Revolusi Filipina Terhadap Sepanyol

Credit to owner -kahimyang.com-

Dengan pembubaran Liga Flipina, iaitu persatuan rakyat yang diasaskan oleh Jose Rizal, seorang putera berketurunan Borjuis, muncul Katipunan satu persatuan perevolusi yang didorong oleh Bonifacio, yang memberikan semangat kepada rakyat jelata. Kedua-dua persatuan Liga Filipina dan Katipunan ini berfungsi kepada satu matlamat iaitu kebahagiaan dan kebajikan rakyat Filipina. Katipunan ditubuhkan pada malam 7 Julai 1892, apabila Rizal dibuang ke Datipan. Katipunan merupakan satu persatuan revolusi sulit dan ahlinya terdiri daripada orang Filipina yang cintakan tanah air.  Katipunan mempunyai dua tujuan iaitu menyatukan orang Filipina supaya menjadi satu bangsa yang kukuh dan mencapai kemerdekaan Filipina secara mengadakan revolusi. Kebangkitan persatuan Katipunan menandakan berakhirnya perjuangan untuk mendapatkan pemulihan daripada Sepanyol dengan jalan melancarkan kempen secara aman. Gerakan propaganda telah gagal dalam menjalankan tugasnya, oleh itu Bonifacio memulakan gerakan yang menggunakan kekerasan untuk mencapai kemerdekaan.


PERANG REVOLUSI PERTAMA

Satu angkatan besar katipunero yang dipimpin oleh Bonifacio telah menyerang angkatan Sepanyol yang mengawal tempat simpanan ubat bedil. Pertempuran yang berlaku banyak menumpahkan darah dan pasukan Sepanyol telah diperkuatkan oleh tentera berkuda dan pasukan jalan kaki dari Manila dan berjaya Bonifacio berundur. Pada hari itu juga, Gabenor Ramon Blanco mengisytiharkan peperangan di beberapa wilayah Filipina. Sehari selepas diadakan mesyuarat di San Juan del Monte, semua bandar yang berham,piran dengan Manila turut memberontak lengkap dengan senjata. Pasukan Filipina Mindanao dan Jolo menyambut semangat revolusi telah memberontak pada bulan Oktober 1896. Tindakan pihak berkuasa Sepanyol untuk menakutkan supaya pemberontak menyerah, dijalankan pemerintahan keganasan yang sama dengan “Zaman Keganasan” yang banyak menumpahkan darah dalam sejarah Perancis itu. Dasar menggunakan keganasasn gagal kerana rakyat Filipina berazam untuk terus berjuang bagi mencapai kemerdekaan dan ancaman mati lantaran pembubuhan tidak dapat menahan mereka. Ramai setianegarawan telah melarikan diri daripada kekejaman undang-undang Sepanyol dan menjadi revolusioner.


Dalam huru-hara peperangan itu, muncul seorang pemimpin revolusi iaitu Emilio Aguinaldo. Beliau menjadi ahli persatuan Katipunan pada tahun 1895. Pada 31 Ogos 1896, Aguinaldo mengetuai pemberontakan di Kawit sehari selepas Bonifacio menyerang San Juan del Monte. Dia menyerang beberapa buah bandar lain, memenangi banyak lagi perjuanagn dalam masa yang singkat sahaja pemberontakan Cavite telah menganggapnya sebagai pemimpin mereka.   Setianegarawan Filipina bertempur menggunakan senapang, bolo, lembing, belantan, dan batu. Mereka tidak dilatih di dalam bidang sains tentera dan disiplin, dan ketua mereka terlalu muda dan tidak berpengalaman, juga tiada pengetahuan dalam muslihat perang. Tetapi walaupun ada rintangan ini, mereka berupaya menentang pasukan Sepanyol yang lengkap dengan senjata. Dengan hanya mempunyai semangat berjuang dan keberanian, mereka telah memenangi beberapa pertempuran seperti dalam peperangan Binakayan, Cavite, pada 11 November 1896. Jeneral Polavieja menjadi Gabenor Jeneral menggantikan Blanco. Dia memerintahkan supaya orang Filipina ditangkap, dibuang negeri, dibunuh dan dirampas harta mereka. Dialah yang menandatangani hukuman bunuh Dr Jose Rizal.


