Petempatan Zaman Prasejarah


Petempatan merupakan salah satu daripada kebudayaan Prasejarah Asia Tenggara dan ia memang sangat berkait rapat dengan arkeplogi kerana melalui kajian arkeologi kita dapat mengetahui corak petempatan dan lokasi pertempatan pada masa tersebut serta kebudayaan yang wujud.

Petempatan Zaman Paleolitik

Pada zaman Paleolitik manusia yang wujud pada masa itu ialah Homo erectus. Manusia pada zaman ini kebanyakannya tinggal di dalam gua, kawasan persisiran pantai dan sungai. Selain itu, masyarakat paleolitik juga mendiami kawasan yang berhampiran tasik yang terletak di kawasan pedalaman. Namun pada masa itu, tasik  telah kering dan orang Paleolitik mula mendiami kawasan itu bermula pada 28,000 BP. Keadaan yang terlalu sejuk pada zaman ini telah menyebabkan mereka tinggal di dalam gua disamping mengelakkan diri daripada ancaman binatang buas. Contoh penempatan manusia Paleolitik terdapat di Gua Niah yang mengesan kehadiran manusia terawal iaitu kira-kira 40,000 tahun yang lalu. Dianggarkan suhu di dalam gua adalah kira-kira 5 hingga 7 darjah celcius lebih sejuk daripada keadaan semasa Zaman Holosen. Keadaan ini disebabkan oleh paras air yang lebih rendah dan menyebabkan garisan pantai lebih jauh ke dalam laut. Bagi petempatan di kawasan alur sungai boleh dilihat di Jenderam Hilir.

     Petempatan manusia Paleolitik ini amat berhubungkait dengan alam persekitaran mereka kerana ini faktor kesuburan tanah amat dititikberatkan bagi menentukan sama ada mereka akan terus menetap di kawasan itu ataupun tidak. Keadaan ini ditentukan oleh kebolehlancaran mereka untuk mengeksploitasikan makanan. Antara makanan atau hasil yang merrka perolehi adalah seperti ikan dan binatang yang lebih besar seperti babi hutan atau rusa yang mungkin diburu oleh manusia Paleolitik dengan menggunakan jerat. Oleh itu, keadaan persekitaran mereka telah dipengaruhi oleh perubahan iklim yang memerlukan mereka kreatif bagi meneruskan hidup.


Petempatan Zaman Epi-Paleolitik

Pada zaman ini, lazimnya masyarakat ini terdiri daripada masyarakat Hoabinhian. Mereka mempunyai karakteristik yang tertentu kerana ia masih bersandarkan kepada alam sekitar bagi meneruskan kehidupan seharian Perubahan yang berlaku terhadap alam sekitar telah meninggalkan kesan yang besar kerana telah membuatkan masyarakat pada zaman ini hidup secara nomadseperti di pinggir sungai, tepi pantai dan di dalam gua. Apabila mereka mempunyai pengetahuan mengenai perubahan alam sekitar, perkara in telah mempengaruhi masyarakat ini hidup dalam suasana yang kompleks, sebagai contoh seperti pertanian. Petempatan mereka yang hampir dengan sungai, telah menyebabkan mereka menyedari kepentingan sungai. Medapan tanah lanar yang subur memungkinkan mereka untuk bercucuk tanam dibantu dengan suhu dan iklim yang sesuai kerana kawasan Asia Tenggara yaang terletak di garisan khatulistiwa.


Petempatan Zaman Neolitik

Petempatan masyarakat Zaman Neolitik pula pada awalnya mereka mendiami gua sebagai tempat tinggal. Hal ini kerana mereka menjadikan gua sebagai tempat tinggal sementara untuk menjalankan aktiviti pengumpulan makanan seperti mengumpul hasil hutan dan berburu. Kemajuan dalam kebudayaan mereka beermula apabila mereka mula tinggal di kawasan persisiran pantai dan tebing-tebing sungai untuk menjalankan aktiviti pertanian sehingga berlakunya perubahan daripada mengumpul hasil hutan dan berburu kepada pertanian. Tambahan, pertanian juga membawa kepada perubahan cara hidup nomad kepada menetap di kawasan yang tertentu.

     Manakala, petempatan terbuka masyarakat Neolitik pula adalah di kawasan pesisir pantai dan kawasan lereng bukit contohnya seperti di Borneo pada Zaman Neolitik iaitu Ladang  Tomanggong yang terletak di Kuala Sungai Segamang, Lahad Datu, Sabah. Tapak Neolitik yang lain yang ditemui adalah di sekitar sungai Chao Phraya. Kawasannya yang pernah mengalami banjir telah meninggalkan kawasan yang subur untuk pertanian. Salah satu kawasan yang menjadi petempatan awal di sekitar Chao Phraya ialah Ban Tha Kae.


Petempatan Zaman Glasial Akhir dan Holosen Awal

Pada Zaman Holosen awal, menjelang 10,000 tahun lalu penghuniGua-gua Madai mungkin mudah mencapai sumber daya di daerah pantai, dan tampaknya bergerak ke arah laut dari Baturong ke Madai pada waktu itu. Jadi, Gua terbesar di antara Gua-gua Madai, Agop Atas kini dihuni dan menjadi kampung Idaab yang cukup besar dan disinggah secara bermusim untuk pengumpulan sarang burung. Hingga kini, hanya ada sedikit bukti mengennai penghunian daerah pedalaman pada saat kemuncak glasial akhir yang lebih kering, kira-kira 20,000 tahun lalu. Contoh bukti adalah seperti beberapa kkerang air tawar di situs Gua Sireh, Sarawak yang terletak sekitar 500km ke arah pedalaman.

     Manusia Homo erectus ini hidup berasaskan alam semesta. Mereka dipercayai hidup dalam kelompok-kelompok kecil iaitu mungkin dalam keluarga sendiri dari lingkungan 6 hingga 12 individu. Kegiatan mereka adalah memungut dan mencari hasil hutan serta memburu binatang di sepanjang lembah-lembah sungai di Dataran Sunda. Homo erectus merupakan masyarakat nomad. Mereka ini tinggal di dalam gua-gua dan kubang-kubang besar sebagai tempat untuk berlindung daripada perubahan cuaca seperti sejuk dan panas serta perlindungan keselamatan daripada ancaman binatang buas. Pakaian mereka adalah daripada kulit binatang dan kulit kayu.

Comments

Popular Posts