Pertubuhan SOUTH-EAST ASIA TREATY (SEATO) selepas Perang Dunia Kedua.

SEATO conference in Manila- Credit to owner

Perjanjian Asia Tenggara atau South-East Asia Treaty (SEATO) telah ditubuhkan berikutan kepada Perjanjian Geneva pada tahun 1954 di IndoChina merupakan idea daripada John Foster Dulles, setiausaha Amerika Syarikat. Mesyuarat berlangsung di Manila pada September 1954 yang diwakili oleh Australia, France, New Zealand, Pakistan, Filipina, Thailand, Britain and juga Amerika Syarikat.  Penubuhan SEATO adalah bagi menyekat perluasan pengaruh komunis di Asia Tenggara selepas peristiwa kejayaan komunis bertapak di Indochina. SEATO  juga adalah sebuah organisasi internasional untuk pertahanan kolektif yang ditandatangani pada 8 September 1954. Lembaga formal didirikan SEATO pada pertemuan perjanjian di Bangkok pada Februari 1955 dan markas organisasi SEATO terletak di Bangkok, Thailand. 

Persidangan Manila pada 1954 dan Persidangan Bandung pada 1955 adalah dua persidangan yang terkenal pada awal Perang Dingin. Persidangan Manila, ditaja kuasa-kuasa Barat, telah mengesahkan Perjanjian Manila yang menubuhkan SEATO, sebuah pakatan ketenteraan untuk membendung perluasan komunisme di Asia Tenggara. Sementara itu, Persidangan Bandung pada 1955 pula telah diilhamkan oleh Republik Indonesia, sebuah Negara baru yang pada ketika itu mencapai kemerdekaan hanya beberapa tahun sebelum itu. Persidangan Bandung, sedikit sebanyak, merupakan reaksi terhadap SEATO. Merentasi ideologi yang pelbagai sifat itu, Persidangan Bandung bertujuan untuk merapatkan hubungan antara negara-negara Asia dan Afrika yang baru merdeka selain mengesyorkan negara-negara yang masih bergelut menentang penjajahan untuk mendapatkan kemerdekaan masing-masing. Berbeza dengan strategi-strategi SEATO yang militer, Persidangan Bandung menegaskan penyelesaian yang aman untuk mengelakkan Perang Dunia III.  Untuk menyekat perluasan Perang Dingin antara Soviet dengan Amerika itu sendiri, India dan Indonesia, dua buah negara penaja Persidangan Bandung, telah menggalakkan keberkecualian dalam Perang Dingin. Sehubungan itu, sekiranya Persidangan Manila menekankan perbalahan Timur-Barat, tetapi Persidangan Bandung menggalakkan dialog Selatan-Selatan.

Pada masa yang sama, Presiden Filipina, Magsaysay menggesa penubuhan SEATO kerana Piagam Pasifik telah digubal untuk melaksanakan prinsip hak sama rata dan penentuan nasib negara sendiri dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan cuba menggalakkan semua negara yang ingin berkerajaan sendiri dan merdeka serta mampu menjalankan tanggungjawab untuk berkerjasama dan meningkatkan taraf hidup lebih tinggi, perkembangan ekonomi dan kesejahteraan sosial di rantau ini.  Amerika Syarikat dan Britain merupakan dua tunggak utama dalam SEATO, namun rundingan semasa pembentukkannya adalah berdasarkan kepada perkembangan kedua-dua sekutu ini. Setiausaha luar Britain, Anthony Eden, berharap agar Persidangan Geneva  mampu membawa keamanan yang berkekalan kepada Asia Tenggara berdasarkan kompromi antara pihak yang terlibat samada komunis mahupun bukan komunis.

Semasa Perang Dingin, Amerika Syarikat, Soviet Union dan China berseteru antara satu sama lain melalui proksi dengan memanipulasi penduduk di Asia Tenggara. Asia Tenggara menjadi tumpuan utama di dalam pertempuran Perang Dingin kerana kedudukan geografinya strategik iaitu dekat dengan China dan Amerika Syarikat menggunakan strategi domino yang mengandungi ajaran komunis di rantau ini. Selepas kekalahan Perancis di Điện Biên Phủ pada May 1954 dan pengusiran residen Belanda dari Indonesia pada 1957 yang merupakan benteng utama kepada kapitalis barat yang merupakan aset kepada penjajah di Asia Tenggara seperti di Filipina, Malaya, Thailand, Singapura dan Borneo dan atas-atas sebab tertentu menjadi sekutu kepada barat yang merupakan sebahagian daripada SEATO pada akhir 1954. 

SEATO merupakan pakatan tentera di bawah pimpinan Amerika Syarikat yang didirikan tahun 1954 untuk membantu menyekat perkembangan kuasa komunis di Asia Tenggara. SEATO juga merupakan keseimbangan tradisonal dari pendekatan kuasa melalui pakatan eksternal untuk keamanan serantau. Pembentukan SEATO merupakan tanggapan terhadap permintaan Asia Tenggara untuk dilindungi daripada perluasan kuasa komunis, terutama kerana perluasan sudah melalui tentera agresif di Korea dan Indochina, dan juga melalui subversif dianggotai oleh pasukan senjata yang berorganisasi di Malaysia dan Filipina. Vietnam, Kemboja, Laos tidak dipertimbangkan untuk menyertai keanggotaan SEATO dengan alasan negara-negara ini terikat dengan Perjanjian Geneva pada tahun 1954 di Vietnam. Bagaimanapun, negara-negara yang lain diberikan perlindungan tentera oleh protokol. 

Negara-negara lain dari Asia Selatan dan Tenggara lebih suka mempertahankan negara mereka daripada bukan pernjajaran luar negeri. Perjanjian itu ditetapkan dengan tujuan hanya sebagai ketentuan dan pertahanan untuk membantu diri sendiri dan saling membantu dalam mencegah serta melawan kegiatan subversif dai luar. Begitu juga kerjasama dalam mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial. Namun SEATO tidak memiliki kekuatan untuk terus berdiri dalam organisasi tetapi hanya mengharapkan kekuatan daripada negara-negara anggotanya yang terlibat dalam latihan tentera gaungan, Pada 30 Jun 1977, SEATO telah dibubarkan setelah berlakunya perubahan besar di kawasan Asia Tenggara, khususnya yang berkaitan dengan kekalahan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam.

Comments

Popular Posts