Rusia hanya percaya
kepada satu cara kerajaan iaitu kerajaan komunis cap Moscow. Semua penentang
kerajaan cap Moscow ini akan dibinasakan. Mereka cuba memaksa orang lain meniru
cara pemerintahan cap Moscow ini. Pegangan mereka pula, rakyat tidak mempunyai
sebarang hak dalam negara, semuanya hak kerajaan.
Fahaman dan
maklumat yang ditekankan oleh kerajaan terhadap orang Melayu berkenaan dengan
komunis sedikit sebanyak berjaya membuatkan orang Melayu menolak pegangan yang
dibawa oleh Komuni di Tanah Melayu. Hai ini boleh dilihat dengan kerajaan
sentiasa mengingatkan kepada rakyat tentang kekejaman yang pernah dilakukan
oleh Komunis di Tanah Melayu yang menyebabkan pertumpahan darah, kerosakan
perhubungan awam seperti sabotaj yang pernah dilakukan oleh komunis dan
kehilangan nyawa dan harta benda.
Kesimpulannya,
kegagalan PKM boleh dikatakan gagal dengan berlakunya Rundingan Damai Haadyai
yang berlaku pada tahun 1989 yang melibatkan pihak Thailand, Malaysia dan juga
PKM sendiri. Perjanjian tersebut jelas menunjukkan pengunduran PKM
daripada percubaan mereka untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah
Republik. Sebab-sebab kepada kegaggalan PKM juga boleh dilihat dengan jelas
dengan kurangnya penyertaan orang Melayu dalam Parti tersebut, masalah dalaman
PKM juga menyumbang kepada ketahunnya dan akhir sekali adalah disebabkan seruan
kerajaan terhadap penduduk Tanah Melayu dalam menolak PKM.
Comments
Post a Comment