Gerakan Khilafat


Related image
Gerakan Khilafat -credit to owner-

Pendahuluan

Gerakan khilafat merupakan salah satu gerakan nasionalisme yang muncul di India. Gerakan Khilafat merupakan sebuah gerakan pan-islamisme, yang menentang kerajaan British dan mahu melindungi empayah Uthmaniyah selepas kekalahan dalam Perang Dunia Pertama. Gerakan ini juga merupakan reaksi terhadap pemerintah Inggeris yang memecah-belah dan menguasai wilayah-wilayah kekuasaan Turki Uthmaniyah. Situasi ini menimbulkan reaksi daripada Muslim di India yang menganggap Turki Uthmaniyah sebagai ketua Agama Islam. Gerakan ini semakin menarik segala perhatian masyarakat muslim India dengan mengangkat isu khalifah yang kemudiannya mengentalkan sentimen-sentimen benci dan anti kepada British.


Sebab Kewujudan

Masyarakat Islam secara umumnya masih menganggap Turki sebagai mewakili pemerintahan Islam. Khalifah Turki dianggap sebagai khalifah sejagat. Pembabitan Turki dalam perang dunia pertama turut mengheret masyarakat Islam dalam peperangan tersebut. Semasa perang dunia pertama, kerajaan Uthmaniyah (Turki) telah menyertai perang yang menyebelahi German. Namun Turki dan German telah kalah dalam perang tersebut dan pasukan bersekutu memutuskan untuk membahagikan Turki dan telah mengakhiri institusi khalifah di Turki.   Keadaan ini semakin terasa apabila slogan jihad dilaungkan bagi menghadapi tentera bersekutu termasuklah British. Seruan melindungi dan mempertahankan kedudukan khalifah Turki sebagai khalifah Islam mula mendapat perhatian masyarakat Islam di India. 

Gerakan khilafat dianggotai oleh kaum muslim di India pada tahun 1918 dan mereka telah mengambil keputusan untuk melancarkan pergerakan bagi memastikan keselamatan institusi khalifah dan melahirkan rasa marah mereka terhadap tindakan yang telah diambil oleh sekutu Turki. Dengan diketuai oleh Abdul Kalam Azad Khan, Muhammada Ali, dan Shaukat Ali, satu gerakan yang dikenali sebagai gerakan khilafat telah dilancarkan. Semua Jawatankuasa Khilafat India telah dibentuk di Bombay pada bulan Julai 1919 dan ini secara beransur-ansur membentuk aktiviti yang melibatkan khilafat.


Tujuan/ Permintaan

Tujuan gerakan khilafat ditubuhkan yang yang dipimpin oleh Shaukat Ali dan Muhammad Ali  telah memperjuangkan penerusan sistem khalifah dengan beberapa perubahan.  Antara permintaan Gerakan Khilafat adalah Empayar Turki tidak boleh dipecah-pecahkan, Institusi Khilafah mesti dikekalkan di Turki Uthmaniyah, Tempat Suci harus tetap berada di dalam jagaan Kerajaan Turki Uthmaniyah dan sebagainya. Pergerakan Khilafat adalahbertujuan untuk mewakili Kerajaan Turki Uthmaniyah dan ingin menyambung kekuasaan khalifah bagi melindungi tanah orang muslim tanpa sebarang mandat. Tuntutan ini telah dibuat semasa Mohammad Ali melalui ucapannya di Paris pada 21 Mac 1990.


Kepentingan/ Sumbangan


Perpaduan Antara Muslim

Gerakan Khilafat telah membawa banyak kebaikan kepada masyarakat di India terutamanya masyarakat Muslim. Melalui gerakan ini, perpaduan antara masyarakat di India dapat disatukan dalam menentang penjajah British di India. Dari segi perpaduan antara orang Islam sendiri. Gerakan Khilafat di India yang bergerak sebagai gerakan politik keagamaan mampu menyatukan tiga aliran teologi yang berbeza iaitu Sunni, Syiah dan Ahmadiyah. sebelum ini ketiga-tiga aliran tersebut belum pernah selangkan atau bersefahaman dalam perbicaraan doktrin-doktrin agama ataupun masalah politik Islam.  Gerakan ini telah berjaya menyemai perpaduan antara ketiga-tiga aliran ini di bawah satu gerakan dalam menentang penjajahan British di India.


