Perak..

Sejarah awal Perak adalah banyak bergantung kepada penemuan arkeologi. Hasil daripada usaha penggalian yang dijalankan telah berhasil menemui kawasan-kawasan yang memberi gambaran tentang kewujudan kerajaan kerajaan tua yang wujud di Perak. Antara penemuan tersebut  adalah mengenai kewujudan kerajaan Gangga Negara, Beruas dan Manjung.

Khusus tentang kerajaan Gangga Negara, namanya ada dikaitkan dengan nama sungai yang terdapat di India iaitu Sungai Ganges. Di dalam karya Ptolemy, Geographike Huphegesis yang telah ditulis pada tahun 150 Masihi, terdapat nama yang disebut sebagai Konkonagara yang dikatakan berada di kawasan Lembah Bernam atau Sungai Perak. Sekiranya nama ini merupakan sebutan lain bagi nama Gangga Negara, kemunculannya telahpun bermula sejak abad ke-2 lagi. Walau bagaimanapun, pada abad ke-5 dan ke-6 masihi, nama Gangga Negara mulai dikenali dalam Sejarah. Kerajaan ini kononnya telah diasaskan oleh bangsa Siam Kemboja. Ianya juga dikatakan telah dibuka oleh Putera Raja Meronng Mahawangsa yang bernama Ganji Serjuna. 

Mengenai lokasinya pula, ianya dipercayai terletak dikawasan Pengkalan Baharu dan Beruas di Dinding. Dari segi perkembangan kerajaan, pusat kerajaannya sering berpindah dan bertukar, contohnya di Lembah Kinta, Bidor, Sungai Siput, Pengkalen di Ipoh dan sebagainya. Disebabkan oleh kekuatan kerajaaan, kerajaan ini kononnya berjaya menghadapi serangan Srivijaya pada tahun 850 Masihi. Malah, pada tahun 890 Masihi pula dikatakan bahawa Beruas pernah diserang oleh Raja Gelanggayu yang terletak di kawasan Johor. Walau bagaimanapun, riwayat kerajaan Gangga Negara ini berakhir sekitar tahun 1025 sehingga 1026 Masihi akibat serangan daripada Rajendra Chola dari Coromandel. Namun, dalam Sejarah Melayu, telah disebutkan pada abad ke-11, kerajaan ini telah diperintah oleh Raja Syah Johan yang telah diserang oleh Raja Suran. Raja Cholan atau Raja Suran ini merupakan raja yang tidak pasti kebenarannya.

Dari segi agamanya, kajian-kajian arkeologi yang dijalankan telah menguatkan bukti tentang kewujudan kerajaan awal tersebut. Melalui usaha cari gali di Pengkalen, Bidor dan Lembah Kinta, telah dijumpai arca-arca Bodhisattwa, terutama dewa Amoghapasa Avlokitesvara. Simbol ikonografi ini berkaitrapat dengan konsep raja sebagai inkarnasi dewa. Simbol ini bukan sahaja terdapat di Perak malah di Srivijaya, Palembang, Jawa, Thailand dan tempat-tempat lain di Asia Tenggara.


Comments

  1. Best 10 Casinos Near Pittsburgh, PA in 2021 - MapYRO
    What are the best casinos in Pittsburgh in 제천 출장마사지 2021? · Hollywood Casino at Penn 사천 출장샵 National 세종특별자치 출장안마 Race Track · Drake 구리 출장안마 Casino at Charles Town 계룡 출장안마 Races

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts