JEPUN SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Credit to owner-Caitlinmoran-
Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki merupakan peristiwa yang paling dasyat yang belum pernah terjadi dalam sejarah peperangan dunia. Bom atom yang diberi nama “Little Boy”telah meletup di bandar Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan telah membunuh seramai 78,000 orang dan memusnahkan 60% bandar. Tiga hari selepas itu, bom atom kedua pula telah dijatuhkan di bandar Nagasaki yang telah memusnahkan enam bandar-bandar besar seperti Tokya, Osaka, Yokohama, Nagoya, Kobe dan Kawasaki. Keadaan ini telah menyebabkan pihak Jepun meminta kedamaian dan menghentikan peperangan. Dengan ini, pihak Jepun telah bersetuju untuk menerima pengisytiharan Postdam pada 10 Ogos 1945. Maharaja telah mengumumkan Jepun menyerah kalah melalui siaran radio.

Ekoran daripada Jepun menyerah kalah, pada 2 September 1945 Amerika Syarikat mula menduduki Jepun dan berlanjutan sehingga 28 April 1952 yang mana Jeneral  Douglas MacArthur telah dilantik sebagai pemerintah Agung Kuasa-Kuasa Berikat. Pihak Jepun harus mengikuti segala syarat yang terkandung dalam pengisytiharan Postdam. Antaranya seperti Jepun hendaklah menyokong tindakan dan matlamat Amerika Syarikat yang bersesuaian dengan peruntukan yang terdapat dalam Piagam PBB. Jepun juga hendaklah diperintah oleh sebuah kemaharajaan yang bertanggungjawab dalam menghormati hak-hak dan kebebasan negara lain dan Jepun hendaklah mematuhi prinsip-prinsip kemaharajaan sendiri yang demokratik dan banyak lagi.

Semasa perang dunia kedua, dilihat negara Jepun telah mengalami kemusnahan yang sangat teruk sama ada dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Maka, selepas perang dunia kedua, Jepun telah berusaha untuk memulihkan kembali politik, ekonomi dan sosial dan muncul sebagai salah sebuah negara yang maju dan disegani. Antara perubahan yang dilakukan oleh orang Jepun dari aspek politik ialah pindaan perlembagaan 1889. Perdana menteri Jepun Shidehara Kijuro telah melantik satu jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengadakan pindaan yang perlu ke atas perlembagaan. Namun pindaan-pindaan perlembagaan itu tidak memuaskan hati Majlis Tertinggi Kuasa Berikat(MTKB) dan MTKB sendiri yang merangka satu perlembagaan baru dan diserahkan kepada maharaja untuk dipertimbangkan dan akhirnya perlembagaan baru telah tercipta iaitu Perlembagaan 1947.

Antara kandungan perlembagaan 1947 adalah Diet merupakan kuasa dan perundangan tunggul dalam negara, maharaja menjadi ketua negara dan lambang perpaduan rakyat. Kuasa maharaja dikurangkan menjadi Raja Berpelembagaan. Pengenalan kepada demokrasi dimana wujudnya Dewan Rakyat dan Dewan Majlis yang merupakan badan terpilih. Selain itu, badan kehakiman juga ditubuhkan dimana perlembagaan baru telah mengiktiraf prinsip badan kehakiman yang bebas daripada badan eksekutif kerajaan. Penyelia pentadbiran dalam sistem undang-undang dialih kepada menteri keadilan.

Perubahan dari segi ekonomi pula adalah pembubaran sistem Zaibatsu. Hal ini kerana Jepun merupakan sebuah negara perindustrian dan pelbagai strategi dilancarkan untuk memajukan sector ini. Jepun berhasrat untuk meluaskan pasaran bagi barangan siap kilangnya dan mendapatkan bahan mentah secara berterusan untuk keperluan industri mereka. Sehubungan dengan itu, Zaibatsu inilah yang membekalkan kewangan bagi tentera Jepun untuk melancarkan dasar imperialisme dan Zaibatsu jugamenguasai dan memonopoli untuk mengelakkan penyatuan semula di kalangan saudagar-saudagar dan golongan peniaga. Akta Pembaharuan Tanah 1946 diperkenalkan. Ia memberi keutamaan kepada sektor pertanian sebagai sumber utama ekonomi kerajaan dan menyusun pelbagai usaha untuk meningkatkanhasil pertanian dan hasil pendapatan kaum petani.

Di bawah pembaharuan ini, kerajaan Jepun telah membahagikan semula hampir empat juta ekar tanah kepada lebih tiga juta penduduk Jepun yang merupakan petani yang dahulunya yang telah menyewa tanah ini daripada tuan tanah yang mereka usahakan bayarannya secara ansuran dengan kadar faedah yang rendah. Keadaan ini telah berjaya mengurangkan kadar inflasi dan ketidakstabilan ekonomi Jepun. Jepun dapat dipulikan semula dalam waktu yang singkat. Hal ini dapat dibuktikan dengan pembinaan semula kota-kota yang musnah akibat peperangan.
Selain itu, faktor yang membawa kepada kemajuan dan pemulihan ekonomi Jepun ialah apabila meletusnya perang Korea pada tahun 1950 sehingga 1953. Ini kerana, kebanyakan badan dunia telah membuat pesanan istimewa untuk mendapatkan barang-barang dari Jepun seperti alat-alat ketenteraan. Di samping itu, pemulihan ekonomi  Jepun juga adalah disebabkan oleh tindakan MTKB yang menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas Jepun.

Pemulihan dari aspek sosial dapat dilihat melalui perubahan yang dibuat dalam pendidikan. Perubahan yang jelas adalah ajaran dan kepercayaan Shinto telah dihapuskan. Begitu juga dengan ajaran yang berunsurkan nasionalisme yang fanatik. Sistem pelajaran yang lebih meluas diperkenalkan dimana pelajaran diwajibkan sehingga gred sembilan dan kursus baru serta mata pelajaran baru diperkenalkan dimana sebelum perang hanya satu kursus sahaja diperkenalkan. Buku-buku teks lama telah diganti dengan buku teks baru yang lebih menekankan kepada prinsip demokrasi. Sistem pelajaran Jepun lebih kepada sistem pelajaran Amerika. Ramai guru-guru Jepun dilatih dengan sistem perguruan di Amerika malah guru-guru dari Amerika juga berkhidmat di Jepun.

Selain itu, terdapat juga perubahan kedudukan sosial masyarakat Jepun dimana kaum wanita juga diberikan hak mengundi malah diberi persamaan dari segi undang-undang dengan kaum lelaki dan berkesempatan untuk mendapatkan pendidikan yang sama. Terdapat kod sivil yang menganjurkan hak kesamarataan bagi wanita dan lelaki. Dari segi infrastruktur dan pembangunan pula, pada tahun 1945, pembinaan semula Jepun telah dilaksanakan dengan rancak termasuk membina rumah dan pejabat. Jepun menampakkan ciri bangunan reka bentuk daripada Amerika seperti pembinaan apartmen selaras dengan kehidupan moden.

Kesimpulannya, dalam masa yang singkat, negara Jepun telah berjaya melakukan pemulihan dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Jepun telah berjaya bangkit selepas negaranya hampir musnah akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Dengan bantuan daripada MTKB, Jepun sedikit demi sedikit telah membangun dan pada tahun 1980-an, Jepun telah muncul sebagai kuasa ekonomi yang ketiga terbesar selepas Amerika dan Rusia.

Comments

Post a Comment

Popular Posts