Tokoh Gerakan Propaganda di Filipina



-Credit to owner -

“Gerakan Propaganda” atau ringkasnya “Propoganda” merupakan gerakan yang dijalankan secara aman melalui alat sebaran am dan berdialog.  Ini bermula pada tahun 1872 menandakan semangat kebangsaan di Filipina dan berakhir pada tahun 1892, apabila Bonifacio  membentuk persatuan revolusi (Katipunan), setelah bubarnya Liga Filipina Rizal (Ikatan Filipina).  Tujuan propaganda merupakan kempen untuk mengadakan perubahan atau pemulihan dan bukannya gerakan revolusi. Orang yang menjalankan propaganda ini ialah rakyat Sepanyol yang taat dan tidak menghiraukan sebarang tujuan hendak berpisah daripada Sepanyol. Mereka bercita-cita untuk mendapatkan pemulihan yang sangat diperlukan demi kebahagiaan dan kepuasan hidup rakyat Filipina di bawah pemerintahan Sepanyol.

Tujuan propaganda adalah seperti berikut, iaitu yang pertama adalah persamaan diantara orang Sepanyol dengan orang Filipina dari segi undang-undang. Tujuan yang kedua adalah asimilasi (penyamaan) negeri Filipina sebagai wilayah biasa di bawah pemerintahan Sepanyol. Yang ketiga adalah pengembalian perwakilan Filipina dalam Cortes Sepanyol. Yang keempat pula adalah dasar memfilipinakan (Filipinization) atau mengasingkan mukim Filipina. Yang terakhir adalah kebebasan perseorangan untuk orang Filipina seperti kebebasan bercakap, kebebasan mencetak, dan kebebasan berjumpa serta membuat rayuan. 

Orang yang menyokong gerakan propaganda terdiri daripada golongan yang pintar dan cerdik pandai. Ahli propaganda yang tinggi sekali darjatnya ialah sekumpulan tiga orang iaitu Dr. Jose Rizal, doktor pakar perubatan dan penulis novel; Marcelo H. Del Pilar pejuang peguam dan pengarang akhbar; Graciano Lopez Jeana, seorang ahli pidato yang petah dan juga ahli Satire.

JOSE RIZAL
Dr. Jose Rizal merupakan seorang doktor pakar perubatan, ahli sains, pelukis, ahli seni pahat, penyair, penulis novel, ahli bahasa, penyelidik, ahli falsafah dan ahli sejarah. Jose Rizal juga merupakan  seorang  perancang politik, setianegarawan yang bersemangat sasterawan daripada negara yang sedang membangun. Beliau menumpukan kepada karya pena dan memperhambakan hayatnya kepada perjuangan bangsa. Dua novelnya yang mahsyur ialah Noli Me Tangere dan sambungannya El Filibusterismo diterbitkan di Ghent pada tahun 1891. Novel ini menggambarkan dengan jelasnya tentang kekejaman pihak Sepanyol dan kedukaan orang Filipina,  dan kedua-dua novel ini telah membangkitkan revolusi pada tahun 1896. Rizal banyak menghasilkan buku tentang kajian manusia, kajian bangsa, syair, sejarah, satire, kewartawanan, ilmu bahasa dan kajian masyarakat.

MARCELO H. DEL PILAR
Marcelo merupakan seorang peguam yang berani dan pengarang akhbar dalam masa propaganda.  Beliau mahsyur sebagai “pembela orang yang lemah dan miskin menentang penganiaan Sepanyol.” Dia juga mengabaikan kerjanya dalam bidang undang-undang untuk menghapuskan keburukan kerajaan dengan penulisannya di dalam akhbar dan dalam pertandingan kesusasteraan di istiadat perayaan tempatan di mana dia telah menghina pegawai dan paderi yang tidak jujur. Pada tahun 1882, dia menerbitkan Diariong Tagalog (Tagalog Daily) di Manila untuk meneruskan kempen ke arah pemulihan. Sebagai pengarang, del Pilar telah menunjukkan kebolehannya sebagai setianegarawan dan pendakyah iaitu pengarang La Soridaridad (The Solidarity), akhbar sebagai alat untuk menyuarakan propaganda. Rencana del Pilar yang berani dan menyakitkan hati seperti ‘The Philippines are being Lost, Assimilation of teh Philippines, Parliamentary Regime for the Philippines, The Redemtion of the Philippines dan Brytal Autocracy sebenarnya merupakan seruan membela satu perjuangan yang besar.

GRACIANO LOPEZ JEANA
Pemidato yang agong dalam gerakan propaganda ialah Jeana yang diisytiharkan oleh ahli sejarah sebagai seorang “penyuara dengan semangat berkobar dalam usaha dalam mendapatkan pemulihan”. Orang Sepanyol dan Filipina suka mendengar cakapnya yang fasih, dan musuhnya sendiri mengakui kepandaiannya berpidato.  Jeana diminati di kelab-kelab revolusi dan perhimpunan sosial kerana syarahannya yang bersemangat dan berkesan. Pada tahun 1889, dia menerbitkan akhbar La Soridaridad dan menjadi pengarangnya yang pertama. Di samping menjadi pemidato dan pengarang akhbar, dia juga seorang sasterawan sebelum datang ke Sepanyol dan menulis Fray Botod, Hope dan The Daughter of Frigr. Pada tahun 1894, beliau telah menerbitkan majalah mingguan Lel Latigo, Nacional (The National Whip) tetapi tidak lama.

Comments

Popular Posts