Pertapakan Islam di Sepanyol


Tanjung Algeciras -Credit to Owner-


Sepanyol atau lebih dikenali sebagai Andalusia, sebelum kedatangan Islam berada dalam keadaan tidak stabil dalam semua aspek sosial, ekonomi, dan politik. Kekosongan kuasa di Sepanyol sejurus selepas kejatuhan Rome pada 476 masihi menyebabkan suku Gasar seperti Huns, Vandal dan Visogoth menguasai wilayah bekas jajahan Rom. Krisis peperangan yang berlaku pada abad ke-7 yang melibatkan rampasan kuasa oleh Roderick (Visogoth) terhadap Raja Witiza semakin memburukkan keadaan. Menurut Kopanski dalam bukunya Religion and Warfare: The Earliest Period of Spread of Islam in Europe, suasana huru-hara yang berlaku selama hampir 300 tahun di Sepanyol menyebabkan penduduknnya hilang harapan terhadap kedamaian dan keharmonian.

Roderick pula terkenal dengan sifatnya yang zalim dan kejam dengan menindas penduduk Sepanyol. Beliau merupakan raja yang kejam dengan memperlakukan rakyat sesuka hatinya. Hal ini boleh dikaitkan apabila beliau amat suka kepada gadis sunti dan kerap kali merogolnya. Raja Roderick juga mempunyai tentera yang ramai sehingga beliau boleh mengawal rakyatnya dengan mudah. Sikap Roderick ini telah menimbulkan dendam kepada banyak pihak.

Peluang untuk menakluki Sepanyol muncul apabila salah seorang gabenor Roderick bertindak belot. Gabenor Roderick yang bernama Julian menaruh perasaan dendam kepada Roderick atas beberapa sebab yang kukuh. Peristiwa dimana Roderick telah mencabul kehormatan Florida, iaitu anak gadis kepada Julian iaitu Gabenor di Ceuta telah menimbulkan perasaan dendam yang akhirnya membuka peluang kepada orang Islam untuk menakluk Sepanyol. Julian juga berdendam dengan Raja Roderick kerana beliau telah membunuh kawan baiknya iaitu Witiza iaitu pemerintah Sepanyol sebelum Roderick merampas kuasa dengan membunuh Witiza.

Disebabkan dendam, Julian sendiri telah berjumpa dengan Musa Ibn Nusayr untuk membuat tawaran. Julian sendiri telah menemui dan menghadap Musa Ibn Nusayr yang menjadi Gabenor di Afrika Utara untuk membuat tawaran dan meminta pertolongan tentera Islam bagi menentang Roderick di Sepanyol. Julian juga telah menawarkan pertolongan dalam usaha untuk menakluki Sepanyol dengan cara memberi segala kemudahan yang diperlukan oleh tentera Islam seperti kapal, juru pandu dan sebagainya.

Musa Ibn Nusayr Ibn Abdul Rahman Ibn Ziyad al-Lakhmi merupakan seorang gabenor kepada Kerajaan Umayyah di Afrika Utara. Beliau dilahirkan pada tahun 1914 di sebuah desa Karf Mitsri. Beliau sentiasa mencari peluang dalam meluaskan wilayah Islam terutamanya di Eropah. Setelah Musa meyakini kejujuran Julian, Musa telah meminta keizinan daripada Khalifah al-Walid yang berada di Damsyik untuk melaksanakan rancangan dalam menakhluk Sepanyol. Setelah mendapat kebenaran, Musa tidak terus menggerakkan angkatan tenteranya secara besar-besaran sebaliknya mengutuskan satu pasukan peninjau untuk melihat, menyelidik terlebih dahulu keadaan Sepanyol bagi menjamin keselamatan angkatan tentera Islam. Sebagai langkah awal, Musa telah menghantar Tariq Ibn Ziyad ke Sepanyol bersama-sama 400 orang dan 100 orang tentera berkuda pada tahun 710 masihi. Tahun berikutnya, Musa mengutuskan pula angkatan tenteera yang lebih besar iaitu seramai 7,000 tentera Islam. Angkatan tentera tersebut diketuai oleh Tariq Ibn Ziyad. Pada Julai 710 masihi, tentera Tariq mendarat di Pantai Sepanyol dan kawasan tersebut dikenali sebagai Tarifa dan apabila sampai, Tariq menyerang Tanjung Algeciras dan kembali ke Qairawan dengan membawa harta rampasan yang banyak.

Apabila kemaraan tentera Islam sampai kepada pengetahuan Roderick, mereka terus mengumpul bala tenteranya yang dianggarkan sebanyak 100,000 orang bersiap sedia untuk menghadapi tentera Islam. Menyedari bilangan tentera Islam kecil, Tariq dengan segera menghantar utusan meminta bantuan daripada Musa Ibn Nusayr yang kemudiannya mengerahkan 5,000 bagi membantu angkatan tentera Tariq. Kehadiran mereka menjadikan kesemua jumlah tentera Islam berjumlah 12,000 orang. Namun, jumlah ini masih kecil jika dibandingkan dengan tentera Roderick. Pasukan tentera Roderick bertembung dengan pasukan tentera Islam di lembah yang dikenali sebagai Wadi Lakkah yang berhampiran Medina Sidonia di dalam wilayah Cadiz. Peristiwa ini berlaku pada 7 Rabiulawal 93 Hijrah. Setelah bertempur, akhirnya tentera ‘the Gothic’ telah kalah dalam pertempuran pada bulan Julai dan Roderick sendiri telah terbunuh dalam pertempuran tersebut. Kematian Raja Roderick adalah disebabkan mati lemas selepas terjatuh di dalam Sungai Barbat.

Setelah kemenangan berjaya dicapai, tentera Tariq kemudian meneruskan perjuangan ke utara dan dapat menawan sebuah demi sebuah bandar dan wilayah di Sepanyol. Bermula dengan Fuja dan seterusnya menawan Guadalajara dan Toledo iaitu pusat pemerintahan Visogoth yang bersebelahan dengan Perancis. Tariq juga menjadikan Toledo sebagai Ibu negeri bagi wilayah taklukan Islam dan menjadi markas yang mana dia memulakan penaklukan di wilayah-wilayah utara Sepanyol. Cordova juga dapat ditawan dengan bantuan pasukan berkuda mereka kemudiannya menyerang negara kota dan seterusnya menawan Cordova setelah tentera Visogoth hanya mampu bertahan dua bulan. Pada Oktober 711 masihi, Cordova menyerah kalah dan Cordova kemudian dijadikan sebagai pusat pentadbiran kerajaan Islam di Sepanyol.

Kejayaan cemerlang yang dicapai Tariq telah mendorong Musa untuk terlibat secara langsung dalam pembukaan Sepanyol. Pada bulan Jun 712 masihi, Musa dengan bantuan pasukan tentera yang besar yang disalurkan oleh Count Julian mengetuai pasukan tentera yang besar iaitu bersama 18,000 tentera Arab dan Barbar melibatkan diri dalam ekspedisi ketenteraan. Musa juga berjaya menduduki  kota-kota yang belum disentuh oleh Tariq. Contohnya seperti kota Serville. Kota Serville merupakan kota yang terbesar yang menjadi pusat intelek Sepanyol. Kota ini mempunyai pertahanan yang kukuh dan pernah menjadi ibu kota dalam zaman Rom. Namun, ia berjaya ditakluki oleh Musa pada akhir Jun tahun 713 masihi. Menjelang tahun 714 masihi, angkatan tentera Islam telah berjaya menguasai seluruh Sepanyol.

Kesimpulannya, dalam masa tiga tahun sahaja, orang Islam berjaya menakluki Sepanyol secara keseluruhan. Penaklukan  ini menandakan bermulanya peradaban Islam di Sepanyol. Keadaan ini menjadikan Sepanyol mencapai kemuncak zaman apabila kota-kota Sepanyol seperti Cordova yang menjadi Centre of Excellant bagi peradaban dunia.




Comments

Popular Posts