Gerakan Hijrat

Perkara ini boleh dibuktikan melalui perpindahan beraamai-ramai muslim ke Afghanistan di atas nama gerakan hijrat. Semasa Khilafat berada pada kemuncak pemerintahannya, muncul suara-suara daripada Lucknow yang mengisytiharkan India sebagai Dar-ul-Harb iaitu Rumah Peperangan, yang telah menggesa Muslim untuk berhijrah daripada tanah air mereka. Gerakan ini merupakan sebuah gerakan yang menggalakkan umat Muslim untuk berhijrah ke Afghanistan yang dikenali sebagai Dar al-Islam iaitu Rumah Keamanan.  Moulana Abdul Kalam Azad, Moulana Abdul Bari Farangi, Moulana Muhammad Ali and Moulana Abdul Majeed Sindhi telah mengeluarkan fatwa mengisytiharkan penghijrahan merupakan perkaraa yang diinginkan oleh Muslim India selepas Perang Dunia Pertama. Selain itu, mereka juga telah mengisytiharkan bahawa India adalah sebuah darul-Islam. Kesan daripada fatwa itu maka dianggarkan antara 500,000 hingga 2 juta orang Islam terutama dari Sind dan Punjab telah melakukan perjalanan ke Afghanistan.


Peraduan Antara Muslim Dan Hindu

Selain itu, Gerakan Khilafat sebagai gerakan yang mendukung Islam juga berjaya menjalinkan kerjasama dengan gerakan yang beragama Hindu iaitu Kongres Nasional India di dalam satu pergerakan Tidak Bekerjasama.  Walaupun gerakan Tidak Bekerjasama ini tidak bertahan lama, tetapi gerakan tersebut berjaya menjalinkan keharmonian antara Islam dan Hindu dalam melawan imperialisme British di India. Tindakan yang diambil oleh Khilafat dan Mahatma Gandhi merupakan satu tindakan yang bijak dengan menggabungkan kekuatan mereka dengan bersatu dalam menjatuhkan penjajah di India.


Gerakan Tidak Bekerjasama

Gerakan tidak bekerjasama merupakan gerakan yang melibatkan terjalinnya kerjasama antara pihak kaum muslimin India dengan pihak Hindu India dengan ditandatangani proposal pembaharuan pasca perang.  Proposal ini telah digariskan oleh Muhammad Ali Jinnah daripada Gerakan Khilafat pada tahun 1916 di Lucknow.  Keharmonian antara pihak Islam dan pihak Hindu terjalin baik dengan bersama-sama  menentang Akta Rowlatt di Amritsar. Contoh pengisian dalam pergerakan tidak bekerjasama, ialah dengan menolak dan mengembalikan semula segala kehormatan yang diterima daripada pemerintah, tidak boleh menghadiri sebarang perayaan, upacara dan pertemuan-pertemuan rasmi, melarang anak-anak dari mendapatkan pendidikan di sekolah yang ditubuhkan oleh pemerintah melainkan mengambil inisiatif mendirikan sekolah bersifat kebangsaan. Walaupun Gandhi dan Khilafat menggunakan cara yang sederhana dalam memperjuangkan kemerdekaan India, namun cara yang digunakan oleh mereka berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan rakyat India.


Kesimpulan

Kesimpulannya, walaupun institusi kekhalifahan di Turki Uthmaniyah telah jatuh pada tahun 1924, Gerakan Khilafat merupakan sebuah gerakan yang penting dalam perkembangan politik Muslim di India. Melalui gerakan ini, muslim banyak belajar tentang kepentingan mengenai kepimpinan dan organisasi politik. Pergerakan ini memberi sumbangan yang baik dalam menyatupadukan umat Islam di India serta hubungan baik dengan masyarakat hindu dalam menentang British disamping memastikan Institusi Khalifah di Turki Uthmaniyah kekal berdiri teguh.  Gerakan ini membangkitkan semangat perpaduan antara Muslim di India dan mengukuhkan semula Ummah dalam kalangan masyarakat muslim.

Comments

Popular Posts