Jose Rizal telah ditangkap di Barcelona dan diserahkan pada pihak yang berkuasa dan menghantarnya balik ke Filipina. Rizal telah dipenjara di Kota Santiago dan dia telah dibicarakan dalam mahkanamah tentera atas tuduhan “memberontak, menderhaka, dan membuat perhubungan yang dilarang” dan akhirnya mahkamah telah menjatuhkan hukuman bunuh pada 30 Disember 1896. Walaupun Rizal telah mati tetapi buah fikiran yang memberangsangkan rakyat untuk memperjuangkan kebebasan dan keadilan, telah membawa kepada kehancuran Sepanyol di Timur. Revolusi merebak dengan hebatnya selepas pembunuhan Rizal. Wilayah Cavite menjadi pusat gerakan revolusi. Rakyat begitu marah dengan pembunuhan Rizal berjuang dengan hebat lagi. Jeneral Polavieja sendiri telah memimpin Sepanyol di medan perang dalam wilayah Cavite, dan tentera Sepanyol melancarkan tentangan yang hebat kepada pasukan Jeneral Aguinalno. Polavieja menerima tentangan yang hebat tetapi berjuang dengan sedaya upayanya menawan beberapa buah bandar. Jeneral Polavieja memenangi beberapa buah peperanagn dan berjaya merampas semula lebih daripada separuh wilayah Cavite tetapi tidak berjaya menghapuskan revolusi.


Dalam masa revolusi ini, Bonifaco dan Aguinaldo berseteru kerana berebut tentang siapa yang patut menjadi pemimpin utama. Isu ini telah menjadi isu yang agak besar dan telah dibincangkan dengan teliti. Bonifacio dan adik-beradiknya telah ditahan dan dibincarakan di mahkamah tentera. Akhirnya, hasil perbicaraan telah menyebabkan adik Bonfacio dan dia sendiri telah ditembak mati pada 10 Mei 1897.  Setelah kematian Bonifacio, pasukan reevolusi telah mengalami kekalahan berulang-ulang di Kawit.Aguinaldo telah mengeluarkan satu manifesto menerangkan tentang sungutan orang Filipina terhadap Sepanyol dan menggesa mereka supaya meneruskan revolusi. Keadaan reda buat sementara waktu dengan adanya manifesto Aguinaldo. Pada November 1897, Republik Biaknabato telah ditubuhkan di bawah perlembagaan yang ditulis oleh Isabelo Artecho dan Felix Ferrer. Perlembagaan Biaknabato terkandung dalam rang undang-undang hak asasi untuk memelihara kebebasan perseorangan rakyat. 


Ketika peperangan berlanjutan, Gabenor Primo de Rivera menyedari beliau tidak dapat mengatasi revolusi dengan angkatan senjata, oleh itu beliau ingin berdamai dengan Aguinaldo. Akhirnya, Paterno berjaya merundingkan persetujuan damai dan yang dikenali dalam sejarah Filipina sebagai “Pakatan Biaknabato”. Pakatan ini mengandungi tiga dokumen, yang pertama dinamakan “Program”. Yang kedua, dinamakan “Act of Agreement”. Ketiga pula membincangkan masalah ganti rugi. Tiada apa-apa yang penting dalam ketiga-tiga dokumen itu cuma “Pakatan Biaknabvato” itu menyatakan janji kerajaan hendak memberikan pemulihan. Pemulihan itu yang dituntut oleh Jeneral Aguinaldo dan dianggapnya telah dijanjikan oleh kerajaan Sepanyol adalah seperti berikut iaitu mengasingkan mukim Filipina dan pembuangan tarikat agama, mengembalikan perwakilan Filipina dalam Cortes Sepanyol, persamaan dari segi undang-undang diantara orang Sepanyol dan orang Filipina, pelarasan harta, cukai, dan mukim bagi rakyat Filipina, menjamin hak perseorangan, kebebasan akhbar dan hak mengadakan persatuan. Aguinaldo bersedia hendak meninggalkan Biaknabato secara sukarela pergi ke Hong Kong. Keamanan dijanjikan oleh Sepanyol di Biaknabato terbukti sebagai bayangan sahaja apabila syarat pakatan Biaknabato tidak dipatuhi oleh Sepanyol dan orang Filipina. 


Daripada keruntuhan revolusi tahun 1896 hingga 1898 terhadap Sepanyol lahirlah republik Filipina yang pertama, satu demokrasi timur yang diasaskan dan dipelihara oleh perkhidmatan tentera Filipina. Jelaslah disini bahawa pemerintahan Sepanyol di Filipina telah membawa penindasan dan ketidak adilan kepada masyarakat tempatan dari segi politik, ekonomi dan agama. Oleh itu, gerakan nasionalisme yang dilakukan di Filipina oleh rakyat tempatan ini sangat wajar dalam menuntut hak yang sepatutnya rakyat Filipina perolehi.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              



Comments

Popular Posts