KEADAAN EROPAH SEMASA BLACK DEATH



The plague doctor- Credit to owner-


Penyakit Black death merupakan sejarah hitam di Eropah. Penyakit ini telah “wiped out” kebanyakan populasi di Eropah. Ketidaksedaran masyarakat dan pemerintah akan penyakit ini telah menyebabkan penyakit ini telah merebak dengan meluas seolah-olah ianya tidak boleh dihentikan dan telah menyebabkan kemusnahan dalam pelbagai aspek seperti keagamaan, kebudayaan dan ekonomi di beberapa kawasan. Penyakit ini dipercayai berlaku disebabkan oleh virus bacillus yang merebak melalui kutu atau hama melalui binatang seperti tikus hitam. Kebanyakan kawasan Eropah mengalami angka kematian sebanyak 30 peratus, manakala bandar Itali, Florence menunjukkan 90 peratus kematian lebih tinggi berbanding kawasan yang lain.

Kebanyakan pesakit yang berjangkit, pada permulaan beberapa hari mereka terkena penyakit ini, mereka tidak sedar yang mereka telah terkena penyakit ini kerana tidak ada simptom-simptom yang ditunjukkan. Sesiapa yang terjangkiti dengan penyakit black death ini akan mula membengkak di kawasan nodus limfa yang melibatkan pangkal peha dan bawah ketiak. Gigitan daripada hama ini boleh menyebabkan bengkak-bengkak atau benjolan yang boleh membesar sehingga saiz buah berangan dan membesar lagi sehingga saiz epal. Bagi mangsa yang terkena penyakit ini, simptom-simptom lain yang boleh dilihat ialah mangsa akan mengalami sakit kepala, lenguh-lenguh badan, muntah-muntah dan demam mencecah 101-105 degres. Simptom ini biasanya kelihatan antara 1-7 hari dan manusia akan mati dalam tempoh berkenaan.

Penyakit ini bukan sahaja menyerang manusia malah telah menyerang binatang seperti khinzir, lembu, ayam, kambing dan biri-biri. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan masyarakat terutamanya golongan bawahan kekurangan zat makanan dan tahap kesihatan masyarakat juga semakin merendah. Kebanyakan mangsa black death adalah kanak-kanak, orang tua, miskin dan buruh. Keadaan ini berlaku kerana golongan ini biasanya tidak mempunyai imunisasi badan yang kuat dan kurang mendapat zat makanan menyebabkan mereka mudah dijangkiti. Bekalan makanan juga dalam tahap kritikal kerana berlaku pertambahan penduduk yang padat dan peralihan industri iaitu daripada pertanian kepada bidang tekstil yang dianggap lebih membawa keuntungan. Malahan, kesan daripada kematian binatang seperti biri-biri menyebabkan masyarakat pada masa itu mengalami kekurangan bulu biri-biri di seluruh benua Eropah.

Pada masa itu, mereka tidak tahu cara sebenar penyakit ini boleh berjangkit terutamanya dalam tahun 1300. Tanpa pemahaman yang mendalam, mereka tidak ada cara yang berkesan untuk menghalang penyebaran penyakit ini. Ada yang percaya dengan menyentuh pesakit akan menyebabkan jangkitan. Manakala, mereka juga percaya bahawa “spirit” daripada mata orang yang sakit itu boleh masuk  ke dalam orang yang sihat dan membawa kematian bersama mereka. Selain itu mereka juga percaya bahawa udara yang busuk yang dikenali sebagai miasma juga akan menyebabkan jangkitan.

Pada masa itu, doktor yang merawat pesakit dikenali sebagai The Plague doctor. Mereka mengenakan pakaian khas bagi merawat pesakit terutamanya di Itali dan Perancis pada abad ke-17. Mereka memakai kasut yang terdiri daripada kulit yang keras untuk melindungi kaki mereka. Mereka juga memakai sarung tangan yang tinggi kualitinya dan panjang sehingga menutupi pergelangan tangan mereka. Kot yang berat dan panjang bagi melindungi seluruh badan, topi yang lebar dan topeng muka seperti paruh dipakai oleh doktor pada masa itu. Peralatan seperti paruh itu diletakkan bunga-bunga yang segar, herba dan wangian untuk merawat pesakit.Contohnya seperti bunga ros dan daun pudina.

Selain itu, doktor juga menyapu lemak binatang pada pakaian mereka untuk menghalang fabrik tersebut daripada terkena pesakit dan menembusi kulit mereka. Mereka juga menggunakan tongkat bagi menyentuh pesakit sebagai langkah berhati-hati. Penggunaan tongkat membenarkan mereka untuk memeriksa pesakit dari jarak yang jauh. Namun, doktor-doktor ini mempunyai reputasi yang tidak elok pada masa itu kerana difahamkan mereka merupakan daripada golongan yang kaya dan mengenakan bayaran yang tinggi bagi sesiapa yang memerlukan nasihat mereka.

Di Itali, seorang pelukis telah melukis gambar jalanan di Florence pada masa itu. Tapak pengebumian besar-besaran telah dibuat dengan menyusun mayat secara berlapis-lapis. Kebanyakan keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang mati, mereka akan membawa mayat tersebut di jalanan tanpa pengebumian. Angka kematian yang tinggi menyebabkan mayat pesakit yang mati tidak dialih kerana tidak cukup orang untuk menanam mereka. Jumlah mayat yang banyak dan tidak dapat ditangani telah menyebabkan mayat-mayat tersebut mereput di jalan-jalan. Muncul golongan yang dikenali sebagai Bikini yang terdiri daripada golongan kelas rendah, bertanggungjawab membawa mayat-mayat keluar daripada bandar dan memastikan jalan-jalan di Itali bersih. Daripada sumber yang lain, pesakit yang mati juga akan diletakkan di atas kereta tarik yang akan membuat rondaan di jalanan setiap hari. Mayat-mayat ini dibawa keluar daripada bandar dan ditanam secara penguburan Kristian jika mereka untung dan jika tidak mereka akan dibakar disebabkan timbunan mayat yang banyak.

Masyarakat pada masa itu percaya bahawa semua ini berlaku adalah disebabkan oleh dosa-dosa mereka dan mereka menganggap penyakit ini merupakan hukuman ke atas dosa-dosa mereka. Bagi menghapuskan dosa-dosa mereka, masyarakat pada masa itu telah memukul diri mereka sendiri di kawasan terbuka seperti di khalayak ramai. Namun, cara tersebut tidak memberi kesan malah penyakit itu masih menghantui mereka.

Comments

  1. Penulisan sejarah yang menyeronokkan untuk pembaca.. Tahniah dan teruskan menulis.. ❤️

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas kata-kata semangat. Saya harap anda sentiasa menjadi pengunjung setia blog syajarahdunya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts